Susulan titah diraja membubarkan Dewan Rakyat yang diterbitkan dalam Warta Diraja Thailand pada 12 Disember 2025, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 8 Februari 2026 (Ahad), dari 8 pagi hingga 5 petang, akan menjadi hari pilihan raya pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum Thailand.

SPR turut mengumumkan tempoh pendaftaran untuk calon kawasan pilihan raya adalah dari 27 hingga 31 Disember 2025, dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang di lokasi yang ditetapkan oleh pengarah pilihan raya setiap kawasan.

Pada hari pertama semalam (27 Disember), SPR mengumumkan 3,092 individu mendaftar untuk menjadi calon bagi 400 kawasan Parlimen yang dipertandingkan di Seluruh Thailand. Dewan Rakyat negara itu mempunyai 500 kerusi di mana 100 daripadanya adalah Ahli Parlimen lantikan parti-parti politik.

Suasana pusat pendaftaran calon PRU 2026 Thailand.

Umum mengetahui bahawa tiga wilayah di Selatan Thai – Narathiwat, Pattani dan Yala – adalah kawasan konflik bersenjata yang melibatkan pergerakan pejuang pembebasan dan kemerdekaan dengan pasukan keselamatan Thailand, sejak puluhan tahun lalu.

Walaupun, beberapa rundingan perdamaian bagi mewujudkan keamanan telah diadakan sejak 2013, hasilnya tidak sampai ke mana-mana pun, malah korban nyawa terus meningkat melibatkan anggota pasukan keselamatan, kumpulan pejuang dan orang awam.

Pilihan raya pula hanya dilihat sebagai saluran politik untuk memilih wakil penduduk bagi menyuarakan beberapa isu tempatan, bukan untuk menyelesaikan konflik. Sejak 2013 lagi, tidak ada Ahli Parlimen di tiga wilayah berkenaan yang terlibat sama duduk di meja rundingan. Hanya kumpulan pejuang dan wakil kerajaan Thailand sahaja yang menyertai perbincangan di Kuala Lumpur.

Dengan Malaysia bertindak sebagai fasilitator, rundingan damai bagi menyelesaikan konflik di Selatan Thai sepatutnya dianggotai juga oleh Ahli Parlimen yang boleh bertindak sebagai moderator bagi membimbing perbincangan. Ahli Parlimen ini sebenarnya mewakili majoriti rakyat. Dan dalam proses damai ini mereka boleh bertindak sebagai pengerusi perbincangan supaya proses rundingan mencapai kejayaan.

Kerap kali ketika kempen pilihan raya, calon daripada parti bertanding sering membangkitkan pelbagai isu, termasuk keselamatan dan ekonomi untuk meraih sokongan. Demikian juga pada PRU 2026 kali ini, kita percaya isu-isu sedemikian akan dibangkitkan.

Bagi penduduk tiga wilayah konflik – Narathiwat, Yala dan Pattani serta empat daerah di Songkhla iaitu, Tepha, Saba Yoi, Channa dan Nathawi – mereka perlu memilih 15 Ahli Parlimen, yang diharap dapat membawa pembangunan, keamanan dan kedamaian kepada mereka.

Sebenarnya, majoriti kawasan Parlimen di tiga wilayah ini dikuasai oleh Parti Prachachat yang diketuai oleh bekas Menteri Keadilan Thailand, Thawee Sodsong dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Wan Mohamad Noor Matha. Parti ini dilihat lebih kehadapan dalam membela nasib rakyat, terutama dari segi keselamatan.

Parti Prachachat yakin untuk menyapu bersih semua 15 kerusi dengan matlamat utama adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen. Keyakinan itu berdasarkan kepada asas sokongan kukuh kira-kira 500,000 penundi ketika pilihan raya lalu dan lebih 900,000 pengundi atas pagar.

Mempromosikan ‘politik bersih’, Parti Prachahat mengisytiharkan bahawa calon mereka bersih, telus, dan bebas daripada sebarang latar belakang yang meragukan atau percubaan untuk mencari keuntungan politik.

“Pilihan raya ini bukan sekadar pilihan raya biasa, tetapi pilihan raya untuk mengubah kehidupan yang nampaknya tidak ada jalan keluar. Parti Prachachart menawarkan diri untuk menjadi cahaya di hujung terowong bagi warganegara kita,” kata Thawee.

Kolonel Pol. Tawee juga menekankan bahawa kepentingan pilihan raya kali ini, dengan menyatakan bahawa ia lebih istimewa daripada pilihan raya sebelumnya kerana ia akan mempunyai tiga bahagian iaitu undi untuk Ahli Parlimen kawasan pilihan raya, undi untuk Ahli Parlimen senarai parti, dan undi referendum.

Semalam (27 Disember), Parti Prachachat bersama tujuh parti lain telah mengemukakan calon masing-masing untuk kerusi Parlimen pada PRU 2026 ini.

Calon-calon Parti Prachachat bagi Wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani.

Di NARATHIWAT

Proses pendaftaran berlangsung di auditorium Mukim Khok Khian, Daerah Mueang. Calon daripada Parti Prachachart; Parti Bhumjaithai; Parti Kla Tham; Parti Demokrat; Parti Palang Pracharath; Parti Pheu Thai; Parti Prachachon; dan Parti Carta Ruam Thai Sang – tiba untuk pendaftaran.

Mereka ingin mendapatkan nombor calon awal, kerana mempercayai nombor-nombor ini akan mudah diingati oleh pengundi di setiap kawasan pilihan raya. Seramai 23 calon mendaftar untuk bertanding di lima kawasan pilihan raya di Narathiwat. Mereka ialah:

Kawasan 1:
Calon No. 1 – Ruslan Topake (Parti Democrat);
Calon No. 2 – Abdulkarim Asmaae (Parti Prachachat);
Calon No. 3 – Wachara Yawohazan (Parti Bhumjaithai);
Calon No. 4 – Lutfi Haji Etae (Parti Kla Tham); dan
Calon No. 5 – Paramee Pimanman (Parti Ruam Thai Sang Chart).

Kawasan 2:
Calon No. 1 – Sukontip Srisuwan (Parti Pheu Thai);
Calon No. 2 – Amin Mayusoh (Parti Kla Tham);
Calon No. 3 – Hamran Theplak (Parti Prachachon);
Calon No. 4 – Chaiwat Chantrakarn (Parti Democrat);
Calon No. 5 – Chehsu Taheyeb (Parti Palang Pracharath); dan
Calon No. 6 – Muhammad Rusdi Sheikh Haroon (Parti Prachachat).

Kawasan 3
Calon No. 1 – Waeruslan Masalae (Parti Bhumjaithai);;
Calon No. 2 – Sampan Mayusoh (Parti Kla Tham); dan
Calon No. 3 – Sudeng Tohe (Parti Prachachat).

Kawasan 4
Calon No. 1 – Kuheng Yawohazan (Parti Prachachat);
Calon No. 2 – Kawseng Maseng (Parti Democrat);
Calon No. 3 – Adisorn Awete (Parti Kla Tham);
Calon No. 4 – Akbar Sherali (Parti Prachachon); dan
Calon No. 5 – Sakariya Sa-i (Parti Bhumjaithai).

Kawasan 5
Calon No. 1 – Kamolsak Leewamoh (Parti Prachachat);
Calon No. 2 – Masakri Saeleh (Parti Bhumjaithai);
Calon No. 3 – Adisorn Yeng (Parti Democrat);
Calon No. 4 – Basri Maseng (Parti Pheu Thai).

Calon bagi Parlimen Pattani (Kawasan 1), Petchdao Tohmeena.

Di PATTANI
Pendaftaran diadakan di auditorium Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Pattani di Daerah Mueang. Gabenor Wilayah Pattani, Patima Sadiyamu turut menyaksikan proses pendaftaran tersebut.

Suasana meriah sejak awal pagi, dengan calon parlimen dari pelbagai parti politik secara beransur-ansur tiba dan beratur sebelum waktu pembukaan pendaftaran rasmi bagi lima kawasan pilihan raya. Sehingga jam 4.30 petang seramai 28 individu mendaftar sebagai calon. Mereka ialah:

Kawasan 1
Calon No. 1 – Waichit Udomwanich, Parti Rakyat;
Calon No. 2 – Warifuddin Sariming, Parti Demokrat;
Calon No. 3 – Petchdao Tohmeena, Parti Kla Tham;
Calon No. 4 – Mant Benna, Parti Carta Sang Ruam Thai;
Calon No. 5 – Baharuddin Yusoh, Parti Bhumjaithai;
Calon No. 6 – Asst. Prof. Worawit Baroo, Parti Prachachat.

