NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat popular dari Kelantan berserta suami dan empat rakan mereka yang ditangkap di Sungai Golok, Thailand, bersama lebih 6,000 biji pil kuda, bakal dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, esok (2 Januari 2025).

Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 29, atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin bersama suami dan rakan-rakannya berdepan pertuduhan bersubahat dengan niat untuk mengedar methamphetamine, yang dianggap sebagai narkotik jenis 1 dan mengunakan dadah berkenaan.

Mereka yang bakal dihadapkan ke mahkamah bersamanya ialah:

  • Mohamad Alif Deraman, 32;
  • Mohd Affendi Ahmad, 34;
  • Nur Aida Mamat, 32;
  • Erdieka Mohd Noor, 31; dan
  • Zuhaira Nasrin, 25.

Sumber-sumber memberitahu apakhabartv.com, semua tertuduh akan dibicarakan secara sidang video menggunakan skrin yang menghubungkan Penjara Pusat Narathiwat dan Mahkamah Wilayah Narathiwat.

Menurutnya, perbicaraan dijangka bermula kira-kira jam 9 pagi dengan pihak pendakwaan akan mengemukakan hujah pertuduhan, saksi dan barang bukti.

Perbicaraan itu juga dijangka dihadiri peguam yang dilantik kerajaan untuk mewakili semua tertuduh.

“Ada sistem jadual untuk perbicaraan secara dalam talian… video conference… antara penjara dan mahkamah,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan kes berkenaan.

Sumber-sumber itu juga memberitahu bahawa pihak penjara telah menerima notis daripada mahkamah supaya mengeluarkan tertuduh dari sel kurungan mereka untuk dibicarakan di bilik khas juga di dalam penjara berkenaan.

Apakhabartv.com difahamkan perbicaraan secara sidang video dibuat atas sebab keselamatan yang melibatkan banduan dan mahkamah.

Untuk rekod, Eda Ezrin yang popular dengan lagi ‘bae soba bae’, suami dan rakan-rakan mereka ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Narkotik Polis Daerah Sungai Golok di sebuah bilik hotel pada 1 November 2024.

Polis merampas 6,060 biji pil kuda atau yaba di dalam bilik hotel berkenaan, namun semuanya menafikan dadah itu milik mereka. Ujian air kencing juga mendapati mereka positif dadah.

Dua daripada mereka, Nur Aida dan Zuhaira, juga berdepan tuduhan memasuki Thailand secara haram setelah didapati pasport mereka tidak dicop secara rasmi oleh imigresen kedua-dua negara.

Sementara itu, tiga lagi tahanan rakyat Thailand juga dijangka dihadapkan ke mahkamah pada hari yang sama dan juga menggunakan sidang video.


นักร้อง ดิกีร์ บารัต-สามี-เพื่อน จะถูกสอบคดีในศาลนราธิวาสพรุ่งนี้

นราธิวาส: นักร้องชื่อดังจากรัฐกลันตันพร้อมสามีและเพื่อนอีก 4 คนที่ถูกจับกุมที่สุไหงโกลก ประเทศไทย พร้อมด้วยยาบ้ามากกว่า 6,000 เม็ด จะถูกนำตัวขึ้นศาลจังหวัดนราธิวาสในวันพรุ่งนี้ (2 มกราคม 2568)

วัน นอร์ชาฮีดา อัซลิน วาน อิสมาอิล วัย 29 ปี หรือที่รู้จักกันดีในชื่อ อีดา อัซลิน พร้อมด้วยสามีและเพื่อน ๆ ของเธอ กำลังเผชิญข้อหาร่วมกันจำหน่ายยาบ้า ซึ่งถือเป็นยาเสพติดประเภท 1 และเสพยาดังกล่าว

ผู้ที่จะถูกนำตัวขึ้นศาลพร้อมกับเขาคือ:

โมฮัมหมัด อาลิฟ เดรามาน วัย 32 ปี;
โมห์ด อัฟเฟนดี อาหมัด 34 ปี;
นูร์ ไอดา มามัต วัย 32 ปี;
เออร์ดิกา โมห์ด นูร์ วัย 31 ปี; และ
ซูไฮรา นัสริน อายุ 25 ปี

แหล่งข่าวบอกกับ apakhabartv.com ว่าผู้ต้องหาทั้งหมดจะถูกพิจารณาผ่านวิดีโอคอนเฟอเรนซ์โดยใช้หน้าจอที่เชื่อมต่อเรือนจำกลางนราธิวาสกับศาลแขวงจังหวัดนราธิวาส

ตามที่เขากล่าว การพิจารณาคดีคาดว่าจะเริ่มในเวลาประมาณ 9.00 น. โดยฝ่ายโจทก์จะนำเสนอข้อโต้แย้ง พยาน และพยานหลักฐาน

นอกจากนี้ คาดว่าการพิจารณาคดีจะมีทนายความที่ได้รับการแต่งตั้งจากรัฐบาลเพื่อเป็นตัวแทนของผู้ถูกกล่าวหาทั้งหมด

“มีระบบกำหนดการสำหรับการพิจารณาคดีออนไลน์…การประชุมผ่านวิดีโอ…ระหว่างเรือนจำและศาล” เขากล่าวเมื่อถูกขอให้แสดงความเห็นเกี่ยวกับความคืบหน้าของคดี

แหล่งข่าวยังบอกด้วยว่าเรือนจำได้รับแจ้งจากศาลให้นำผู้ต้องหาออกจากห้องขังเพื่อพิจารณาคดีในห้องพิเศษในเรือนจำด้วย

Apakhabartv.com เข้าใจดีว่าการพิจารณาคดีดำเนินการโดยการประชุมผ่านวิดีโอด้วยเหตุผลด้านความปลอดภัยที่เกี่ยวข้องกับผู้ต้องขังและศาล

สำหรับบันทึกดังกล่าว อีดา เอซริน หรือที่รู้จักในชื่อ ‘แบโซบะแบ’ สามีของเธอและเพื่อนๆ ของพวกเขาถูกจับกุมในการโจมตีของกองปราบปรามปราบปรามยาเสพติด ตำรวจภูธรสุไหงโกลก ในห้องพักของโรงแรมเมื่อวันที่ 1 พฤศจิกายน 2567

ตำรวจยึดยาคุดะหรือยาบ้า 6,060 เม็ดในห้องพักโรงแรม แต่ทุกคนปฏิเสธว่ายาเสพติดเป็นของพวกเขา การตรวจปัสสาวะยังพบว่ามีผลเป็นบวกต่อยาอีกด้วย

นอกจากนี้ ยังมีอีก 2 คน ได้แก่ นูร์ ไอดา และซูไฮรา ที่ถูกตั้งข้อหาเข้าประเทศไทยอย่างผิดกฎหมาย หลังจากพบว่าหนังสือเดินทางของพวกเขาไม่ได้รับการประทับตราอย่างเป็นทางการโดยสำนักงานตรวจคนเข้าเมืองของทั้งสองประเทศ

ขณะเดียวกันคาดว่าผู้ต้องขังสัญชาติไทยอีก 3 คนจะปรากฏตัวในศาลในวันเดียวกันและใช้การประชุมผ่านวิดีโอ

One response to “[Bahasa Melayu/ภาษาไทย] Penyanyi dikir barat, suami dan rakan hadapi pertuduhan di Mahkamah Narathiwat esok”

  1. […] apakhabartv.com difahamkan, perbicaraan terhadap mereka bermula jam 9 pagi semalam (2 Januari 2025) di hadapan Hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat, Methpiya Metheelak, secara sidang video. […]

Leave a Reply

Trending