Dahulunya, ramai yang membawa bekal makanan di dalam mangkuk tingkat ke pejabat, atau menghantar makanan ke rumah saudara-mara dan jiran. Tradisi ini kini dihidupkan semula oleh Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro).

Bersempena Ramadan ini, Kopetro memperkenalkan set mangkuk tingkat dengan rekabentuk menawan. Menariknya, ia diisi dengan makanan enak untuk dihadiahkan kepada yang tersayang atau sebagai hadiah korporat.

Pembeli akan mendapat mangkuk tingkat berserta set makanan untuk dihadiahkan atau untuk kegunaan sendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata koperasi ini memperkenalkan set ini sebagai nostalgia kepada mereka yang pernah membesar dengannya.

“Budaya mangkuk tingkat ini menjadi simbol kepada semangat persaudaraan. Ia masih digunakan walaupun tidak serancak dulu.

“Kami mahu menghidupkan semula budaya yang dikatakan dibawa oleh pihak British lama dahulu,” katanya.

Ada tiga jenis menu yang dimuatkan di dalam mangkuk tingkat ini.

Menu pertama yang penuh berkhasiat dilengkapi Nasi Putih, Udang Masak Lemak, Ayam Masak Merah, Sayur Campur, buah dan kurma, yang disediakan di dalam set tiffin menarik.

Menu pilihan kedua pula adalah Nasi Putih, Daging Masak Hitam, Ayam Goreng Berempah, Acar Rampai, buah dan kurma di dalam set Tiffin.

Pilihan juadah menu ketiga  yang boleh dinikmati melalui Set Mangkuk Tingkat ini dilengkapi Nasi Beriani, Rendang Ayam, Kari Kambing, Acar Rampai, buah dan kurma, juga di dalam set Tiffin berkualiti. Kesemua pakej ini disertai dengan air mineral.

Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan Set Mangkuk Tingkat boleh menghubungi talian 03-21613516/012-3236519 atau emel ke catering@kopetro.com.my.

Set mangkuk tingkat menarik yang juga boleh dijadikan hiasan.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading