NARATHIWAT: Seorang anggota pasukan keselamatan Thailand terbunuh, manakala enam rakannya cedera dalam satu serangan bom di dewan meditasi Chulabhorn di Daerah Ra-Ngae di sini, pagi tadi (23 Januari 2025).

Boonchu Nakphan, 31, seorang anggota sukarelawan kor pertahanan (VDC) meninggal dunia di Prince of Songkhla University Hospital di Hat Yai, ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di muka.

Mereka yang cedera ialah VDC Ma Ruesu Madiyah; VDC Sahari Yupaona; VDC Sornnarin Nantachan; Sarjan Mejar Polis Kritsada Senakarn; VDC Ammara Duerapo; dan VDC Adisak Noonet.

Anggota Sukarelawan Kor Pertahanan yang cedera dalam letupan bom di Daerah Ra-Ngae, Narathiwat hari ini (23 Januari 2025) dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa adalah anggota VDC dari Rejimen Infantri 4511 yang berpangkalan di Mukim Bongo, Ra-Ngae.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi apabila pihak tidak diketahui meletupkan bom yang dipercayai disembunyikan di atas siling dewan meditasi berkenaan ketika tujuh anggota VDC terbabit sedang bertugas.

Siasatan mendapati sebelum kejadian, Sarjan Mejar Kritsada dan anggotanya menaiki kenderaan berperisai dari pangkalan mereka untuk menjaga keselamatan kerana satu mesyuarat dalam kalangan pegawai pelbagai jabatan akan diadakan di pejabat Pertubuhan Pentadbiran Daerah Bong-o.

Mereka meletakkan kenderaan itu di hadapan dewan berkenaan untuk memulakan tugas.

Pihak berkuasa percaya penyerang menyusup masuk ke kawasan berkenaan dan meletupkan bom buatan sendiri sehingga menyebabkan seorang anggota VDC terbunuh dan enam lagi cedera.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading