Bagaimana satu istilah boleh memadamkan sejarah dunia? Jawapan Profesor Solehah Yaacob sungguh mengejutkan!
Katanya ini kerana generasi yang akan datang tidak tahu istilah sebelum ini, dia hanya bergantung kepada data di depan mata sahaja.
Beliau berkata demikian di pra-pelancaran buku The Philosophy of Arabic Grammar: Its Impact on World History and Human Civilization Including Ancient Malay Civilization.
“Apabila sejarah diubah melalui manipulasi istilah, sebuah tamadun agung boleh dianggap tidak pernah wujud.
“Di sinilah rahsia Falsafah Tatabahasa Arab bertindak sebagai alat epistemologi untuk mengesan dan membongkar semula kebenaran purba yang hilang.”
Ini dinyatakan di majlis yang diadakan di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Dewan Merdeka, World Trade centre pada 1 Jun, 2026.
Sebelum ini, Solehah menarik perhatian ramai selepas mendakwa teknik pembinaan kapal tamadun Rom zaman dahulu dipercayai dipelajari daripada pelaut Melayu.
Beliau turut menyatakan kepakaran orang Melayu di dalam bidang maritim dan pembinaan kapal telah bermula sejak era kerajaan Funan sebelum mempengaruhi tamadun luar termasuk Rom kuno.
Pendapat beliau yang dinyatakan di dalam satu siaran YouTube tahun lalu menarik perhatian ramai dan menjadi perbincangan hangat.

Kini jawapan padu mengenai kenyataan tersebut dizahirkan di dalam buku terbaharu beliau yang kini berada di pasaran.
Buku ini akan membuka mata dunia tentang khazanah intelek Islam dan Melayu.
Selain itu, buku terbaru beliau ‘Lingua Revolution and Human Civilization It’s Impact on Indigenous Culture’ terbitan terkini DBP juga memperkukuhkan data penggunaan istilah ini, bahawa peradaban dunia itu berhubung kait dengan bahasa yang berasal dari kerangka satu akar peradaban dunia kemudian berkembang membentuk jaringan peradaban antarabangsa melalui proses pelayaran dan penaklukan.






Leave a Reply