SIANG malam bekerja bergilir-gilir, akhirnya impian sekumpulan kira-kira 100 sukarelawan dari Terengganu untuk menyiapkan lapan pondok buat pelajar Maahad Islamiah Balo di Raman, Yala, Selatan Thai, tercapai.

Penat lelah mereka selama 48 jam berakhir dengan ukiran senyum dan puas hati, sementara keceriaan terpancar pada wajah pihak pengurusan maahad berkenaan kerana kini sedikit masalah tempat tinggal pelajar dapat diatasi.

Menyedari bahawa banjir besar yang melanda tiga wilayah di Selatan Thai pada penghujung tahun lalu, menyebabkan kemusnahan dahsyat dalam tempoh lebih 50 tahun, kumpulan Prihatin Anak Watan Terengganu, mula mengumpul dana sejak Januari tahun ini untuk menyalurkan bantuan.

Menerusi #BETISKARAT Misi 3.0 Program Bina Pondok Yala digerakkan pada 15 ingga 18 Februari lalu. Mereka memilih Maahad Islamiah Balo setelah menerima maklumat bahawa pusat pengajian Islam itu ditimpa bencana banjir paling buruk.

Ketika majlis penyerahan pondok berkenaan, pengarah program berkenaan Suhaimi Mat Nor secara bergurau berharap di Padang Mahsyar kelak penghuni Maahad Islamiah Balo dapat pencari peserta yang terlibat dalam program ini.

Banyak kerosakan dialami di maahad yang turut dikenali sebagai ‘Pondok Balo’, ketika banjir besar pada Disember lalu, sehinggakan kebanyakan tempat tinggal (pondok) pelajar hanyut.

Pada 14 Januari lalu, apakhabartv.com menyiarkan laporan pasca banjir di Selatan Thai, termasuk kejadian yang menimpa Pondok Balo, selain menghantar sedikit bantuan hasil sumbangan beberapa pembaca.

Semalam, 3 April 2024, apakhabartv.com sekali lagi menziarahi pondok berkenaan dan bertemu dengan pengetuanya, Ahmad Royani Haji Abdullah.

Tujuan pertemuan adalah untuk memaklumkan bahawa sekumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, merancang melawat pondok berkenaan selain untik menghulurkan bantuan pada awal Jun depan.

Ahmad Royani berterima kasih kepada beberapa pihak di Malaysia yang terus memberi bantuan, termasuk membina pondok yang akan dijadikan asrama kepada 32 pelajar lelaki.

“Terima kasih kepada kumpulan prihatin dari Terengganu yang menyiapkan lapan pondok dalam masa dua hari.

“Anggota kumpulan itu bekerja siang malam secara bergilir-gilir hingga akhirnya siap,” katanya kepada apakhabartv.

Katanya sejak laporan berkaitan kejadian yang menimpa maahad berkenaan tersebar, ramai pihak khususnya dari Malaysia yang menghulurkan bantuan.

Beliau mengakui bantuan berupa pakaian, al-Quran dan muqaddam telah mencukupi, malah berlebihan.

“Kami mengharapkan sekiranya ada pihak di Malaysia yang dapat membantu menyumbang beberapa buah komputer untuk makmal sekolah.

“Makmal komputer turut ditenggelami air. Banyak komputer yang gagal diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, UPSI sedang merancang untuk menghantar bantuan kepada beberapa sekolah agama dan kampung dalam satu program empat hari tiga malam di Selatan Thai pada awal Jun ini.

Beyond Borders: Humanitarian Mission UPSI For Thailand 2024 dijangka bermula 7 hingga 10 Jun depan dianjurkan Exco Kebajikan dan Perkhidmatan, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2023/2024 UPSI, dengan kerjasama Team Kesukarelawan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI dan ApakhabarTV.

Antara lain, program itu bertujuan membudayakan sikap prihatin dan ambil cakna pelajar, fakulti, dan semua pihak terhadap masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Selatan Thai, di samping mencari solusi dan alternatif untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi membantu golongan ini.

Kesedaran tentang pentingnya melaksanakan tugas masing-masing sebagai sebuah masyarakat yang hidup dalam sebuah sistem sosial yang sama adalah amat penting bagi memberikan makna yang positif dalam kehidupan. Oleh itu, rancangan untuk menyumbang dari segi keperluan harian ini adalah relevan bagi mencapai hasrat tersebut.

Hubungan yang baik dapat dijalin apabila budaya saling membantu diamalkan di antara satu sama lain dan hal ini secara tidak langsung dapat memupuk rasa keperihatinan.

Mangsa yang terlibat dalam bencana ini adalah golongan yang paling terjejas dari segi keperluan asas sebagai seorang muslim. Oleh itu, melalui usaha sukarela ini program berkenaan akan memastikan bahawa mangsa dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa dengan memberikan sumbangan bagi meringankan sedikit sebanyak beban mereka.


[ภาษามาเลเซีย/ภาษาไทย] 48 ชั่วโมงเพื่อสร้างปอเนาะทั้ง 8 หลัง

การทำงานผลัดกันทั้งวันทั้งคืน ในที่สุดความฝันของกลุ่มอาสาสมัครประมาณ 100 คนจากตรังกานูเพื่อสร้างปอเนาะแปดหลังสำหรับนักเรียนของมะอาหัด อิสลามียะห์ บาลอ ในอ.รามันจ. ยะลา ภาคใต้ของประเทศไทยก็เป็นจริง

การทำงานหนัก 48 ชั่วโมงของพวกเขาจบลงด้วยรอยยิ้มและความพึงพอใจ ในขณะที่ความสุขก็สะท้อนให้เห็นบนใบหน้าของผู้บริหารกลุ่มมะอาหัดเพราะขณะนี้ปัญหาเรื่องที่พักนักศึกษาบางส่วนสามารถผ่านพ้นไปได้

โดยตระหนักว่าน้ำท่วมใหญ่ที่ถล่ม 3 จังหวัดทางภาคใต้ของประเทศไทยเมื่อปลายปีที่แล้ว ก่อให้เกิดความเสียหายครั้งใหญ่ที่สุดในรอบกว่า 50 ปี กลุ่มปรีหะติน อนัค วาทัน ตรังกานู จึงเริ่มรวบรวมเงินทุนตั้งแต่เดือนมกราคมปีนี้เพื่อให้ความช่วยเหลือ

โดยโครงการ #เบติสการัตภารกิจ 3.0 โครงการสร้างปอเนาะยะลา เริ่มดำเนินการในวันที่ 15 ถึง 18 กุมภาพันธ์ พวกเขาเลือกมะอาหัด อิสลามียะห์ บาลอ หลังจากได้รับข้อมูลว่าศูนย์ศึกษาอิสลามได้รับผลกระทบจากภัยพิบัติน้ำท่วมครั้งเลวร้ายที่สุด

ในระหว่างพิธีมอบปอเนาะ ผู้อำนวยการโครงการ Suhaimi Mat Nor พูดติดตลกว่าในปาดัง มะฮ์ซาร์ ชาวเมือง Maahad Islamiah Balo จะสามารถค้นหาผู้เข้าร่วมที่เกี่ยวข้องกับโครงการนี้ได้

ความเสียหายจำนวนมากเกิดขึ้นในปอเนาะมะอาหัด ซึ่งเรียกอีกชื่อหนึ่งว่า ‘ปอเนาะ บาลอ’ เมื่อเกิดน้ำท่วมใหญ่เมื่อเดือนธันวาคมปีที่แล้ว มากจนที่พักส่วนใหญ่ (ปอเนาะ) ของนักเรียนถูกพัดพาไป

เมื่อวันที่ 14 มกราคม apakhabartv.com ได้เผยแพร่รายงานหลังน้ำท่วมในภาคใต้ของประเทศไทย รวมถึงเหตุการณ์ที่เกิดขึ้นกับปอเนาะ บาโล นอกเหนือจากการส่งความช่วยเหลืออันเป็นผลจากการมีส่วนร่วมของผู้อ่านบางส่วน

เมื่อวานนี้วันที่ 3 เมษายน 2024 apakhabartv.com ได้ไปเยี่ยมบ้านพักอีกครั้งและได้พบกับอาจารย์ใหญ่ Ahmad Royani Haji Abdullah

วัตถุประสงค์ของการประชุมคือการแจ้งให้ทราบว่ากลุ่มนักศึกษาจาก Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim รัฐเประ กำลังวางแผนที่จะเยี่ยมชมปอเนาะดังกล่าว นอกเหนือจากการให้ความช่วยเหลือในต้นเดือนมิถุนายน

