Hanya tinggal lebih kurang seminggu lagi sebelum cuti sekolah tamat, namun kebanyakan ibu-bapa sudah mula kembali bekerja. Dengan masa yang ada ini, jangan lepaskan peluang untuk mencipta memori bersama dengan anak- anak anda. Daripada taman tema tertutup, hingga ke aktiviti sukan ekstrem, Negeri Selangor menawarkan pelbagai peluang untuk mencipta memori indah bersama keluarga tersayang.
AI I-CITY WORLD EXPERIENCE CENTRE
Di AI i-City World Experience Centre Shah Alam, pengunjung berpeluang untuk menyaksikangelagat 100 robot seakan manusia. Pusat futuristik ini menawarkan peluang kepadapengunjung untuk menerokai dunia Kecerdasan Buatan (AI) melalui aktiviti yang menghiburkan serta interaksi yang menarik di antara robot dan manusia. Di sini juga, pengunjung boleh berborak bersama robot-robot AI, menonton bagaimana Robot Bartender menghidangkan air, atau memerhati bagaimana robot- robot sini bermain permainan seperti Tic-Tac-Toe serta Whack-a-Mole. Di sini, Robo-Doggo dan Robot Pemain Bola juga merupakan antara tarikan utama. Lawatan ke pusat ini semestinya dapat memberikan peluang kepada kanak- kanak untuk mempelajari tentang Kecerdasan Buatan (AI) dengan lebih mendalam, sambilberseronok.

DINO DESERT
Terletak di atas bukit, Dino Desert merupakan sebuah taman tema animatronik yang terbesar di Malaysia, memberikan peluang kepada para pengunjung untuk melihat sekilas pandang zaman pra-sejarah dengan lebih 100 dinosaur bersaiz besar. Pusing-pusing dan terokai tempat ini, sambil berjumpa dengan haiwan pra-sejarah kegemaran anda dan dengar ngauman yang menggegarkan seluruh tempat. Jangan lupa juga untuk menggayakan gaya yang garang di hadapan kamera dan tunjuk gigi taring anda bak gergasi pra-sejarah di hadapan kamera. Kalau anda berancang untuk datang pada waktu siang, jangan lupa untuk bawa payung serta pelindung cahaya matahari. Jika anda mahu sesuatu yang lebihmengujakan, mari datang ke tempat ini pada waktu malam, di mana dinosaur mengaum lebih kuat di atas puncak bukit.
MONKEYS SPLASH ZONE
Monkeys Splash Zone adalah sebuah taman air bertemakan haiwan, yang menjanjikan keseronokan sepanjang hari untuk semua. Pada hari yang panas terik, pengunjung boleh menyejukkan badan dengan menggelongsor di Giggling Geyser, menerokai Lost in the Amazon sambil lalu di bawah baldi gergasi yang dipenuhi air atau cuba menstabilkan diri di alunan ombak yang bergelora di Whacky Wave Pool. Untuk pengembara-pengembara cilik, Kiddie Cove turut menawarkan permainan air yang seronok serta selamat, khas untuk keluarga dengan anak kecil yang ingin bersantai dan mengeratkan ikatan kekeluargaan.
MUZIUM SULTAN ALAM SHAH
Jadikan cuti sekolah anda sesuatu yang bermakna dengan keseronokan serta lawatan yang berilmu di Muzium Sultan Alam Shah. Sepanjang cuti sekolah ini, Muzium Sultan Alam Shahmenjemput semua untuk datang dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang memartabatkan budaya serta keindahan warisan Selangor. Pengunjung dapat menikmati pengalaman membuat aktiviti kraf secara terperinci, seperti membuat Wau Kapal atau menerokai keindahan seni halus Kelingkan. Kanak-kanak juga berpeluang untuk menjadi kurator kecil dengan mencipta makanan replika daripada tanah liat serta menerokai objek dan spesimen menarik. Manakala,pengunjung juga dapat melakukan aktiviti tradisional seperti memanah, mewarna, serta bermain permainan kampung yang penuh nostalgia. Malah, pengunjung juga berpeluang untuk berjumpa dengan maskot Adat dan Waris. Jadi, tunggu apa lagi? Bawa keluarga anda dan cipta memori cuti sekolah dengan waktu yang ada ini di Muzium Sultan Alam Shah!
FARM IN THE CITY
Di Farm in the City, pengunjung berpeluang untuk berinteraksi secara dekat dengan rakan-rakan berbulu comel yang mencuit hati. Pada setiap 15 minit, para pengunjung dapat bertemu serta belajar dengan lebih terperinci tentang haiwan-haiwan di sini, seperti lemur, skunk, serta bintang utama di Farm in the City iaitu rakun! Aktiviti ini juga memberikan sebuah perspektif serta ilmu yang mendalam tentang tingkah laku haiwan-haiwan ini sambil mencipta memori. Sesetengah sesi mempunyai masa yang terhad, jadi rancang dengan bijak sebelum datang ke sini. Sesuai untuk keluarga dan pencinta haiwan, Farm in the City menjanjikan hari bermakna yang penuh dengan ilmu dan saat-saat yang mencairkan hati anda.

CAMP5 CLIMBING GYM
Dengan menggabungkan keseronokan dan kecergasan, Camp5 Climbing Gym menawarkan pengalaman cuti sekolah yang menarik dan mengujakan, di mana semua dapat menikmati keseronokan mendaki batu (rock climbing) dengan selamat. Dibimbing oleh para instruktor yang terlatih, setiap sesi mengutamakan keselamatan yang maksimum bagi kanak-kanak untuk berseronok serta membina keyakinan dalam sukan ini. Bagi mereka yang baru mula belajar, boleh mencuba slot latihan asas untuk belajar berkaitan teknik asas dalam memanjat, Bouldering dan juga Spotting. Untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, terdapat juga pilihan seperti kos Bouldering atau ABC Climbing, yang menawarkan cabaran yang bersesuaian dengan umur. Malah, kanak- kanak tadika juga boleh menyertai aktiviti ini melalui program Kids Cicak Clubs. Melalui aktiviti ini, pengunjung dapat membina kekuatan fizikal, koordinasi serta kemahiran dalam penyelasaian masalah, sambil mencipta memori melalui pengembaraan di Camp5 Climbing Gym.
KIDFORNIA
Dibuka setiap hari sepanjang cuti sekolah ini, Kidfornia adalah sebuah taman permainan dalam bangunan yang menawarkan keseronokan yang unik untuk kanak-kanak. Mereka boleh berlari dan menggelongsor ke dalam kolam bola yang berwarna-warni, memanjar dan berjalan menerusi halangan yang menyeronokkan serta terokai taman permainan ini dengan gelak tawa yang riang. Mereka juga berpeluang untuk menjadi arkitek mini dengan bermain serta membina sesuatu yang kreatif dengan permainan lego. Kepada ibu-bapa, jangan risau kerana anda juga boleh masuk dan bermain bersama anak-anak anda untuk memantau keselamatan mereka.
EAGLE EYE
Eagle Eye menawarkan sebuah pengalaman yang seronok, sesuai untuk mereka yang ingin mencuba buat pertama kali dan juga untuk pemain yang sudah berpengalaman. Dengan latar belakang yang menakjubkan, pusat sukan ini memberikan suasana golfing yang mengujakan dengan setiap pukulan bola golf. Eagle Eye ini juga bukan hanya sekadar padang golf hijau yang biasa, tetapi padang yang mempunyai susun atur yang kreatif serta permainan yang interaktif untuk memaksimumkan skill anda. Jadi, tunjukkan bakat anda dan hayun kayu golf sampai anda dapat hole-in-one seperti seorang juara.
RED CARPET 2 @ I-CITY
Anda pasti teringin untuk berjumpa dengan artis kegemaran anda secara dekat tanpa dihalang oleh pengawal keselamatan bukan? Impian ini bakal direalisasikan di Red Carpet 2 di i-City, di mana anda dapat berjumpa dengan orang-orang kenamaan yang menjadi kegilaan ramai. Dengan lebih daripada 100 patung lilin bersaiz asli, tempat ini memberikan anda peluang untuk hidup di alam fantasi dimana anda berada dalam dunia bintang yang dipenuhi dengan selebriti, tokoh sejarawan, serta karakter fiksyen. Jadi mari datang ke Red Carpet 2 di i-City Shah Alam dan swafoto bersama dengan artis kegemaran anda.
LYL CARTING
Terokai dan berlumba di trek karting terpanjang di Asia, yang terletak dalam Monkeys Canopy. Trek di LYL Carting in menawarkan pengalaman yang membuatkan adrenalin anda memuncak dan jantung berdegup laju sepanjang perlumbaan berlangsung. Bagi penggemar aktiviti lasak, cabar diri anda di trek sepanjang 1.5 KM, di mana ia direka untuk memberikan anda keterujaan di setiap selekoh. Di LYL Karting, pengunjung berpeluang untuk merasai sensasi kelajuan maksimum yang tidak dapat dirasai di tempat lain.

SKYLINE LUGE
Skyline Luge Kuala Lumpur meningkatkan keterujaan melalui pengembaraan yang meningkatkan adrenalin anda, menerusi sebuah ‘taman permainan ekstrem’ bagi peminat aktiviti lasak. Rasai juga kelajuan Luge, dimana pengunjung dapat mengawal sendiri kelajuan kenderaan mereka sambil melalui terowong yang bercahaya dengan lampu neon serta trek yang mengujakan di setiap selekoh. Permainan ini turut direka untuk keseronokan bersama, di mana kanak-kanak juga boleh mencuba selagi mereka berada dalam pantauan orang dewasa. Malah, Skyline Luge juga mengajak pengunjung untuk mencuba zipline pertama di Asia, Hyfly, yang sepanjang 380 meter. Ini merupakan aktiviti yang wajib dicuba jika anda datang ke sini, di mana anda berpeluang untuk menikmati permandangan bandar yang berkilaun sambil bergantung di udara. Jika anda sukakan perasaan yang membuatkan jantung hampir berhenti, akhiri pengembaraan anda dengan FreeFall Jump setinggi 15 meter. Lebih menarik, tempat ini dihiasi dengan lampu neon yang berkilauan pada waktu malam.
ICE SKATING @ IOI CITY MALL
Terletak di tingkat satu di IOI City Mall, gelanggang ais ini merupakan gelanggang terbesar di Malaysia, menjadikan ia sebuah lokasi yang ideal bagi penggemar aktiviti luncur ais. Tempat ini juga sesuai untuk mereka yang ingin mencuba buat pertama kali, dengan ruang yang luas untuk mereka berlatih dengan selesa dan asah kemahiran dengan lebih baik. Selain itu, terdapat juga penguin skating aids untuk membantu menstabilkan mereka yang memerlukan pertolongan di atas gelanggang ais yang licin.
Sebelum loceng sekolah berdering lagi dan musim cuti berakhir, manfaatkan masa yangberbaki ini untuk lari daripada realiti dan terokai pelbagai tempat baharu untuk mengubahkan hari biasa yang kosong kepada hari yang lebih bermakna dengan gelak-tawa.
Jom Jelajah Selangor!
Senarai di atas disediakan oleh Tourism Selangor.






Leave a Reply