WILAYAH Krabi ialah permata Laut Andaman, terletak di pantai barat di Selatan Thailand dan menawarkan pantai berpasir halus, pulau-pulau indah sama ada bersaiz besar atau kecil, hutan bakau yang subur, gunung, stalaktit dan stalagmit, kafe dan kedai yang menawarkan pelbagai makanan lazat. Krabi ialah destinasi yang mempunyai sesuatu untuk semua orang.

Krabi berada di kedudukan kelima di Thailand dari segi hasil pelancongan, selepas Bangkok, Phuket, Chonburi dan Chiang Mai. Wilayah ini menyaksikan kira-kira enam juta pelancong setiap tahun, dengan musim kemuncaknya bermula daripada November hingga April.

Pertumbuhan pelancongan berterusan sekali gus menyebabkan sistem ekonomi di wilayah itu terus berkembang pesat, yang dianggap memberi manfaat kepada pembangunan secara keseluruhannya.

Namun pada masa yang sama terdapat kesan negatif disebabkan jumlah pelancong yang ramai.

Sebagai contoh, sumber alam telah musnah. Justeru, bagi menangani perkara ini, pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan inisiatif “Krabi 365 Days”, bertujuan mengagihkan semula lawatan pelancong sepanjang tahun, termasuk ketika di luar musim atau “musim hijau” (Mei hingga Oktober), tempoh yang dicirikan oleh hujan bermusim.

Hasil pelancongan di Krabi telah mengalami purata pertumbuhan tahunan sebanyak lapan peratus. Pada 2018, hasil daripada pelancongan diunjurkan mencecah 100 bilion baht, peningkatan daripada 96 bilion baht yang dicatatkan pada 2017.

Majoriti pelawat ke Krabi adalah dari China dan Malaysia, dengan pelancong Scandinavia juga menonjol dalam kalangan ketibaan antarabangsa.

Sepanjang tahun lalu, kira-kira 120,000 pelancong Malaysia tiba di Krabi melalui udara.

Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Wilayah Krabi, Aman MadAdam dalam satu temu bual bersama Apa Khabar TV baru-baru ini menjelaskan pihaknya kini menggalakkan pelancong Malaysia datang ke Krabi melalui darat.

“Projek untuk rakyat Malaysia adalah datang melancong melalui darat… melalui udara sudah ada dan ramai… boleh datang melalui darat, sama ada memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam.

“Terutama yang menunggang motosikal berkuasa tinggi… boleh terus datang. Kami menyokong mereka dalam melakukan aktiviti tanggungjawab sosial (CSR).

“Aktiviti yang kami sediakan untuk pelancong… contohnya pada musim buah-buahan… ada buffet buah-buahan. Kalau datang ramai-ramai terutama penunggang motosikal berkuasa tinggi… kami akan beri sokongan jika mahu mengadakan aktiviti CSR bersama masyarakat,” katanya.

Bagi pelancong yang mengutamakan kesihatan, Aman menjelaskan terdapat beberapa kawasan di Krabi yang menyediakan pelbagai rawatan semula jadi.

“Di Krabi… satu-satunya di Thailand mempunyai khasiat untuk rawatan lumpuh, peredaran darah, reumatik, kulit, dan pemulihan badan selepas Covid.

“Kami mempunyai air mineral yang sejuk seperti kolam zamrud, mata air panas, dan mata air sejuk bagi mereka yang menjaga kesihatan,” katanya lagi.

Beliau menjangkakan jumlah pelancong yang melawat Krabi tahun ini mencecah lebih 3.8 juta orang, sekali gus mampu menjana pendapatan lebih kurang 20 bilion baht.

Pihaknya menjangkakan kumpulan utama pelancong ke Krabi masih lagi pelancong dari Eropah, tetapi setakat tahun ini pelancong yang melancong di Krabi masih nombor satu dalam kalangan pelancong Malaysia.

“Selain itu, didapati kumpulan pelancong yang datang semula ke wilayah Krabi, termasuk rombongan pelancong dari Malaysia, Singapura, dan India,” katanya.

Aman mendedahkan Krabi menerima 3,803,375 pelancong sepanjang 2023 dengan 2,102,059 adalah pelancong tempatan dan 1,701,316 pelancong asing.

Purata kadar penginapan hotel ialah 68.66 peratus, menghasilkan jumlah pendapatan pusingan daripada pelancongan sebanyak 52,500.69 juta baht, di mana 22,213.91 juta baht adalah pendapatan yang dijana daripada pelancong Thailand, dan 30,286.78 juta baht daripada pelancong asing.

Melancong ke Krabi, tidak sah jika tidak menaiki bot laju untuk melawat empat pulau tumpuan utama pelancong iaitu Pulau Ayam, Pulau Poda, Laut Terpisah, dan Gua Phra Nang.

“Satu lagi destinasi utama yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia ialah Pulau Koh Lanta… Kebanyakan penduduk Islam di situ berasal dari Malaysia. Mereka datang berniaga dan menetap di pulau itu sejak lama dulu.

“Terdapat juga nelayan dari tempat lain serta orang Cina dari China. Penduduk pulau itu 90 peratus beragama Islam. Koh Lanta umpama ibu kota bagi ‘orang laut’,” kata Aman.

Pelancong juga boleh mengunjungi komuniti Ban Nai Nang yang terlibat dengan pelancongan marin serta cara hidup masyarakat hutan bakau. yang menternak lebah yang dilepaskan ke hutan bakau. Madu lebah hutan bakau memang berkualiti kerana mempunyai rasa masin, masam dan manis.

Selain itu, anda boleh juga melawat komuniti Thung Lipeng di Koh Lanta. Menaiki bot sambil bersarapan dan menikmati matahari terbit atau terbenam ketika senja.

Komuniti Ban Na Tuen yang terletak di kawasan Ao Nang pula terdiri daripada masyarakat Islam. Dalam komuniti ini terdapat pasar hijau. Mereka menjual hasil pertanian penduduk kampung yang menjaga alam sekitar.

Masyarakat Laem Sak pula terkenal dengan pes udang yang diperbuat daripada udang segar yang ditangkap di dalam celah-celah batu dan merupakan udang asli. Ia berbeza dengan tempat lain kerana rasanya yang lazat dan popular untuk membuat nasi campur udang.

Dapat dilihat Krabi mempunyai banyak tarikan pelancongan yang mampu memenuhi keperluan pelancong dari seluruh dunia.


นักท่องเที่ยวมาเลย์อันดับหนึ่งที่มาเยือนกระบี่

จังหวัดกระบี่เป็นอัญมณีแห่งทะเลอันดามันซึ่งตั้งอยู่บนชายฝั่งตะวันตกของภาคใต้ของประเทศไทยและมีหาดทรายที่สวยงาม เกาะที่สวยงามทั้งขนาดใหญ่และขนาดเล็ก ป่าชายเลนอันเขียวชอุ่ม ภูเขา หินงอกหินย้อย ร้านกาแฟและร้านค้าที่มีอาหารอร่อยหลากหลาย . กระบี่เป็นจุดหมายปลายทางที่มีทุกสิ่งสำหรับทุกคน

กระบี่อยู่ในอันดับที่ 5 ของประเทศไทยในด้านรายได้จากการท่องเที่ยว รองจากกรุงเทพฯ ภูเก็ต ชลบุรี และเชียงใหม่ ภูมิภาคนี้มีนักท่องเที่ยวประมาณหกล้านคนในแต่ละปี โดยช่วงฤดูท่องเที่ยวเริ่มตั้งแต่เดือนพฤศจิกายนถึงเมษายน

การเติบโตอย่างต่อเนื่องของการท่องเที่ยวส่งผลให้ระบบเศรษฐกิจในภูมิภาคเติบโตอย่างรวดเร็วอย่างต่อเนื่องซึ่งถือว่าเป็นประโยชน์ต่อการพัฒนาโดยรวม แต่ในขณะเดียวกันก็มีผล กระทบด้านลบเนื่องจากมีนักท่องเที่ยวจำนวนมาก

