TANJONG MALIM: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, semalam, meluangkan masa lebih dua jam menyemarakkan program jelajah ‘Semarak Ramadan Institusi Pendidikan Tinggi’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

Beliau turut menyantuni lebih 700 warga UPSI sejurus selesai menunaikan solat Tarawih dan moreh di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Ini adalah program jelajah Semarak Ramadan yang sedang dilakukan oleh Dr Zambry bagi meluangkan masa dengan warga kampus sama ada melalui majlis berbuka puasa, solat Tarawih, moreh atau sahur.

Pada majlis itu, Dr Zambry turut menyerahkan juadah moreh kepada pelajar dan jemaah yang hadir.

Dr Zamry bersama penerima sumbangan WEZAS selepas majlis penyerahan di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah.

Beliau turut mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir, termasuk empat pelajar mobiliti antarabangsa dari Uzbekistan dan Hungary serta barisan pelari pecut negara yang kini sedang berkampung menjalani latihan di Kampus Sultan Azlan Shah.

Majlis anjuran Pusat Islam ini turut dihadiri Presiden Geely Talent Development Group (GTDG), Prof Dr Lu Dan, merangkap Presiden University of Sanya dan Timbalan Presiden Geely Talent Development Group, Prof Dr Zoe Che yang juga Presiden Xinwei Edutech.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata majlis itu juga memberi kesempatan kepada warga UPSI untuk saling mengukuhkan silaturahim sempena Ramadan selain bertemu kepemimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pada majlis ini turut diadakan penyampaian sumbangan oleh Pusat Wakaf Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) kepada Kolej Aminuddin Baki UPSI; Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC); Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK); Majlis Perwakilan Pelajar (MPP); dan Pusat Islam.

Selain itu, Dr Zambry juga menyaksikan penyampaian Bantuan Duit Raya Tabung UPSI Prihatin (TUP) oleh Unit Kebajikan Bahagian Sumber Manusia UPSI kepada warga UPSI yang kurang bernasib baik.

Dr Zambry turut menunaikan solat Tarawih dan hadir pada majlis moreh di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, semalam (19 Mac 2024).

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading