NARATHIWAT (Selatan Thai): Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) menubuhkan pasukan khas bagi mempercepatkan kerja menjayakan program Bandar Berkembar (Twin-City) lima wilayah Selatan Thai dengan lima negeri di Malaysia.

Pengarah Bahagian Sokongan Awam dan Pembangunan SBPAC, Kapten Jakapong Apimahatham berkata, penubuhan pasukan khas bersama dengan lima negeri di Malaysia itu bertujuan memacu gerak kerja bagi mempercepatkan kewujudan Bandar Berkembar berkenaan.

Katanya, lima wilayah selatan Thai iaitu Satun; Songkhla; Yala; Pattani; dan Narathiwat masing-masing akan digandingkan dengan lima negeri Malaysia – Perlis; Kedah; Perak; Terengganu; dan Kelantan.

“Kita ada Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT)… tapi ianya menggerakkan kerja mengikut agenda lain.

“Ya! Kita ada jawatankuasa peringkat negeri dan wilayah (untuk Bandar Berkembar)… tetapi kumpulan khas yang ditubuhkan baru-baru ini bertujuan mempercepatkan kerja supaya program itu menjadi kenyataan.

“Pada Oktober ini kami berharap dapat berbincang lebih lanjut berkenaan Bandar Berkembar dengan lima negeri di Malaysia,” katanya,” katanya dalam pertemuan khas dengan Apa Khabar TV, baru-baru ini.

Pada 23 November 2023 lalu, Jawatankuasa Strategi Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan dalam mesyuaratnya meluluskan rangka kerja untuk menaik taraf pembangunan Bandar Berkembar rentas sempadan antara wilayah sempadan selatan yang berkongsi sempadan dengan lima negeri di Malaysia.

Dasar Bandar Berkembar itu bertujuan menggalakkan pembangunan mampan, menambah baik keadaan hidup penduduk tempatan di Selatan Thai, khususnya di ‘Deep South’, mengurangkan masalah berkaitan konflik, dan mewujudkan rangkaian kerjasama antara sektor awam, swasta serta rakyat kedua-dua negara.

‘Deep South’ meliputi Wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat, serta empat daerah di Songkhla (Saba Yoi, Tepha, Chana dan Natawee).

Projek empat tahun itu dijalankan mulai 2024 hingga 2027. Ia melibatkan kerjasama dalam semua bidang terutama perdagangan, pelaburan, pelancongan, logistik, industri halal, pendidikan, pembangunan sumber manusia, pembangunan teknologi, serta pencegahan dan kawalan dadah.

Pembangunan Bandar Berkembar itu juga akan memudahkan pengangkutan barangan dan meningkatkan pelancongan antara Thailand dan Malaysia.

Mengulas lanjut, Kapten Jakapong Apimahatham berkata, SBPAC mencadangkan pembangunan Bandar Berkembar sebagai model pembangunan ekonomi dan sosial di wilayah sempadan selatan.

Menurutnya, SBPAC yang bertanggungjawab dalam setiap aspek pembangunan di Selatan Thai juga bersedia memberi bantuan kepada mana-mana pelabur dari Malaysia untuk menyertai program Bandar Berkembar.

“Bagaimanapun, SBPAC tidak hanya memberi tumpuan pembangunan kepada program Bandar Berkembar itu sahaja. Sebaliknya kami juga memberi tumpuan terhadap pelaburan dalam sektor pelancongan, perdagangan dan industri makanan halal.

“Dan kami juga turut mempromosikan sektor pelancongan di negeri-negeri di Malaysia. Contohnya kami membantu mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024/2025 di Satun.

“Kini dilaporkan semakin ramai pelancong Thailand yang telah melawat Perlis dan di negeri-negeri lain,” katanya.


ศอ.บต. ตั้งคณะทำงานพิเศษเร่งโครงการเมืองแฝดร่วมกับมาเลเซีย

นราธิวาส (ภาคใต้ของประเทศไทย): ศูนย์บริหารภูมิภาคชายแดนภาคใต้ (ศอ.บต.) ได้จัดตั้งทีมงานพิเศษเพื่อเร่งดำเนินการโครงการทวินซิตี้ของ 5 ภาคใต้ของไทยและ 5 รัฐในมาเลเซียให้ประสบความสำเร็จ

นาวาเอก จักรพงศ์ อภิมหาธรรม ผู้อำนวยการกองส่งเสริมและพัฒนาสาธารณะ ศอ.บต. กล่าวว่า การจัดตั้งทีมงานพิเศษร่วมกับ 5 รัฐในประเทศมาเลเซีย มีเป้าหมายในการขับเคลื่อนงานเร่งรัดการสถาปนาเมืองแฝด

เขากล่าวว่าห้าจังหวัดภาคใต้ของประเทศไทย ได้แก่ สตูล; สงขลา; ยะลา; ปัตตานี; และนราธิวาสจะจับคู่กับห้ารัฐมาเลเซีย – เปอร์ลิส; เคดาห์; เประ; ตรังกานู; และรัฐกลันตัน

“เรามีการเติบโตแบบสามเหลี่ยมอินโดนีเซีย-มาเลเซีย-ไทย (IMT-GT)…แต่มันเลื่อนการทำงานไปตามวาระอื่น

“ใช่! เรามีคณะกรรมการระดับรัฐและระดับภูมิภาค (สำหรับเมืองแฝด)… แต่กลุ่มพิเศษที่เพิ่งจัดตั้งขึ้นมีเป้าหมายที่จะเร่งรัดการทำงานเพื่อให้โครงการกลายเป็นความจริง

“เดือนตุลาคมนี้ เราหวังว่าจะหารือเพิ่มเติมเกี่ยวกับเมืองแฝดกับ 5 รัฐในมาเลเซีย” เขากล่าวในการสัมภาษณ์พิเศษกับ Apa Khabar TV เมื่อเร็วๆ นี้

เมื่อวันที่ 23 พฤศจิกายน 2566 ที่ประชุมคณะกรรมการยุทธศาสตร์การพัฒนาภูมิภาคชายแดนภาคใต้ได้อนุมัติกรอบการยกระดับการพัฒนาเมืองแฝดข้ามพรมแดนระหว่างพื้นที่ชายแดนภาคใต้ที่มีพรมแดนร่วมกับ 5 รัฐในมาเลเซีย

นโยบายเมืองแฝดมีวัตถุประสงค์เพื่อส่งเสริมการพัฒนาที่ยั่งยืน ปรับปรุงสภาพความเป็นอยู่ของประชากรท้องถิ่นในภาคใต้ของประเทศไทย โดยเฉพาะใน ‘ภาคใต้ตอนล่าง’ ลดปัญหาที่เกี่ยวข้องกับความขัดแย้ง และสร้างเครือข่ายความร่วมมือระหว่างภาครัฐ ภาคเอกชน และ ประชาชนทั้งสองประเทศ

‘ภาคใต้ตอนล่าง’ ครอบคลุมจังหวัดปัตตานี ยะลา และนราธิวาส รวมถึง 4 อำเภอในจังหวัดสงขลา (สะบ้าย้อย เทพา จะนะ และนาทวี)

โครงการระยะเวลา 4 ปีจะเริ่มตั้งแต่ปี พ.ศ. 2567 ถึง พ.ศ. 2570 โดยเกี่ยวข้องกับความร่วมมือในทุกสาขา โดยเฉพาะการค้า การลงทุน การท่องเที่ยว โลจิสติกส์ อุตสาหกรรมฮาลาล การศึกษา การพัฒนาทรัพยากรมนุษย์ การพัฒนาเทคโนโลยี ตลอดจนการป้องกันและควบคุมยาเสพติด

การพัฒนาเมืองแฝดจะอำนวยความสะดวกในการขนส่งสินค้าและเพิ่มการท่องเที่ยวระหว่างไทยและมาเลเซีย

นาวาเอก จักรพงศ์ อภิมหาธรรม กล่าวเพิ่มเติมว่า ศอ.บต. เสนอการพัฒนาเมืองแฝดเพื่อเป็นต้นแบบการพัฒนาเศรษฐกิจและสังคมในพื้นที่ชายแดนภาคใต้

ตามที่เขาพูด ศอ.บต. ซึ่งรับผิดชอบการพัฒนาทุกด้านในภาคใต้ของประเทศไทย ก็พร้อมที่จะให้ความช่วยเหลือแก่นักลงทุนจากมาเลเซียให้เข้าร่วมในโครงการ Twin Cities

“อย่างไรก็ตาม ศอ.บต. ไม่เพียงแต่มุ่งเน้นการพัฒนาโครงการเมืองแฝดเท่านั้น ในทางกลับกัน เรายังเน้นการลงทุนในภาคการท่องเที่ยว การค้า และอุตสาหกรรมอาหารฮาลาลอีกด้วย

“และเรายังส่งเสริมภาคการท่องเที่ยวในรัฐต่างๆ ในประเทศมาเลเซีย เช่น เราช่วยส่งเสริมการท่องเที่ยวเมืองเปอร์ลิส ปี 2024/2025 ที่จังหวัดสตูล

“ขณะนี้มีรายงานว่านักท่องเที่ยวชาวไทยเดินทางมายังเมืองเปอร์ลิสและรัฐอื่นๆ มากขึ้นเรื่อยๆ” เขากล่าว

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading