
NARATHIWAT (Selatan Thai): Dewan Rakyat Thailand belum menerima permintaan daripada mana-mana ahlinya bagi membincangkan isu seorang Ahli Parlimen (MP), yang diperintah memberi keterangan pembelaan jenayah di mahkamah berkaitan Tragedi Tak Bai.
Speaker Parlimen Thailand, Wan Muhamad Noor Matha berkata, Dewan Rakyat perlu membincangkan sama ada untuk membenarkan Jeneral Pisan Wattanawongkiri, 74 tahun, ditangkap dan disaman atau tidak.

Menurutnya, jika seseorang MP diminta memberi keterangan sebagai orang yang dituduh dalam kes jenayah ketika sesi persidangan Parlimen sedang dijalankan, maka Speaker perlu memasukkannya ke dalam agenda perbincangan terlebih dahulu.
“Cadangan itu mestilah mengikut agenda mesyuarat. Secara kebetulan, saya belum menerima apa-apa cadangan… Ia mestilah mengikut Perlembagaan Thailand dan peraturan Dewan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan MP Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh, di Dewan Rakyat, semalam.
Terdahulu, Kamonsak atau lebih dikenali sebagai Wan Johan dalam kalangan penduduk Selatan Thai meminta Speaker dan Parlimen memberi pertimbangan menyegerakan perbincangan mengenai perkara itu kerana tempoh kes akan tamat semakin dekat.
“Kes ini berbeza dengan kes lain… kerana kes itu akan tamat pada 25 Oktober depan… dan perkara ini bukan dalam kuasa individu wakil rakyat itu sendiri.
“Tetapi ia adalah perkara untuk seluruh Dewan membuat keputusan sama ada menggunakan keistimewaan atau tidak bagi melindungi ahli tersebut.
“Dan ia juga bergantung kepada kewarasan orang yang dituduh. Dalam kes Tak Bai, tertuduh boleh pergi ke mahkamah untuk membuktikan dia tidak bersalah,” katanya.

Dewan Rakyat hanya bersidang pada Rabu dan Khamis. Oleh itu, jika anda mempunyai akal yang waras anda boleh pergi ke mahkamah pada hari lain untuk membuktikan diri tidak bersalah, katanya lagi.
Beliau memahami keistimewaan yang dimiliki oleh setiap MP, namun mengingatkan semua pihak bahawa ststut batasan 20 tahun kes Tak Bai bakal tamat pada 25 Oktober depan.
Jumaat lalu (12 September), Mahkamah Wilayah Narathiwat mengeluarkan surat kepada Speaker Dewan Rakyat memohon kebenaran menangkap Jeneral Pisan – yang juga defendan pertama – kerana tidak hadir di mahkamah.
Surat itu juga meminta Speaker membuat kenyataan mengetepikan imuniti dimiliki MP berkenaan – yang ketika kejadian bertindak sebagai Panglima Wilayah Tentera Ke-4 yang bertanggungjawab ke atas wilayah Selatan Thai – supaya hadir di mahkamah dalam sesi pendengaran 15 Oktober depan.
Antara keistimewaan dalam Perlembagaan Thailand buat MP mereka ialah:
“Sepanjang persidangan, tiada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara boleh ditangkap, ditahan atau dipanggil untuk siasatan sebagai suspek dalam kes jenayah, melainkan mendapat kebenaran daripada Dewan yang dianggotainya”.
Pada 23 Ogos 2024 lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat memutuskan wujud unsur jenayah dilakukan pegawai Kerajaan Thailand dalam tragedi yang menyebabkan 78 orang mati akibat sesak nafas ketika dalam tahanan dan lapan lagi maut ditembak ketika pihak berkuasa cuba menyuraikan tunjuk perasaan.

คดีตากใบ รัฐสภาต้องตัดสินประเด็น ส.ส.โดนกล่าวหาในศาล
นราธิวาส (ภาคใต้): สภาผู้แทนราษฎรไทยยังไม่ได้รับคำขอจากสมาชิกคนใดให้หารือประเด็นสมาชิกสภาผู้แทนราษฎร (ส.ส.) ที่ได้รับคำสั่งให้ไปสอบสวนในการต่อสู้คดีอาญาในศาลที่เกี่ยวข้องกับตากใบ โศกนาฏกรรม.
ประธานรัฐสภาไทย วัน มูฮัมหมัด นอร์ มะทา กล่าวว่าสภาผู้แทนราษฎรจำเป็นต้องหารือว่าจะอนุญาตให้พลเอกพิศาล วัฒนวงศ์คีรี อายุ 74 ปี ถูกจับฟ้องหรือไม่
ตามที่เขาพูด หากสมาชิกสภาผู้แทนราษฎรถูกขอให้ไปสอบสวนในฐานะบุคคลที่ถูกกล่าวหาในคดีอาญาที่ศาล ในขณะที่การประชุมรัฐสภากำลังดำเนินอยู่ ประธานจะต้องบรรจุเรื่องไว้ในวาระการอภิปรายก่อน
“ข้อเสนอต้องเป็นไปตามวาระการประชุม อนึ่ง ผมยังไม่ได้รับข้อเสนอใดๆ…ต้องเป็นไปตามรัฐธรรมนูญไทยและข้อบังคับของสภา” เขากล่าว
ตนกล่าวเช่นนี้เมื่อตอบคำถามของ ส.ส.นราธิวาส (เขต 5) กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ ในรัฐสภาเมื่อวานนี้
ก่อนหน้านี้ กมลศักดิ์ หรือที่รู้จักกันดีในชื่อ แวยูแฮ ในหมู่ชาวไทยมุสลิมภาคใต้ได้ขอให้ประธานและรัฐสภาพิจารณาเร่งหารือในเรื่องนี้ เพราะคดีใกล้จะหมออายุความแล้ว
“คดีนี้แตกต่างจากคดีอื่น…เพราะคดีจะสิ้นสุดในวันที่ 25 ต.ค.นี้… และเรื่องนี้ไม่อยู่ในอำนาจของผู้แทนราษฎรคนไดคนหนึ่ง
“แต่มันเป็นเรื่องของทั้งสภาที่จะตัดสินใจว่าจะใช้สิทธิพิเศษเพื่อปกป้องสมาชิกหรือไม่
“และมันก็ขึ้นอยู่กับสามัญสำนึกของผู้ต้องหาด้วย โดยในคดีตากใบ ผู้ต้องหาสามารถไปขึ้นศาลเพื่อพิสูจน์ความบริสุทธิ์ของตนได้” เขากล่าว
สภาผู้แทนราษฎรมีประชุมเฉพาะวันพุธและพฤหัสบดีเท่านั้น ดังนั้น หากคุณมีสามัญสำนึก คุณสามารถไปขึ้นศาลได้วันอื่นๆเพื่อพิสูจน์ความบริสุทธิ์ของคุณ เขากล่าวเสริม
เข้าใจสิทธิพิเศษที่ ส.ส. ทุกคนมี แต่เตือนทุกฝ่ายว่าอายุความ 20 ปีคดีตากใบจะสิ้นสุดในวันที่ 25 ต.ค.
เมื่อวันศุกร์ (12 กันยายน) ศาลจังหวัดนราธิวาสมีหนังสือถึงประธานสภาผู้แทนราษฎรเพื่อขออนุญาตจับกุม พล.อ.พิศาล ซึ่งเป็นจำเลยที่ 1 ด้วย ฐานไม่มาศาล
จดหมายยังขอให้ประธานออกแถลงการณ์สละความคุ้มกันของ ส.ส.ผู้ถูกกล่าวหาซึ่งขณะเกิดเหตุดำรงตำแหน่งผู้บัญชาการทหารภาคที่ 4 รับผิดชอบภาคใต้ของไทย ให้มาปรากฏตัวในศาลในการพิจารณาคดีเมื่อ 15 ตุลาคม ต่อไป
สิทธิพิเศษในรัฐธรรมนูญของไทยสำหรับสมาชิกสภาผู้แทนราษฎร ได้แก่
“ในระหว่างการประชุม สมาชิกของกลุ่ม รัฐสภาไม่อาจถูกจับ คุมขัง หรือเรียกตัวมาสอบสวนในฐานะผู้ต้องสงสัยในคดีอาญา เว้นแต่จะได้รับอนุญาตจากสภาที่เขาเป็นสมาชิก”
วันที่ 23 ส.ค. 2567 ศาลแขวงจังหวัดนราธิวาสพิพากษาว่ามีผู้ก่อเหตุทางอาญาโดยเจ้าหน้าที่รัฐบาลไทยในโศกนาฏกรรมที่ทำให้มีผู้เสียชีวิตจากภาวะขาดอากาศหายใจ 78 รายขณะถูกควบคุมตัว และอีก 8 รายถูกยิงเสียชีวิตเมื่อทางการพยายามสลายการชุมนุม .







Leave a Reply