Kemudahan tambahan di plaza tol sepanjang cuti Tahun Baru Cina

Para pengguna yang bakal menggunakan Lebuh Raya KLK dan LPT1 dinasihatkan untuk memastikan baki Touch&Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Namun begitu, syarikat konsesi ANIH Berhad akan hanya membenarkan tambah nilai di plaza tol Gombak dan Bentong, bagi kes-kes kekurangan baki dari tempoh 20 hingga 29 Januari ini.

Kemudahan ini adalah sebagai persediaan menghadapi kenaikan mendadak jumlah kenderaan di sepanjang LPT bersempena cuti panjang cuti Tahun Baru Cina.

Menurut kenyataan media Anih Berhad, KL-Karak dijangka menyaksikan penambahan 71,000 kenderaan harian berbanding 100,000 pada hari-hari biasa sementara LPT dijangka menampung 62 peratus tambahan kenderaan.

Anih Berhad turut menasihatkan pengguna agar memastikan nilai kad Tough&Go mencukupi, mengelakkan kesesakan lalu lintas di plaza tol.

“Patuhi had laju yang ditetapkan dan berhenti di kawasan R&R jika mengantuk dan penat demi keselamatan semua.

Leave a Reply