
Penduduk di beberapa kawasan di tiga wilayah di Selatan Thai – Yala, Pattani dan Narathiwat – menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini (16 Jun 2024), berbeza daripada keputusan yang dibuat pihak berkuasa agama Islam Thailand.
Mereka yang menyambut Aidiladha hari ini berpendapat hari raya haji adalah selepas Hari Arafah di Arab Saudi yang jatuh pada 15 Jun 2024 dan Aidiladha disambut pada 16 Jun.
Susulan itu seawal jam 7 pagi penduduk di kawasan tertentu di wilayah berkenaan, mula berkumpul di kawasan lapang untuk melakukan solat sunat Aidiladha.
Jumaat lalu, Sheikhul Islam Thailand ke-19, Arun Boonchom mengumumkan umat Islam di negara itu akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun 2024.


Keadaan di pasar bandar utama di Narathiwat juga semakin sibuk dengan orang ramai keluar memberi barangan keperluan, seperti daging dan ayam untuk menyediakan masakan.
Pihak berkuasa agama Islam Wilayah Narathiwat juga mengumumkan solat sunat Aidiladha akan diadakan di beberapa kawasan lapang, termasuk di Stadium Perbandaran Narathiwat.
Ini kerana masjid yang ada tidak dapat menampung jumlah umat Islam yang hadir.







Leave a Reply