
นราธิวาส (ประเทศไทย): ชาวไทยมุสลิมภาคใต้ให้กำลังใจและสนับสนุนกองกำลังความมั่นคงของไทยที่ปกป้องอธิปไตยของบ้านเกิดอยู่เสมอ โดยเฉพาะอย่างยิ่งในการปกป้องพื้นที่ชายแดนจากการถูกรุกราน
ประธานสมาพันธ์คณะกรรมการอิสลามพื้นที่ชายแดนภาคใต้ แว ดือราแม มะมิงจิ กล่าวว่า ชาวมุสลิมมักอธิษฐานขอให้กองกำลังความมั่นคงที่รักษาอธิปไตยของประเทศปลอดภัยอยู่เสมอ
“ชาวมุสลิมในภาคใต้ของประเทศไทยให้การสนับสนุนอย่างไม่เปลี่ยนแปลงต่อกองกำลังความมั่นคงที่รักษาสันติภาพในพื้นที่ชายแดน
“กองกำลังรักษาความปลอดภัยบางส่วนประกอบด้วยชาวมุสลิม ดังนั้นเราจึงให้การสนับสนุนพวกเขาทั้งหมดเสมอ
“ความเสียสละที่ได้ทำไว้ มีอยู่ในใจ จิตสำนึกของชาวไทยภาคใต้เสมอ” เขากล่าว
แม้จะกล่าวถึงกองกำลังความมั่นคงที่เกี่ยวข้องกับพื้นที่ความขัดแย้งบริเวณชายแดนไทย-กัมพูชา ท่านซึ่งเป็นที่ปรึกษาของจุฬาราชมนตรีประจำประเทศไทยกล่าวว่า ความอดทนเป็นอาวุธที่แหลมคมที่สุดของนักรบ
“ความเหนื่อยล้า ความอดทนในการคิดถึงบ้าน และความกล้าหาญในการเผชิญกับอุปสรรค ทั้งหมดนี้มีคุณค่าและไม่สูญเปล่า”
“ไม่ใช่แค่อาวุธในมือ แต่ยังมีความสงบในใจ ความเชื่อที่ว่าความดีจะปกป้องผู้ทำความดี”
“สิ่งสำคัญที่สุดคือความสามัคคี ไม่ว่าจะนับถือศาสนาใดการรักกันเป็นกายเดียวก็เป็นสิ่งสำคัญ ถ้าฝ่ายใดฝ่ายหนึ่งทุกข์ อีกฝ่ายก็จะทุกข์ไปด้วย
“การแบกรับความเจ็บปวดในขณะที่ช่วยเหลือซึ่งกันและกันท่ามกลางวิกฤติถือเป็นสัญญาณของจิตใจที่สูงส่ง” เขากล่าวเสริม
แวดือราเเม กล่าวว่า ผู้ที่แข็งแกร่งที่สุดคือผู้ที่สามารถควบคุมตัวเองได้ในช่วงเวลาที่ยากลำบากที่สุด
นอกจากนี้เขายังเชิญชวนชาวมุสลิมให้อธิษฐานขอให้สมาชิกของกองกำลังความมั่นคงได้รับการปกป้องและความเมตตาจากพระเจ้าอยู่เสมอ นอกเหนือจากความกล้าหาญในการปฏิบัติหน้าที่
“เราหวังว่าพวกเขาจะสามารถกลับไปหาครอบครัวได้อย่างปลอดภัย” เขากล่าว
[TERJEMAHAN] Salam sejahtera kepada semua saudara dan saudari, rakyat, dan semua pegawai. Saya, Wae Deramae Mamingchik Presiden Persekutuan Jawatankuasa Islam Wilayah Sempadan Selatan, pertama sekali, ingin mengucapkan salam sejahtera dengan ucapan Assalamu alaikum warahmatullahi. Wabarakatuh. Semoga keamanan dan rahmat dilimpahkan kepada anda semua. Hari ini, saya, sebagai Presiden Persekutuan Jawatankuasa Islam Wilayah Sempadan Selatan, ingin memaklumkan bahawa anda tidak keseorangan dalam tugas anda di pergunungan dan hutan terpencil di wilayah sempadan. Pengorbanan anda terukir di hati rakyat. Anda adalah perisai terhadap bahaya dan pembawa kesejahteraan semua orang di atas bahu anda. Keletihan anda, kesabaran anda dalam merindui kepada rumah, dan keberanian anda dalam menghadapi rintangan – semua ini berharga dan tidak sia-sia. Kesabaran adalah senjata paling tajam bagi seorang pahlawan, bukan sekadar senjata di tangan, tetapi ketenangan di hati, keyakinan bahawa kebaikan akan melindungi mereka yang berbuat baik. Oleh itu, saudara-saudari di medan perang atau di kawasan ini, perkara yang paling penting adalah perpaduan. Walau apa pun agama anda, saling mengasihi seperti satu tubuh. Jika satu bahagian menderita, bahagian yang lain juga akan menderita. Tindakan membantu dan menyokong antara satu sama lain di tengah-tengah krisis adalah tanda hati yang mulia. Semoga anda melaksanakan tugas anda dengan penuh kesedaran, merancang dengan teliti, menggunakan kebijaksanaan mengatasi kekuatan, dan mengekalkan kemanusiaan di hati anda, kerana yang paling kuat adalah mereka yang dapat mengawal diri mereka pada masa-masa yang paling sukar. Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah Subhanahuwa Ta’ala, agar sentiasa mengurniakan perlindungan kepada semua kakitangan, untuk mengurniakan mereka keberanian yang teguh dan akal yang bijaksana untuk menyelesaikan masalah, untuk membawa kestabilan yang berkekalan kepada pekerjaan anda, dan untuk membolehkan anda kembali ke pangkuan keluarga anda dengan bangga dan sejahtera. Semoga Allah Subhanahuwa Ta’ala memberkati dan melindungi anda semua dan rakan senegara kita. Semoga Allah membawa keamanan yang cepat, mengurniakan kita kebahagiaan, dan mengekalkan keamanan antarabangsa untuk keselamatan bangsa dan negara kita. Terima kasih banyak-banyak. Wassalam.
Umat Islam Selatan Thai hargai pengorbanan pasukan keselamatan jaga sempadan
Umat Islam di Selatan Thai sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada pasukan keselamatan Thailand yang mempertahankan kedaulatan tanah air, terutama dalam menjaga kawasan sempadan daripada diceroboh.
Presiden Persekutuan Jawatankuasa Islam Wilayah Sempadan Selatan, Wae Deramae Mamingchik berkata, umat Islam sentiasa berdoa supaya pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan negara sentiasa dalam keadaan selamat.
“Umat Islam di Selatan Thai memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pasukan keselamatan yang menjaga keamanan di kawasan sempadan.
“Ada dalam kalangan pasukan keselamatan itu terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Oleh itu kita sentiasa memberi sokongan kepada mereka semua.
“Pengorbanan yang dilakukan sentiasa terukir dalam hati rakyat Selatan Thai,” katanya.
Sambil merujuk kepada pasukan keselamatan yang terlibat di kawasan konflik di sempadan Thailand-Kemboja, beliau yang juga Penasihat kepada Sheikhul Islam Thailand berkata, kesabaran adalah senjata paling tajam seorang pahlawan.
“Keletihan, kesabaran dalam merindui rumah, dan keberanian dalam menghadapi rintangan, semua ini berharga dan tidak sia-sia.
“Bukan sekadar senjata di tangan, tetapi ketenangan di hati, kepercayaan bahawa kebaikan akan melindungi mereka yang berbuat baik.
“Perkara paling penting ialah perpaduan. Walau apa pun agama, sikap saling mengasihi seperti satu tubuh adalah penting. Jika satu bahagian menderita, bahagian yang lain juga akan menderita.
“Menahan kesakitan sambil saling membantu di tengah-tengah krisis adalah tanda hati yang mulia,” katanya lagi.
Wae Deramae berkata, mereka yang paling kuat adalah yang dapat mengawal diri pada masa-masa yang paling sukar.
Beliau turut mengajak umat Islam berdoa supaya anggota pasukan keselamatan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah, selain keberanian dalam menjalankan tugas.
“Kita berharap mereka akan dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya.






Leave a Reply