Oleh Rozak Hadi
PASIR GUDANG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai berjaya menamatkan cabaran tadarus al-Quran sepanjang Program Ihya Ramadan dan ditutup dengan Majlis Khatam al-Quran yang berlangsung sebanyak 3 sesi majlis di Sanggar Ilmu Hj Jamaludin, SMK Kota Masai.
Program tahunan bersempena Ramadan itu dianjurkan bertujuan menyemai kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan pelajar selain membentuk sahsiah diri yang unggul dan memantapkan lagi pemahaman ramadan secara luas.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Mohd Helmi Ahsain dalam ucapannya berkata, program berkenaan bukan sekadar simbolik menamatkan bacaan al-Quran, sebaliknya menjadi platform penting dalam melahirkan generasi yang celik al-Quran serta berakhlak mulia.

“Amalan membaca al-Quran perlu diteruskan secara konsisten, bukan hanya pada bulan Ramadan. Kita mahu pelajar menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup,” katanya.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Mohd Helmi Ahsain sedang menyampaikan tazkirah berkaitan al-Quran dan Ramadan
Majlis Khatam al-Quran dibuka dengan bacaan surah lazim secara beramai-ramai. Suasana dewan dipenuhi dengan alunan bacaan yang merdu dan tersusun, mencerminkan kesungguhan pelajar dalam menghayati kalam Ilahi.
Selain itu, turut diadakan tazkirah ringkas yang menekankan kepentingan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian, termasuk aspek disiplin, hormat-menghormati dan tanggungjawab sebagai pelajar.
Tidak hanya itu, sumbangan infaq ramadan dan sumbangan riang ria raya juga turut disampaikan oleh Pengetua SMK Kota Masai, Cikgu Subramaniyan Dorasamy bersama barisan pentadbir sekolah kepada pelajar -pelajar untuk memberikan lagi warna dan kemeriahan dalam menyambut aidilfitri.
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan iltizam berterusan SMK Kota Masai dalam memperkasa usaha membentuk persekitaran sekolah yang harmoni dan inklusif di samping memupuk semangat kebersamaan yang utuh dalam kalangan warga sekolah.
Inisiatif sedemikian bukan sahaja menyerlahkan keindahan nilai murni dan budaya ilmu, malah berperanan penting dalam membina jati diri pelajar yang berdisiplin, berakhlak tinggi serta berdaya saing, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi masa depan yang holistik dan cemerlang.

Leave a Reply