Mendengar rintihan dan aduan pengguna mengenai kekurangan lorong Radio Frequency Identification (RFID) di Lebuh Raya PLUS, syarikat konsesi tersebut bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menambah sebanyak 12 lorong RFID di beberapa plaza tol utama.
Ini hasil perbincangan kedua-dua pihak bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 13 Januari, 2023.
Di dalam satu kenyataan media, PLUS menyenaraikan plaza tol yang mendapat tambahan lorong RFID:
Sungai Besi (Plaza Tol masuk)
Jalan Duta (Plaza Tol masuk)
Shah Alam (Plaza Tol masuk
Sungai Buloh (Plaza Tol masuk)
Rawang Selatan (Plaza Tol masuk)
Setia Alam (Plaza tol keluar)
Setia Alam (Plaza Tol masuk)
Subang (Plaza Tol masuk)
Putra Mahkota (Plaza Tol masuk)
Kajang (Plaza Tol masuk)
Jambatan Pulau Pinang
Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE) – Kubang Semang
Gambar dari touchngo.com.my






Leave a Reply