เช่น ทรัพยากรธรรมชาติถูกทำลาย ดังนั้น เพื่อจัดการกับเรื่องนี้ หน่วยงานท้องถิ่นจึงได้ดำเนินโครงการ “กระบี่ 365 วัน” โดยมีวัตถุประสงค์เพื่อกระจายการมาเยือนของนักท่องเที่ยวตลอดทั้งปี รวมถึงในช่วงนอกฤดูท่องเที่ยวหรือ “ฤดูสีเขียว” (เดือนพฤษภาคมถึงตุลาคม) ซึ่งเป็นช่วงที่มีลักษณะ ฝนตกตามฤดูกาล

รายได้จากการท่องเที่ยวในจังหวัดกระบี่มีการเติบโตเฉลี่ยร้อยละแปดต่อปี ในปี 2561 คาดว่ารายได้จากการท่องเที่ยวจะสูงถึง 100,000 ล้านบาท เพิ่มขึ้นจาก 96,000 ล้านบาทในปี 2560 ผู้มาเยือนกระบี่ส่วนใหญ่มาจากประเทศจีนและมาเลเซีย โดยนักท่องเที่ยวชาวสแกนดิเนเวียก็โดดเด่นในกลุ่มนักท่องเที่ยวต่างชาติเช่นกัน

ในปีที่ผ่านมา มีนักท่องเที่ยวชาวมาเลเซียประมาณ 120,000 คนเดินทางมาถึงกระบี่ทางอากาศ

อามาน มัดอะดัม ผู้อำนวยการการท่องเที่ยวแห่งประเทศไทย (ททท.) จังหวัดกระบี่ ให้สัมภาษณ์กับ Apa Khabar TV เมื่อเร็วๆ นี้ อธิบายว่าขณะนี้ทาง ททท.สนับสนุนให้นักท่องเที่ยวชาวมาเลเซียเดินทางมากระบี่ทางบก

“โครงการสำหรับชาวมาเลเซียคือการเดินทางมาทางบก…ทางอากาศก็มีมากอยู่แล้ว และอีกหลายคน…สามารถมาทางบกได้ ไม่ว่าจะขับรถมาเองหรือใช้บริการขนส่งสาธารณะ”

“โดยเฉพาะผู้ที่ขี่มอเตอร์ไซค์พลังสูง(บิ๊กไบท์).. เราสนับสนุนพวกเขาในการทำกิจกรรมความรับผิดชอบต่อสังคม (CSR)

“กิจกรรมที่เราจัดให้นักท่องเที่ยว…เช่นช่วงฤดูผลไม้…มีบุฟเฟ่ต์ผลไม้ด้วย ถ้าคนมาเยอะ โดยเฉพาะนักขี่มอเตอร์ไซค์บิ๊กไบท์…เราจะสนับสนุนถ้าพวกเขาต้องการ” เพื่อจัดกิจกรรม CSR ร่วมกับชุมชน” เขากล่าว

สำหรับนักท่องเที่ยวที่ให้ความสำคัญกับสุขภาพ อามานอธิบายว่ากระบี่มีหลายพื้นที่ที่ให้การบำบัดทางธรรมชาติที่หลากหลาย เช่นน้ำพุร้อนเค็ม

“ที่กระบี่…มีที่เดียวในไทยที่มีคุณประโยชน์ด้านการรักษาอัมพฤกษ์ อัมพาต การไหลเวียนโลหิต ไขข้อ ฟื้นฟูผิวหนังและร่างกายหลังโควิด”

“เรามีน้ำแร่เย็น เช่น สระมรกต น้ำพุร้อน และน้ำพุเย็น สำหรับผู้ที่ใส่ใจในเรื่องสุขภาพของตนเอง” เขากล่าวเสริม

โดยคาดว่าจำนวนนักท่องเที่ยวที่มาเยือนกระบี่ในปีนี้จะทะลุ 3.8 ล้านคน สร้างรายได้ประมาณ 2 หมื่นล้านบาท

เขาคาดว่านักท่องเที่ยวกลุ่มหลักที่มาเยือนกระบี่จะยังคงเป็นนักท่องเที่ยวจากยุโรป แต่จนถึงปีนี้ นักท่องเที่ยวที่เดินทางไปกระบี่ยังคงเป็นนักท่องเที่ยวชาวมาเลเซียอันดับหนึ่ง

“นอกจากนี้ พบว่ากลุ่มนักท่องเที่ยวที่กลับมาเที่ยวซ้ำที่จังหวัดกระบี่ รวมถึงกลุ่มนักท่องเที่ยวจากมาเลเซีย สิงคโปร์ และอินเดีย” เขากล่าว

อามานเปิดเผยว่ากระบี่รับนักท่องเที่ยวได้ 3,803,375 คน ตลอดปี 2566 โดยเป็นนักท่องเที่ยวท้องถิ่น 2,102,059 คน และนักท่องเที่ยวชาวต่างชาติ 1,701,316 คน

อัตราการเข้าพักโรงแรมเฉลี่ยร้อยละ 68.66 ส่งผลให้มีรายได้หมุนเวียนจากการท่องเที่ยวรวม 52,500.69 ล้านบาท โดยเป็นรายได้จากนักท่องเที่ยวชาวไทย 22,213.91 ล้านบาท และจากนักท่องเที่ยวชาวต่างชาติ 30,286.78 ล้านบาท

การท่องเที่ยวไปกระบี่จะไม่สมบูรณ์ หากคุณไม่นั่งเรือเร็วไปเยี่ยมชมเกาะท่องเที่ยวหลัก 4 เกาะ ได้แก่ เกาะไก่ เกาะปอดะ ทะเลแหวก และถ้ำพระนาง

“จุดหมายปลายทางหลักอีกแห่งหนึ่งที่นักท่องเที่ยวชาวมาเลเซียให้ความสนใจคือเกาะลันตา…ชาวมุสลิมส่วนใหญ่มาจากมาเลเซีย พวกเขามาทำธุรกิจและตั้งถิ่นฐานบนเกาะแห่งนี้เมื่อนานมาแล้ว

“ยังมีชาวประมงจากที่อื่นเช่นเดียวกับชาวจีนจากประเทศจีน ประชากรของเกาะนี้เป็นมุสลิมร้อยละ 90 เกาะลันตาเปรียบเสมือนเมืองหลวงของ ‘ชาวเกาะ’” อามานกล่าว

นักท่องเที่ยวยังสามารถเยี่ยมชมชุมชนบ้านในหนัง ที่เกี่ยวข้องกับการท่องเที่ยวทางทะเล ตลอดจนวิถีชีวิตของชุมชนป่าชายเลน มีเลี้ยงผึ้ง และปล่อยผึ้งเข้าสู่ป่า น้ำผึ้งที่นี่มีคุณภาพสูงเนื่องจากมีรสเค็ม เปรี้ยว และหวาน

นอกจากนี้คุณยังสามารถเยี่ยมชมชุมชนทุ่งหลีเป็งบนเกาะลันตาได้อีกด้วย นั่งเรือพร้อมรับประทานอาหารเช้าและเพลิดเพลินกับพระอาทิตย์ขึ้นหรือตกในเวลาพลบค่ำ

ชุมชนบ้านนาตื่นที่บริเวณอ่าวนางประกอบด้วยชาวมุสลิม ในชุมชนนี้มีตลาดสีเขียว จำหน่ายผลผลิตทางการเกษตรของชาวบ้านที่ใส่ใจสิ่งแวดล้อม

ชุมชนแหลมสักขึ้นชื่อในเรื่องกะปิที่ทำจากกุ้งสดที่จับตามซอกหินและเป็นกุ้งที่บริสุทธิ แตกต่างจากที่อื่นเพราะมีรสชาติอร่อยและนิยมนำมาทำข้าวคลุกกะปิ

จะเห็นได้ว่ากระบี่มีสถานที่ท่องเที่ยวมากมายที่สามารถตอบสนองความต้องการของนักท่องเที่ยวจากทั่วทุกมุมโลก

One response to “[BAHASA MELAYU/THAI] Pelancong Malaysia nombor satu melawat Krabi”

  1. […] juga berkesempatan menemu bual Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Wilayah Krabi, Aman MadAdam berkaitan industri pelancongan di wilayah […]

Leave a Reply

Trending