Ahmad Royani กล่าวขอบคุณหลายฝ่ายในมาเลเซียที่ให้ความช่วยเหลืออย่างต่อเนื่อง รวมถึงการสร้างปอเนาะที่จะใช้เป็นหอพักสำหรับนักเรียนชาย 32 คน

“ขอขอบคุณกลุ่มที่เกี่ยวข้องจากตรังกานูที่สร้างปอเนาะ 8 หลังเสร็จภายในสองวัน

“สมาชิกในกลุ่ม ทำงานกันทั้งวันทั้งคืนเป็นกะ จนกระทั่งในที่สุดก็เสร็จ” เขาบอกกับ apakhabartv

เขากล่าวว่าเนื่องจากมีรายงานที่เกี่ยวข้องกับเหตุการณ์ที่เกิดขึ้นกับมะอาหัดแพร่กระจายออกไป หลายฝ่ายโดยเฉพาะจากมาเลเซียจึงได้เสนอความช่วยเหลือ

เขายอมรับว่าความช่วยเหลือในรูปของเสื้อผ้า อัลกุรอาน และมุกัดดัมก็เพียงพอแล้ว แม้กระทั่งมากเกินไปด้วยซ้ำ

“เราหวังว่าจะมีหน่วยงานในมาเลเซียที่สามารถช่วยบริจาคคอมพิวเตอร์จำนวนหนึ่งให้กับห้องปฏิบัติการของโรงเรียนได้

“ห้องปฏิบัติการคอมพิวเตอร์ก็ถูกน้ำท่วมเช่นกัน คอมพิวเตอร์หลายเครื่องไม่สามารถขนย้ายได้ทัน” เขากล่าว

ในขณะเดียวกัน UPSI กำลังวางแผนที่จะส่งความช่วยเหลือไปยังโรงเรียนสอนศาสนาและหมู่บ้านหลายแห่งในโครงการสี่วันสามคืนในภาคใต้ของประเทศไทยในต้นเดือนมิถุนายน

Beyond Borders: Humanitarian Mission UPSI For Thailand 2024 คาดว่าจะเริ่มตั้งแต่วันที่ 7 ถึง 10 มิถุนายนปีนี้ ซึ่งจัดโดย Exco Welfare and Services, Harun Aminurrashid College Student Council 2023/2024 UPSI Session โดยความร่วมมือกับทีมอาสาสมัครคณะมนุษยศาสตร์ของ UPSI และ ApakhabarTV

เหนือสิ่งอื่นใด โครงการนี้มุ่งหวังที่จะปลูกฝังทัศนคติของความใส่ใจและความตระหนักในหมู่นักศึกษา คณาจารย์ และทุกฝ่ายต่อปัญหาที่ชาวมุสลิมในภาคใต้ของประเทศไทยเผชิญอยู่ นอกเหนือจากการค้นหาแนวทางแก้ไขและทางเลือกในการทำงานร่วมกับเจ้าหน้าที่เพื่อช่วยเหลือกลุ่มนี้

การตระหนักถึงความสำคัญของการปฏิบัติหน้าที่ของกันและกันในฐานะชุมชนที่อาศัยอยู่ในระบบสังคมเดียวกันเป็นสิ่งสำคัญมากในการให้ความหมายเชิงบวกในชีวิต ดังนั้นแผนการบริจาคในแง่ของความต้องการในแต่ละวันจึงมีความเกี่ยวข้องเพื่อให้บรรลุความปรารถนานั้น

ความสัมพันธ์ที่ดีสามารถสร้างขึ้นได้เมื่อวัฒนธรรมการช่วยเหลือซึ่งกันและกันได้รับการฝึกฝนซึ่งกันและกัน และสิ่งนี้สามารถปลูกฝังความรู้สึกห่วงใยทางอ้อมได้

เหยื่อที่เกี่ยวข้องกับภัยพิบัติครั้งนี้เป็นกลุ่มที่ได้รับผลกระทบมากที่สุดในแง่ของความต้องการขั้นพื้นฐานในฐานะชาวมุสลิม ดังนั้นด้วยความสมัครใจนี้ โครงการฯ จะทำให้ผู้เสียหายสามารถดำเนินชีวิตต่อไปได้ตามปกติ โดยบริจาคเงินเพื่อแบ่งเบาภาระได้ในระดับหนึ่ง

Leave a Reply

Trending