BERSERONOK, menikmati alam sambil merasai pelbagai jenis makanan, membantu melegakan tekanan dan juga meningkatkan kesihatan fizikal serta mental.

Terdapat banyak jenis aktiviti yang mampu membantu orang ramai mempelajari tentang alam semula jadi, baik tumbuhan mahupun haiwan. Arkeologi, sejarah serta seni dan budaya manusia dalam pelbagai era.

Pembelajaran tentang perkara-perkara ini akan membantu mencipta kesan cinta dan keterikatan kepada tempat dan aktiviti yang dianjurkan. Atas sebab ini, aktiviti rekreasi boleh digunakan untuk mempromosikan tarikan pelancong agar lebih menarik.

Sumber rekreasi membantu menjadikan pelancong berasa menjadi sebahagian daripada seni, budaya dan sifat tempat itu.

Justeru, untuk mengalami alam semula jadi, flora dan fauna dunia alam hutan kayu bakau dan pesisir pantai yang ditambak batu, Ban Pecah di Tanjung Piandang, Perak, boleh menjadi tarikah baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahari.

Demikian diakui Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahari ketika berbual santai bersama apakhabartv beberapa hari lalu ketika kunjungan penulis di sekitar Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Puas makan YB… terima kasih bawa penulis dan rakan – Rashid Yusof – makan kerang rebus dan laksa setelah selesai solat Tarawih dan menghadiri majlis berbuka puasa di Cafe De’Bakau.

Berbual sehingga jam 1 pagi di gerai abang Man Kerang, YB turut bersama kami menuju pula ke gerai Gulai Sembilang Pak Long Men di Pekan Kuala Kurau. Untuk rekod apakhabartv pernah membuat rakaman dan menceritakan kisah gulai sembilang yang terkenal itu pada 1 April 2018.

Gerai Man Kerang terletak di Simpang 3, Kuala Kurau. Pak Man hanya buka untuk kerang rebus pada bulan puasa sahaja mulai jam 8.30 malam hingga 2 pagi. Kerang rebus di sini menjadi tumpuan penduduk Kuala Kurau dan sekitarnya kerana keenakan dan kemanisan kerang segar serta kuah kacang. Ramai sungguh pelanggan hingga jam 2 pagi.

Perbualan dengan wakil rakyat empat penggal itu mengambil masa beberapa jam, berkisar kepada banyak topik. Kira-kira lima peratus sahaja topik perbualan kami berkisar kepada politik. Kami lebih memberi fokus kepada topik pembangunan dan pelancongan di sekitar Kuala Kurau serta Tanjung Piandang.

“Memang ada pelan untuk membangunkan sekitar Ban Pecah di Tanjung Piandang sebagai pusat pelancongan. Projek menambak pantai itu adalah salah satu usaha untuk menjadikan Ban Pecah sebagai tarikan baharu pelancongan.

“Namun, semua pelan pembangunan itu bergantung kepada peruntukan kerajaan negeri Perak. Projek yang siap sekarang adalah hasil peruntukan beberapa tahun lalu,” jelas Datuk Abdul Yunus.

Dengan gerai makan seperti Man Kerang, gulai sembilang dan kheng som ikan siakap di De’Bakau, kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang, semakin mendapat perhatian pelancong tempatan

Datuk Abdul Yunus mengaku sejak dua tiga tahun lalu berlaku lonjakan kehadiran pelancong di kedua-dua kawasan itu.

“Ban Pecah, Tanjung Piandang menjadi ‘port’ memancing. Kadang-kadang ada pertandingan memancing. Pada Sabtu dan Ahad, ramai yang mengunjungi kawasan pesisir pantai itu.”

Penulis dua kali berkesempatan meninjau kawasan Ban Pecah. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah jalan yang sempit untuk dua kenderaan berselisih.

“Naik taraf jalan… projek pembangunan melalui banyak peringkat… tak boleh secara mengejut. Sememangnya ada rancangan untuk memperluaskan jalan serta menyediakan kemudahan asas yang lain.

“Saya selalu minta supaya jalan di kawasan itu dinaik taraf segera kerana pelancong semakin ramai. Seperkara lagi saya juga meminta supaya tambak laut yang ada sekrang diperiksa lebih kerap.

“Kita takut pecah. Jika pecah, kawasan darat berhampiran akan banjir. Dan ini akan menyusahkan penduduk,” kata beliau lagi.

Kawasan rekreasi sebenarnya boleh membantu memberi kesan kepada kedatangan. Sehubungan itu, apakhabartv sekali lagi menekankan bahawa kawasan rekreasi seperti Ban Pecah di Tanjung Piandang yang ada sekarang mesti mempunyai kemudahan asas, terutama jalan yang lebar.

Pihak berkuasa kerajaan tempatan mesti melihat perkara ini, kerana limpahan kemasukan pelancong akan memberi pulangan ekonomi kepada penduduk tempatan.

Sebagaimana, hasrat Datuk Abdul Yunus untuk mewujudkan sebuah pusat jualan pelbagai jenis ikan kering atau ikan masin di bandar Kuala Kurau. Semoga suatu hari nanti hasrat itu akan menjadi kenyataan.

Jom sama-sama kita berusaha supaya pelancong dalam dan luar negara jatuh cinta kepada Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Kita mesti bekerjasama untuk mencipta satu nilai di mana pelancong tertarik untuk datang ke sini dan berasa berbaloi.

Kita mesti:

  1. Menggunakan teknologi untuk meningkatkan potensi perkhidmatan, termasuk media sosial, data yang besar, dan geolokasi untuk membantu memudahkan pelancong mendapat maklumat, asas dalam pelbagai bahasa; dan
  2. Mencipta peluang supaya pelancong yang datang di Kuala Kurau dan Tanjung Piandang boleh mengembara di pelbagai kawasan. Melaksanakan pelbagai aktiviti berdasarkan budaya yang diwarisi.

Bagaimana untuk membuat pelancong berasa bahawa lawatan mereka ke Kuala Kurau dan Tanjung Piandang berbaloi. Sama-sama kita fikirkan!

Penulis (kiri), Rashid Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahari bersama rakan-rakan lain menikmati kerang rebus di Gerai Man Kerang di Simpang Tiga, Kuala Kurau.

ขอบคุณ YB (สส.) สำหรับการเลี้ยงอาหาร ทำให้นักท่องเที่ยวหลงรักเมือง Kuala Kurau, Tanjung Piandang

โดย ราซาลี ซาคาเรีย และ รอฮานา มะ

สนุกสนาน เพลิดเพลินกับธรรมชาติพร้อมชิมอาหารประเภทต่างๆ ช่วยคลายเครียด และยังช่วยให้สุขภาพกายและสุขภาพจิตดีขึ้นอีกด้วย

มีกิจกรรมหลายประเภทที่ช่วยให้ผู้คนเรียนรู้เกี่ยวกับธรรมชาติทั้งพืชและสัตว์ โบราณคดี ประวัติศาสตร์ ศิลปะและวัฒนธรรมของมนุษย์ในยุคต่างๆ

การเรียนรู้สิ่งเหล่านี้จะช่วยสร้างความรู้สึกรักและผูกพันกับสถานที่และกิจกรรมที่จัดขึ้น ด้วยเหตุนี้จึงสามารถนำกิจกรรมสันทนาการมาใช้เพื่อส่งเสริมสถานที่ท่องเที่ยวให้น่าดึงดูดยิ่งขึ้นได้

ทรัพยากรด้านสันทนาการช่วยให้นักท่องเที่ยวรู้สึกเป็นส่วนหนึ่งของศิลปะ วัฒนธรรม และธรรมชาติของสถานที่

ดังนั้นหากต้องการสัมผัสธรรมชาติ พืช และสัตว์ต่างๆ ในโลกธรรมชาติของป่าชายเลนและพื้นที่ชายฝั่งที่เรียงรายไปด้วยหิน Ban Pecah ใน Tanjung Piandang รัฐ Perak จึงอาจเป็นที่ใหม่ได้

สิ่งนี้ได้รับการยอมรับจากสมาชิกสภาผู้แทนราษฎร์เมือง Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahari ระหว่างการสนทนากับ apakhabartv เมื่อไม่กี่วันก่อนระหว่างการเยือน Tanjung Piandang และ Kuala Kurau ของนักเขียน

อิ่มจนหนำใจครับ… ท่านสส. ขอบคุณที่พานักเขียนและเพื่อน – Rashid Yusof – มากินหอยและขนมจีนหลังจากละหมาดตารอเวียห์เสร็จ และเข้าร่วมพิธีละศีลอดที่ Cafe De’Bakau

ท่าน สส. พูดคุยกันจนถึงตี 1 ที่แผงขายหอยของ Man Kerang และไปกับเราที่แผงขาย Gulai Sembilang (สตูว์เนื้อ) ของ Pak Long Men ใน เมือง Kuala Kurau สำหรับบันทึกนี้ apakhabartv เคยบันทึกและเล่าเรื่องราวของสตูว์เนื้อวัวอันโด่งดังเมื่อวันที่ 1 เมษายน 2018

แผงลอย Man Kerang ตั้งอยู่ที่ Simpang 3, Kuala Kurau Pak Man เปิดให้บริการเฉพาะหอยต้ม ในช่วงเดือนถือศีลอดตั้งแต่เวลา 20.30 น. ถึง 02.00 น. หอยต้ม ที่นี่เป็นจุดสนใจของชาว Kuala Kurau และบริเวณโดยรอบ เนื่องจากความอร่อยและความหวานของหอยสดและซอสถั่ว ลูกค้าเยอะมากถึงตี2

การสนทนากับท่านสส.4วาระใช้เวลาหลายชั่วโมง ครอบคลุมหัวข้อต่างๆ มากมาย หัวข้อสนทนาของเราเพียงประมาณห้าเปอร์เซ็นต์เท่านั้นที่เกี่ยวข้องกับการเมือง เรามุ่งเน้นหัวข้อการพัฒนาและการท่องเที่ยวรอบๆ เมือง Kuala Kurau และTanjung Piandangให้มากขึ้น

“มีแผนจะพัฒนารอบๆ Ban Pecah ที่ Tanjung Piandang ให้เป็นศูนย์กลางการท่องเที่ยว โครงการถมทะเลเป็นหนึ่งในความพยายามที่จะทำให้ Ban Pecah กลายเป็นแหล่งท่องเที่ยวแห่งใหม่

“อย่างไรก็ตาม แผนพัฒนาทั้งหมดขึ้นอยู่กับการจัดสรรของรัฐบาลรัฐเประ โครงการที่แล้วเสร็จในขณะนี้เป็นผลมาจากการจัดสรรเมื่อไม่กี่ปีก่อน” ดาโต๊ะ อับดุล ยูนุส อธิบาย

แผงขายอาหาร เช่น Man Kerang, gulai sembilang และแกงส้มปลากะพงที่ De’Bakau พื้นที่ Kuala Kurau และ Tanjung Piandang กำลังดึงดูดความสนใจของนักท่องเที่ยวในท้องถิ่นมากขึ้นเรื่อยๆ

ดาโต๊ะ อับดุล ยูนุส ยอมรับว่าในช่วง 2-3 ปีที่ผ่านมา จำนวนนักท่องเที่ยวทั้งสองพื้นที่เพิ่มขึ้นอย่างรวดเร็ว

“Ban Pecah, Tanjung Piandang กลายเป็น ‘ท่าเรือ’ ประมง บางครั้งมีการแข่งขันตกปลา ในวันเสาร์และวันอาทิตย์ ผู้คนจำนวนมากจะมาเยือนบริเวณชายฝั่งทะเลแห่งนี้”

ผู้เขียนได้มีโอกาสไปเยือนพื้นที่ Ban Pecah ถึงสองครั้ง ปัญหาตอนนี้คือถนนแคบเกินกว่าที่รถสองคันจะสวนกันได้

“การยกระดับถนน…โครงการพัฒนาต้องผ่านหลายขั้นตอน…ไม่สามารถทำได้อย่างกะทันหัน มีแผนจะขยายถนน และอำนวยความสะดวกขั้นพื้นฐานอื่นๆ อย่างแน่นอน

“ผมมักจะขอให้ปรับปรุงถนนในพื้นที่ทันที เพราะจำนวนนักท่องเที่ยวเพิ่มมากขึ้น และอีกอย่างที่ผมขออีกก็คือ ให้ตรวจสอบทางหลวงริมทะเลที่มีอยู่ให้บ่อยขึ้น

“เรากลัวมันพัง ถ้ามันพังพื้นที่ใกล้เคียงน้ำจะท่วม ซึ่งจะทำให้ชาวบ้านเดือดร้อน” เขากล่าวอีกครั้ง

พื้นที่สันทนาการสามารถส่งผลกระทบต่อการมาเยือนของนักท่องเที่ยวได้จริง ในเรื่องนี้ apakhabartv. เน้นย้ำอีกครั้งว่าพื้นที่พักผ่อนหย่อนใจ เช่น Ban Pecah ที่ Tanjung Piandang ที่มีอยู่ในปัจจุบัน จะต้องมีสิ่งอำนวยความสะดวกขั้นพื้นฐาน โดยเฉพาะถนนที่กว้างพอ

หน่วยงานปกครองส่วนท้องถิ่นต้องพิจารณาเรื่องนี้ เนื่องจากการหลั่งไหลของนักท่องเที่ยวจะนำผลตอบแทนทางเศรษฐกิจมาสู่ประชากรในท้องถิ่น

ความตั้งใจของท่านสส. Datuk Abdul Yunus ต้องการสร้างศูนย์จำหน่ายปลาแห้งหรือปลาเค็มประเภทต่างๆ ในเมือง Kuala Kurau หวังว่าสักวันความปรารถนานั้นจะเป็นจริง

มาร่วมกันทำให้นักท่องเที่ยวทั้งในและต่างประเทศหลงรัก Kuala Kurau และ Tanjung Piandang เราต้องทำงานร่วมกันเพื่อสร้างคุณค่าที่ดึงดูดนักท่องเที่ยวให้มาที่นี่และรู้สึกคุ้มค่า

พวกเราต้อง:

  1. การใช้เทคโนโลยีเพื่อเพิ่มศักยภาพการบริการ รวมถึงโซเชียลมีเดีย Big Data และตำแหน่งทางภูมิศาสตร์ เพื่อช่วยให้นักท่องเที่ยวได้รับข้อมูลพื้นฐานในหลายภาษาได้ง่ายขึ้น และ
  2. สร้างโอกาสให้นักท่องเที่ยวที่มาเยือน Kuala Kurau และ Tanjung Piandang สามารถเดินทางในพื้นที่ต่างๆ ดำเนินกิจกรรมต่าง ๆ เสริมสร้างวัฒนธรรมที่สืบทอดมา

จะทำให้นักท่องเที่ยวรู้สึกว่าการมาเยือน Kuala Kurau และTanjung Piandang นั้นคุ้มค่าได้อย่างไร มาคิดด้วยกัน!

Leave a Reply

Trending