Hasen Wahani, 27 tahun, seorang peninju Muay Thai terkenal yang disyaki membunuh bapanya, ditangkap ketika nyenyak tidur di sebuah masjid di Yala, Selatan Thai, hari ini (16 Ogos 2024).

Dia yang juga dikenali dalam arena Muay Thai sebagai ‘Saifon Rattanaphanu’ ditangkap oleh sepasukan anggota polis selepas dimaklumkan penduduk yang terjumpa dia sedang tidur di Masjid Darussalam, Mukim Bannang Sareng, pagi tadi.

Jurucakap polis Yala memaklumkan bahawa Hasen Wahani melarikan diri ke Bukit Buoyo selepas disyaki membunuh bapanya kira-kira jam 5 pagi semalam.

“Dia kemudian turun dari bukit itu dalam keadaan keletihan dan memasuki masjid berkenaan sebelum tertidur. Penduduk kampung menjumpainya dan memaklumkan kepada polis.

“Anggota detektif berjaya menahannya tanpa sebarang kekerasan. Tertuduh juga memberi kerjasama sebelum pihak polis menghubungi keluarganya,” katanya.

Daripada siasatan, pihak polis mendapati Hasen Wahani menumpul wang di Bangkok dan pulang untuk menjalani latihan Muay Thai sejak seminggu lalu.

“Sebelum kejadian dia keluar bersama rakan-rakannya kira-kira jam 3 pagi sebelum pulang dan bertengkar dengan bapa dan ibunya.

“Suspek tertekan dan bertindak ke atas bapanya, manakala ibunya sempat melarikan diri,” kata jurucakap polis itu.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading