KUALA LUMPUR: Seramai 200 penghuni Anjung Kembara, sebuah pusat transit gelandangan, kanak-kanak kurang bernasib baik dan golongan asnaf di sini dirai sempena Tahun Baru Cina pada 22 Januari 2023.
Jamuan tajaan The Ascott Limited ini dijayakan oleh Institut Onn Ja’afar (IOJ) sebagai usaha menyantuni golongan yang tidak bernasib baik dan usaha ini sudah masuk tahun ke-8.
Menurut pengurus besar Ascott Malaysia, Mondi Mecja, pengagihan makanan pada masyarakat yang kurang bernasib baik tidak hanya tertumpu pada hari-hari perayaan, malah setiap masa dengan “setiap insan tidur dengan perut yang kenyang.
Syarikat ini turut menyediakan latihan asas pekerjaan seperti “housekeeping” sebagai persedian untuk mereka bekerja.

Sebahagian hadirin ketika menikmati hidangan di majlis Tahun Baru Cina anjuran IOJ
Pengagihan makanan JOM CNY turut dibantu oleh 20 sukarelawan dari Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.
Pengarah IOJ, Charles Mohan berkata ini adalah sebagai lanjutan dari program Jom Breakfast yang menjadi program utama IOJ sebagai komitmen kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Kedua-dua agensi kerajaan ini turut mengambil bahagian di dalam program murni ini,” kata Mohan.
Selain memberi keceriaan di Tahun Baru Cina, program ini juga ini bagi memastikan golongan kurang bernasib baik diberi perhatian agar mereka tidak merasa tersisih dan secara tidak langsung melambangkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.





Leave a Reply