Kawasan 2
Calon No. 1 – Arun Benjalak, Parti Prachachart;
Calon No. 2 – Khozie Mammu, Parti Bhumjaithai;
Calon No.3 – Abdulbasim Abu, Parti Kla Tham;
Calon No. 4 – Abdulrahman Sayada, Parti Prachachon;
Calon No. 5 – Chehni Sani, Parti Demokrat.

Kawasan 3
Calon No. 1 – Muhammad Amin Kader, Parti Pheu Thai;
Calon No. 2 – Sata Awaekuji, Parti Demokrat;
Calon No. 3 – Piman Maenmin, Parti Rakyat;
Calon No. 4 – Burhan Samoh, Parti Bhumjaithai;
Calon No. 5 – Maruding Yango, Parti Kla Tham;
Calon No. 6 – Sommut Benjalak, Parti Prachachat.

Kawasan 4
Calon No. 1 – Mohammad Rahmad Mammu, Parti Rakyat;
Calon No. 2 – Abdul Qahar Awaepute, Parti Kebangsaan;
Calon No. 3 – Mohamad Yasri Yusong, Parti Demokrat;
Calon No. 4 – Zainungding Yusof, Parti Dinamik;
Calon No. 5 – Yunaidi Waba, Parti Kebenaran;
Calon No.6 – Ahmad Burhan Tipong, Parti Pheua Thai; dan
Calon No. 7 – Arinchai Susaro, Parti Bhumjaithai.

Kawasan 5
Calon No. 1 – Mukta Saeleh (Parti Demokrat);
Calon No. 2 – Ma’amram Idungo (Pheu Thai Party);
Calon No. 3 – Bandhit Abdulbutr (Prachachart Party);
Calon No. 4 – Sahemuhamad Al-Idrus (Parti Bhumjaithai); dan
Calon No. 5 – Muhammad Naser Sulong (Prachachati Party).

Sukri Mateh calon Parti Bhumjaithai bagi Parlimen Yala (Kawasan 2).

Di YALA
Suasana di pusat pendaftaran calon di Wilayah Yala, yang diadakan di Bangunan Srinibong, Pusat Belia Perbandaran Bandar Yala, juga meriah sejak awal pagi. Beribu-ribu penyokong tiba untuk memberi sokongan kepada calon masing-masing. Bagi wilayah Yala hanya terdapat tiga kawasan Parlimen. Pada PRU 2023, Parti Prachachart menyapu bersih ketiga-tiga kerusi Parlimen di wilayah ini.

Kali ini, mereka mengemukakan calon sama iaitu Sulaiman Bueanaepinae (Kawasan Pilihan Raya 1), Sukarno Matha (Kawasan Pilihan Raya 2), dan Abdulayee Samaeng (Kawasan Pilihan Raya 3). Berikut adalah senarai calon yang bertanding:

Kawasan 1
Calon No 1 – Prasitchai Pongsuwansiri, Parti Bhumjaithai;
Calon No 2 – Anwar Useng, Parti Prachachon;
Calon No 3 – Sulaiman Buenapin, Parti Prachachat;
Calon No 4 – Adilun Aliishe, Parti Kla Tham;
Calon No. 5 – Sompop Suphanaranon, Parti Kao Mai Thai;
Calon No 6 – Abdulkarim Dengrakina, Parti Demokrat; dan
Calon No 7 – Koonradin Wongwangsa, Parti Pheu Thai.

Kawasan 2
Calon No 1 – Thornin Yamalae, Parti Demokrat;
Calon No 2 – Sakariya Lohyapha, Parti Pheu Thai;
Calon No 3 – Sukri Mateh, Parti Bhumjaithai;
Calon No 4 – Saynon Wahema, Parti Kao Mai Thai;
Calon No 5 – Abdulhafiz Hile, Parti Kla Tham;
Calon No 6 – Nurhayati Samae, Parti Prachachon; dan
Calon No 7 – Sukarno Mata, Parti Prachachat.

Kawasan 3
Calon No 1 – Saleh Masola, Parti Pheu Thai;
Calon No 2 – Musammat Sukri Bunga, Pesta Kla Tham;
Calon No 3 – Abdulayee Samaeng, Parti Prachachat;
Calon No 4 – Narong Awae, Parti Prachachon;
Calon No 5 – Bodin Kahong, Parti Demokrat;
Calon No 6 – Yuparat Lertlamyong, Parti Kao Mai Thai; dan
Calon No 7 – Kamin Muchi, Parti Bhumjaithai.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading