
Pengenalan
Restoran Sukamari adalah satu jenama yang telah dipattern dan mempunyai hak cipta terpelihara. Pelbagai menu masakan boleh didapati di rangkaian restoran ini.
Sejarah penubuhan
Suatu ketika dahulu di daerah Pendang Kedah, Haji Ahmad yang dikenali dengan panggilan Tok Mat Laksa menjalankan perniagaan jualan laksa di pekan nat (Nat adalah pasar sehari) sekitar Pendang. Perniagaan ini dinamakan Warung Sukamari, sempena nama kampong Sukamari tempat asalnya.
Perniagaan ini diwarisi kepada anaknya, Haji Awang Chat @ Arshad.
Untuk memperbagaikan lagi menu jualan, Haji Awang Chat menambah satu lagi menu dalam jualanya. Bihun sup.
Seterusnya perniagaan ini diwarisi pula kepada anak Hj Awang Chat. Che Atun bt Awang Chat. Satu lagi menu ditambah. Nasi ayam madu.
Sampai sekarang perniagaan ini masih lagi wujud. Penyambung kepada legasi warisan turun temurun kini diusahakan pula oleh Puan Hjh.Siti Tun Zairiah serta suami Tn. Hj.Mohd Anuar Hussain. Hjh Siti Tun Zairiah adalah cicit kepada Tok Mat laksa.
Manakala di Pendang Kedah Restoran Sukamari masih diusahakan oleh dua beradik En Fikrolrazi dan En Fikrirazi yang amat dikenali oleh penduduk Daerah Pendang. Mereka berdua adalah adik sepupu kepada Puan Siti Tun Zairiah.
Lokasi pertama
Sukamari mula bertapak di Lembah Klang di Medan selera Present 8, Putrajaya.
Kemudian Sukamari melebarkan sayap ke negeri Selangor dan diberi penjenamaan semula sebagai Sukamari Group.
Bermula dengan menyewa satu pintu rumah kedai, di taman Seroja Salak Tinggi berkembang kepada dua pintu. Perniagaan yang dahulunya bertaraf warung, kini telah dinaik ke taraf restoran.
Kemajuan
Sekarang terdapat lima cawangan restoran Sukamari yang diusahakan oleh pasangan ini serta anak-anak mereka, iaitu:
1.Sukamari Presint 8 Putrajaya;
2.Sukamari Taman Seroja Salak Tinggi;
3.Sukamari Bukit Unggul Golf Resort;
4.Sukamari Bandar Baru Salak Tinggi; dan cawangan terbaru
5.Sukamari Bandar Enstek Nilai Negeri Sembilan.
Menu
Di rangkaian restoran ini pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis menu masakan.
Contohnya di cawangan Bandar Enstek, terdapat menu tempatan, western dan sebagainya. Bermula dari sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang hingga ke makan malam.
Dengan slogan “ada lagi ka set makan bawah RM50”, pelanggan sudah pasti tidak akan menyesal dan akan datang lagi menjamu selera di situ.
Wawasan
Sukamari group berharap agar semua pelanggan berpuas hati dengan layanan dan makanan yang disajikan. Bak kata pepatah, ” kalau ok bagi tau kawan, kalau tak ok bagi tau kami”.
Insyallah rangkaian Sukamari akan terus berkembang. Kalau boleh mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia. Insyallah.
Cawangan terbarunya adalah di Bandar Enstek Negeri Sembilan.
Doa dan Harappan
Sebagai manager Sukamari Group, Haji Anuar dan isteri berdoa dan mengharap agar rangkaian Sukamari group terus maju dalam perniagaan dan pelanggan juga berpuas hati dengan quality sajian dan service yang diterima.
Akhir Kalam
Pihak Sukamari Group berterima kasih atas sokongan dan galakan yang berterusan daripada pelanggan selama ini dan tak lupa juga atas kesudian Apa Khabar TV yang turut mempromosikan Perniagaan Sukamari.






Leave a Reply to Sukamari Nasi KandarCancel reply