
Oleh Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa
BILA al-Quran menyatakan bahawa Yahudi dan Nasrani sesekali tidak akan redha hingga umat Islam ikuti mereka, maka yakinlah perkhabaran itu, dan buanglah kepercayaan yang lain.
Bila al-Quran menyatakan bahawa Yahudi itu paling banyak memungkiri janji, maka yakinlah perkhabaran itu, dan buanglah kepercayaan yang lain.
Bila al-Quran menyatakan orang munafik adalah yang sentiasa menyokong Yahudi di belakangnya, menjadi proksinya dan menjayakan agendanya, maka yakinlah perkara itu, dan buanglah kepercayaan yang lain.
Bila kita sudah jelas semua ini, maka hakikatnya kita tiada pilihan daripada pendirian:
- Wajib menyokong para mujahidin yang melawan Israel, dengan segala kemampuan termasuk ketenteraan, kewangan, sokongan dan desakan;
- Wajib menyedari kewujudan para munafik yang membantu menjayakan agenda Zionis yang kononnya bergerak di sebalik kemanusiaan, ketelusan dan kejujuran, tetapi hakikatnya hanya mahu melemahkan perjuangan para mujahidin melawan Israel;
- Wajib meletakkan kepercayaan kepada para mujahidin dalam merangka strategi dalam sebarang bentuk langkah rundingan, bukan meletakkan kepercayaan kepada proksi-proksi yang terbukti bekerjasama dengan Israel selama ini;
- Wajib menyedari bahawa langkah pertama membantu para mujahidin yang paling ampuh adalah dengan menyahkan dan menghilangkan ‘munafiq-shield’ yang menjadi proksi dan pelindung kepada gerakan Zionis untuk bergerak dan melaksanakan polisi mereka; dan
- Wajib menyedari bahawa umat Islam secara keseluruhannya sedang menghadapi peperangan ini, bukan hanya umat di Gaza.
Justeru, tiada sebarang alasan boleh diberikan untuk ‘lari dari medan perang’ sekiranya ia bukan untuk merangka strategi atau bersama para mujahidin yang lain (yang juga sedang bersiap sedia untuk berperang).
Wallahua’lam bissawaab
Penulis adalah Setiausaha Agung Majlis Ulama ISMA (MUIS).







Leave a Reply