Setelah “tertangguh” sekian lama, kerana “hero”nya tidak berminat, akhirnya buku mengenai Tengku Razaleigh Hamzah berada di pasaran. Ditulis oleh Zinitulniza Abdul Kadir, buku setebal 340 muka surat dilancarkan oleh seteru politik lamanya Tun Musa Hitam di Hotel Impiana, Kuala Lumpur pada 21hb Mei, 2024.

Di antara kisah menarik di dalam Ku Li Memoir 205 ini ialah “pertarungan” sengit di antara kedua-dua tokoh politik ini ketika merebut jawatan Timbalan Presiden Umno pada 1981.

Hubungan erat Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan Ku Li dengan Perdana Menteri Malaysia kedua Allahyarham Tun Abdul Razak menyebabkan beliau sering diberi tugas besar negara seperti mengasaskan Bank Bumiputra dan bersama-sama merangka Dasar Ekonomi Baharu (DEB).

Banyak lagi misi “berani mati” yang diketuai oleh Ku Li, seperti mengambil alih New Straits Times dari Singapura dan yang paling penting mendapatkan semula hak minyak negara yang diserahkan kepada Shell oleh British, seterusnya mengasaskan PETRONAS.

“Tengku Razaleigh mempunyai bakat untuk mencari solusi kepada kemelut ekonomi negara,” kata Musa di dalam ucapan beliau.

Musa yang kini berusia 90 tahun berkata nama Ku Li sudah  popular ketika beliau menceburi politik.

Bagaimanapun, beliau mengakui sebagai ahli politik, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bijak dan mereka berdua (Musa dan Ku Li) sebaliknya.

Buku yang berharga RM55 (kulit kembut) dan RM90 (kulit keras) ini boleh didapati secara dalam talian di bookcafe.com.my dan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (24 Mei hingga 2 Jun, 2024).

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading