Baru-baru ini, seorang pemuda Cina rambut bertocang menarik perhatian hadirin di Masjid Jamek Cina Muslim Klang awal bulan ini. Beliau dijemput naik ke pentas untuk menyampaikan lukisan masjid kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merasmikan masjid tersebut.
Ramai yang membuat andaian pemuda itu beragama Islam. Tetapi TC Liew yang bertugas sebagai seorang pensyarah kanan di Saito University College ialah penganut agama Buddha. Kerja tangannya yang halus dan teliti menarik perhatian Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin.
“Saya merasa bangga kerana Sultan menyukai lukisan saya dan meminta saya melukis masjid di waktu malam pula,” katanya ketika ditemui di tempat kerjanya.
Liew atau lebih dikenali sebagai TC di kalangan warga universiti, berkata beliau berbangga dapat menyampaikan sendiri lukisaan tersebut sebagai memperingati hari keputeraan Baginda pada 11hb Disember, 2024.
Lukisan itu turut disertai dengan pembantu AI ChatGPT yang dibangunkan sendiri menjawab pelbagai soalan berhubung lukisan yang dipanggil “Gratitude After Solat Zohor”.
Pembantu AI itu juga membuat interpretasi naratif visual dan cara pembuatan.
TC gemar melukis wajah-wajah orang ramai di dalam kenderaan awam dan bangunan-bangunan di sekitar ibu negara dan tempat kerjanya di Petaling Jaya.
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tersebut adalah hasil cetusan idea Baginda Sultan Selangor yang mendapat ilham ketika melawat China pada tahun 2015.
Ia siap dibina pada Julai lepas dan mampu menampung 1,000 jemaah.
Masjid tanpa kubah ini dibina di atas tanah seluas 1.2 hektar.






Leave a Reply