YALA (SOUTHERN THAI): Two durian sellers were shot dead in an attack by a group of unidentified individuals in Bannang Sata District here last night (August 21, 2024).

The incident was reported to have occurred around 9:50 PM in front of the Ban Sai Kaeo Islamic Cemetery, Taling Chan Subdistrict.

The two victims were said to have set up a durian stall in front of the cemetery.

It is understood that 10 armed men descended from a nearby hill before calling out to the two durian sellers.

They then fired several shots at the victims, causing them to collapse and die at the scene.

The attackers reportedly fled toward the hill path after the shooting.

As of the time this report was written, security authorities are said to be cautiously conducting an investigation as there are suspicious objects near the victims’ pickup truck.

For the record, it is currently durian season in Yala province, which is a popular attraction for tourists from Malaysia.


Selatan Thai: Dua penjual durian maut ditembak di Yala

YALA (SELATAN THAI): Dua penjual durian ditembak mati dalam satu serangan oleh sekumpulan individu tidak dikenali di Daerah Bannang Sata di sini, malam tadi (21 Ogos 2024).

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.50 malam tadi di hadapan Tanah Perkuburan Islam Ban Sai Kaeo, Mukim Taling Chan.

Kedua-dua mangsa dikatakan membuka gerai menjual durian di hadapan tanah perkuburan itu.

Difahamkan, 10 lelaki bersenjata turun dari sebuah bukit berhampiran sebelum memanggil kedua-dua penjual durian berkenaan.

Mereka kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah kedua-duanya sebelum mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penyerang kemudian dilaporkan melarikan diri ke arah laluan bukit berkenaan.

Sehingga berita ini ditulis, pihak berkuasa keselamatan dikatakan masih menjalankan siasatan dengan berhati-hati kerana terdapat objek mencurigakan berhampiran pikup mangsa.

Untuk rekod, sekarang adalah musim durian di wilayah Yala dan menjadi tumpuan pelanncong dari Malaysia.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading