Layang-layang atau wau kini bukan sekadar permainan untuk menghilangkan kebosanan, sebaliknya ia boleh dijadikan sebagai sumber bagi menjana pendapatan dan merangsang ekonomi tempatan, terutama dalam sektor pelancongan, selain merapatkan hubungan persahabatan rakyat dua negara.

Malah permainan layang-layang jika dianjurkan dalam skala besar mempunyai impak ekonomi dan pelancongan yang ketara, merangsang pelancongan domestik, selain mampu mengagihkan pendapatan kepada komuniti tempatan, terutama di bandar-bandar sekunder.

Konsul 1 Konsulat Malaysia di sini, Muhamad Danial Atif Nasiren berkata, festival berkenaan bukan sahaja mengeratkan hubungan persahabatan, malah mampu juga mempromosikan produk dan perkhidmatan berkaitan seperti pembuatan layang-layang, penginapan dan makanan, serta pelancongan kreatif dan budaya.

Konsul 1 (Ekonomi) Malaysia di Songkhla, Muhamad Danial Atif Nasiren (tiga dari kanan) menerima cenderahati dari Setiausaha Majlis Pelayang Malaysia, Ismail Mat Taib di Pantai Samila, Songkhla, Thailand, baru-baru ini.

Katanya, festival layang-layang boleh menjadi mekanisme penting untuk menggerakkan ekonomi pada peringkat tempatan dan serantau dengan menarik pelancong dan mewujudkan nilai ekonomi dan budaya tambahan.

“Permainan layang-layang sama ada melalui festival atau tidak mampu membangunkan sektor pelancongan dan mengembangkan asas ekonomi, meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan, serta memupuk kerjasama dengan negara jiran.

“Wilayah serta negeri bersempadan Malaysia dan Thailand mempunyai sumber pelancongan yang banyak, merangkumi tarikan semula jadi, sejarah dan budaya, serta cara hidup yang unik yang menggabungkan pengaruh Buddha, Muslim dan Cina.

“Salah satu hobi budaya tersendiri yang popular di seluruh rantau ASEAN ialah bermain layang-layang. Aktiviti ini dinikmati secara meluas oleh orang ramai dari semua peringkat umur – kanak-kanak, dewasa, lelaki dan wanita,” katanya ketika ditemui di Kite Party Malaysia-Thailand di Pantai Samila, Songkhla, Thailand, baru-baru ini.

Kite Party itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Pelayang Perlis dan Persatuan Pelayang Thailand bermula 19 Disember lalu.

Dalam persembahan di Pantai Samila kali ini, kanak-kanak yang hadir turut mendapat habuan apabila layang-layang yang diterbangkan menjatuhkan gula-gula serta wang tunai kepada mereka.

Syed Nur Faizal Syed Mukhtar

Sementara itu, pengurus program berkenaan, Syed Nur Faizal Syed Mukhtar berkata, lebih 80 peserta dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, memeriahkan Kite Party kali ini.

Menurutnya, pelayang dari kedua-dua negara akan melayangkan layang-layang gergasi dengan pelbagai corak dan bentuk pada sebelah siang dan manakala layang-layang bercahaya pada malamnya.

“Program ini bertujuan merapatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang mempunyai minat sama dari segi permainan, reka bentuk, persembahan dan penganjuran. Ia adalah aktiviti tahunan yang menghubungkan peminat yang sama antara kedua-dua negara.

Bekas Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohamad Fazil Ali.

“Selain itu, ia juga adalah salah satu cara riadah yang sihat bersama keluarga antara kedua-dua negara yang menghubungkan perbezaan sosial dan budaya untuk kebaikan bersama,” katanya.

Dalam permainan di Pantai Samila kali ini, lebih 80 layang-layang gergasi bernilai ebih RM100,000 (770,412 baht) diterbangkan pada waktu siang dan sebelah malamnya pula, orang ramai yang hadir dihiburkan dengan persembahan layang-layang bercahaya.

Pelbagai jenis dan bentuk layang-layang, seperti Batman, Captain Amerika, ikan pari dan labah-labah diterbangkan pada program tiga hari bermula 19 Disember lalu.

“Kehadiran kami di Songkhla kali ini lebih kepada perjumpaan hari keluarga. Masing-masing mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk makan minum dan penginapan,” kata Syed yang juga Exco Pelayang Malaysia.

Bagi bekas Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohamad Fazil Ali, beliau menyifatkan permainan layang-layang ini mampu menghilang stress selain merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

“Keseronokan main layang-layang ini boleh hilangkan stress. Tak perlu nak berlatih lama-lama untuk naikkan layang-layang gergasi ini. Ia adalah permainan santai dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja.

“Selain itu saya turut menerbangkan layang-layang berbentuk kereta polis dan turut mempromosikan usaha menentang dan membanteras jenayah,” katanya.

Exco Majlis Pelayang Asean, Anwar Abdul Ghani

Exco Majlis Pelayang Asean, Anwar Abdul Ghani pula memaklumkan kehadirannya kali ini adalah untuk mempromosikan Tahun Melawat Johor 2026.

“Ketika kita bermain layang-layang kerana hobi, dalam masa yang sama kita mengambil peluang untuk mempromosi negeri kita.

“Kami juga akan menganjiurkan festival antarabangsa layang-layang di Johor tahun depan yang melbiatkan lebih 55 buah negara,” katanya.

Menurutnya, festival layang-layang yang dianjurkan sebelum ini pernah menjana pendapatan sehingga RM700,000 (5.39 juta baht) dalam masa tiga hingga empat hari program diadakan.


ว่าวสามารถกระตุ้นเศรษฐกิจทำให้ความสัมพันธ์ไทย-มาเลเซียใกล้ชิดยิ่งขึ้น

ปัจจุบันว่าวไม่ได้เป็นเพียงเกมคลายความเบื่อหน่ายเท่านั้น แต่ยังสามารถใช้เป็นแหล่งสร้างรายได้และกระตุ้นเศรษฐกิจในท้องถิ่นโดยเฉพาะในภาคการท่องเที่ยวอีกด้วย นอกเหนือจากการกระชับมิตรภาพระหว่างประชาชนของทั้งสองประเทศแล้ว

แม้แต่การเล่นว่าวหากจัดขึ้นในวงกว้างก็มีผลกระทบทางเศรษฐกิจและการท่องเที่ยวอย่างมีนัยสำคัญ กระตุ้นการท่องเที่ยวภายในประเทศ อีกทั้งยังสามารถกระจายรายได้ให้กับชุมชนท้องถิ่นอีกด้วย

กงสุลที่ 1(ฝ่ายเศรษกิจ) ของสถานกงสุลมาเลเซียประจำจังหวัดสงขลา Muhamad Danial Atif Nasiren กล่าวว่าเทศกาลนี้ไม่เพียงแต่เสริมสร้างมิตรภาพเท่านั้น แต่ยังสามารถส่งเสริมผลิตภัณฑ์และบริการที่เกี่ยวข้อง เช่น การทำว่าว ที่พักและอาหาร ตลอดจนการท่องเที่ยวเชิงสร้างสรรค์และวัฒนธรรม

เขากล่าวว่า เทศกาลว่าวอาจเป็นกลไกสำคัญในการขับเคลื่อนเศรษฐกิจในระดับท้องถิ่นและระดับจังหวัด โดยการดึงดูดนักท่องเที่ยว และสร้างมูลค่าทางเศรษฐกิจและวัฒนธรรมเพิ่มเติม

“การเล่นว่าวไม่ว่าจะผ่านเทศกาลหรือไม่ สามารถพัฒนาภาคการท่องเที่ยวและขยายฐานเศรษฐกิจ เพิ่มรายได้และโอกาสการจ้างงานตลอดจนส่งเสริมความร่วมมือกับประเทศเพื่อนบ้าน

“จังหวัดและรัฐที่มีพรมแดนติดกับมาเลเซียและไทยมีทรัพยากรด้านการท่องเที่ยวมากมาย รวมถึงสถานที่ท่องเที่ยวทางธรรมชาติ ประวัติศาสตร์ และวัฒนธรรม ตลอดจนวิถีชีวิตอันเป็นเอกลักษณ์ที่ผสมผสานอิทธิพลระหว่างชาวพุทธ มุสลิม และจีน

“หนึ่งในงานอดิเรกทางวัฒนธรรมที่โดดเด่นซึ่งได้รับความนิยมทั่วทั้งภูมิภาคอาเซียนคือการเล่นว่าว กิจกรรมนี้ได้รับความนิยมอย่างกว้างขวางจากคนทุกวัย ทั้งเด็ก ผู้ใหญ่ ผู้ชายและผู้หญิง” เขากล่าวเมื่อพบกันที่งานว่าวไทย-มาเลเซีย ที่หาดสมิหลา จังหวัดสงขลา ประเทศไทย เมื่อเร็ว ๆ นี้

งานเลี้ยงว่าวจัดขึ้นร่วมกันโดยสมาคมว่าวเปอร์ลิสและสมาคมว่าวไทย เริ่มตั้งแต่วันที่ 19 ธันวาคม

การแสดงที่หาดสมิหลาครั้งนี้ เด็กๆ ที่มาร่วมงานก็ได้รับรางวัลเช่นกันเมื่อว่าวที่บินได้โปรย ลูกอม ขนมและเงินเป็นรางวัล

ในขณะเดียวกัน ผู้จัดการโครงการ Syed Nur Faizal Syed Mukhtar กล่าวว่าผู้เข้าร่วมมากกว่า 80 คนจากยะโฮร์ สลังงอร์ กัวลาลัมเปอร์ ปีนัง เคดาห์ และเปอร์ลิส มาร่วมสร้างสีสันให้กับงานปาร์ตี้ว่าวในครั้งนี้

ตามที่เขาพูด ผู้เล่นจากทั้งสองประเทศจะเล่นว่าวขนาดยักษ์ที่มีลวดลายและรูปทรงต่างๆ ในตอนกลางวัน และว่าวจะส่องสว่างมีแสงสีในเวลากลางคืน

“โครงการนี้มีจุดมุ่งหมายเพื่อเชื่อมความสัมพันธ์ทวิภาคีระหว่างทั้งสองประเทศที่มีความสนใจคล้ายกันทั้งในด้านเกมส์ การออกแบบ การแสดง และการจัดงาน เป็นกิจกรรมประจำปีที่เชื่อมโยงแฟน ๆ กลุ่มเดียวกันระหว่างทั้งสองประเทศ

“นอกจากนี้ นี่ยังเป็นหนึ่งในวิธีการพักผ่อนที่ดีต่อสุขภาพกับครอบครัวระหว่างทั้งสองประเทศที่เชื่อมโยงความแตกต่างทางสังคมและวัฒนธรรมเพื่อประโยชน์ส่วนรวม” เขากล่าว

ในเกมที่หาดสมิหลาในครั้งนี้ มีการเล่นว่าวยักษ์กว่า 80 ตัว มูลค่ากว่า 100,000 ริงกิตมาเลเซีย (770,412 บาท) เล่นทั้งกลางวัน และในตอนค่ำ ผู้ชมก็สนุกสนานกับการแสดงว่าวติดไฟ

ว่าวมีหลายประเภทและรูปร่างต่างๆ เช่น แบทแมน กัปตันอเมริกา ปลากระเบน ปลาหมึก และแมงมุม ได้บินในโปรแกรมสามวัน เริ่มตั้งแต่วันที่ 19 ธันวาคม

“การมาของเราที่สงขลาครั้งนี้เป็นการพบปะวันครอบครัวมากกว่า เราแต่ละคนต้องจ่ายค่าอาหาร เครื่องดื่ม และที่พักเอง” Syeb ซึ่งดำรงตำแหน่งผู้จัดการชมรมว่าวของมาเลเซีย กล่าว

สำหรับ Mohamad Fazil Ali อดีตผู้กำกับ เขตปุตราจายา เขาอธิบายว่าการเล่นว่าวสามารถคลายความเครียดได้ นอกเหนือจากการกระชับความสัมพันธ์ในครอบครัวและมิตรภาพ

“ความสนุกในการเล่นว่าวนี้สามารถคลายเครียดได้ คุณไม่จำเป็นต้องฝึกฝนเป็นเวลานานเพื่อเล่นว่าวยักษ์ตัวนี้ มันเป็นเกมที่ผ่อนคลายและสามารถเล่นได้ทุกที่

“นอกจากนี้ ฉันยังเล่นว่าวเป็นรูปรถตำรวจ และยังส่งเสริมความพยายามในการต่อสู้และปราบปรามอาชญากรรมอีกด้วย” เขากล่าว

อันวาร์ อับดุล กานี ผู้จัดการ ชมรมการแสดงว่าวแห่งอาเซียนแจ้งว่าการมาร่วมงานของเขาในครั้งนี้คือเพื่อส่งเสริมปีแห่งการท่องเที่ยวรัฐยะโฮร์ปี 2026

“เมื่อเราเล่นว่าวเป็นงานอดิเรก ขณะเดียวกัน เราก็ถือโอกาสโปรโมตรัฐของเราด้วย

“เราจะจัดเทศกาลว่าวนานาชาติที่รัฐยะโฮร์ในปีหน้า โดยมีผู้เข้าร่วมมากกว่า 55 ประเทศ” เขากล่าว

ตามที่เขากล่าว เทศกาลว่าวที่จัดขึ้นก่อนหน้านี้สามารถสร้างรายได้สูงถึง 700,000 ริงกิตมาเลเซีย (5.39 ล้านบาท) ภายในสามถึงสี่วันนับจากวันที่จัดขึ้น

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading