Video : Zulkifli Zainul

Story : Rashid Yusof

Timeline awal pagi Gerai Pak Long Men di pekan Kuala Kurau

2.50 pagi : Jamil bin Bakar (Pak Long Men) bangun. Dah nak bergerak dari rumahnya di Pandak Puteh ke pekan Kuala Kurau, bersama isterinya, Juliana.

3.38 pagi : Tengok-tengok Team Apa Khabar TV yang sudah sampai di tapak perniagaan, ada missed call dari Pak Long. Awalnya.

3.50 pagi : Pak Long Men was not the only one making an early morning phone call. Di Parit Hj Abdul Rahman, tak jauh dari pekan Kuala Kurau, Arbain bin Samat, 62, mendapat panggilan dari adiknya Jaafar, 53.

Bukan apa, sekadar ingatan, mengenai rutin mereka ke gerai Pak Long Men. Abang makan nasi dengan gulai ikan nyok-nyok, adik peminat Sembilang.

4 pagi : Pelanggan sampai dengan motorsikal dan kereta. Soalan mereka; sembilang ada? Dah masak?

Sebelum kita berbual dengan Pak Long Men dan pelanggannya, nak cerita setting dan landscape dulu.

Bayangkan keadaan highway Utara-Selatan sesak, nak singgah R&R pun macam dah tak ada parking. Makan macamana? Apa Khabar TV ada nak bagi satu cadangan. Tuan-tuan, puan-puan, exit di Kamunting, ikut signage ke Bagan Serai.

Ada simpang ke Kuala Gula/Kuala Kurau. Ikut saja. Ini kawasan Matang wetlands. Ada berbelas kampung nelayan. Salah satu di Kuala Kurau, nama pun Kampung Nelayan. Yang paling terkenal, Kuala Gula.

Penulis dah dua tiga kali sampai. Ketam lembut, mee ketam, sungai, mangrove, bird sanctuary dan great conversations. Perut kenyang, kepala ringan. Haa, sebelum tinggalkan kawasan hujung Perak ini, singgah beli ikan segar di Tanjung Piandang. Masuk balik highway PLUS di Jawi. Dah dekat pun dengan Juru.

Makan gulai sembilang bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahari, baru-baru ini.

Mood Pak Long Men

Dah 20 tahun Pak Long berniaga awal pagi. Bermula dari nelayan yang sememangnya early risers, yang lain pun mula integrate dengan early morning routine ini. Ada yang datang dari Taiping dan Parit Buntar. Anak muda yang nak masuk kerja di kilang, perlu bersarapan. Ibu bapa bergegas ke warong Pak Long beli gulai ikan.

Ada lagi satu kategori. Mereka yang memang peminat sembilang, nyok-nyok, bawal emas dan ikan sensasi lain yang digulaikan.

Kiranya Pak Long Men sedang manage success. Berniaga jam 4 pagi ke 10 pagi tapi yang paling merisaukan ialah nak dapatkan bekalan sembilang.

Apa Khabar TV beritahu Pak Long Men yang Ka Na di Naim Gulai Sembilang, Tanjung Dawai, Kedah pun alami masalah sama.

Setiap petang Pak Long akan cari sembilang di Kuala Gula, Batu 5 (Jalan Kuala Kurau-Parit Buntar) dan ke Tanjung Piandang.

Setiap hala 20 minit. Hari sebelum kami sampai Pak Long hanya dapat beli 7kg Sembilang di Kampung Nelayan, Kuala Kurau, pada RM25 sekilo.

“Kalau tak dapat sembilang, nak berniaga pun dah tak semangat.” Pak Long dan pelanggan-pelanggan setia beliau mengajak Apa Khabar TV datang di bulan Ramadhan. Waktu perniagaan : 1 pagi hingga 5.30 pagi.

Di bulan Ramadan, bekalan sembilang meningkat sebab tak ramai yang berniaga. Ada yang datang bawa ikan segar ke Warong Pak Long.

Scene 4 pagi di Gerai Pak Long

Apa Khabar TV sudah salah tanggap. Bukan semua pelanggan dan peniaga cakap loghat Utara.

Namun tak kira bangsa, semuanya ramah. Masyarakat Cina intim dengan Pak Long. “Depa panggei saya Ah Meng (Jamil)..isteri saya Ah Ju (Juliana).

Kami berbual dari meja ke meja. Lim Ah Phong, 56, tekong bot ikan. Dia memang suka sembilang.

Semasa buat ground reporting di Naim Gulai Sembilang, Apa Khabar TV dah diberitau yang masyarakat Cina suka makan gulai kepala ikan sembilang.

Kini sesudah tinjau perniagaan gulai sembilang di Kuala Kurau, kami dah ada keyakinan nak kongsi maklumat ini. Ada kalangan masyarakat Cina yang minta badan ikan sembilang, tapi lebih ramai yang sukakan kepala.

Arbain Samat dan adiknya Jaafar tetap jawab soalan kami yang dikemukakan dalam loghat Kedah. Tapi lain ni tone depa. “Kami orang Banjar. Di Parit Hj Abdul Rahman, 90 peratus penduduk orang Banjar.”

Cukuplah pengkisahan sekadar ini. Siapa yang nak nikmati juadah sembilang awal pagi, telefon dulu Pak Long Men – 0174641406

Laporan apakhabartv mengenai sembilang 4 pagi ini awalnya dibuat menerusi YouTube pada 1 April 2018. Namun YouTube apakhabartv berdepan masalah dan digodam, ianya telah hilang.

Bagaimanapun, laporan dan klip video mengenai Gulai Sembilang 4 Pagi di Kuala Kurau muncul semula. Pihak apakhabartv membuat keputusan untuk mengulang siar laporan dan klip video berkenaan hari ini (16 Mac 2024).

Alhamdulillah, satu usaha untuk memperkenal dan memajukan perniagaan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading