“Dia memang seorang yang berani. Sejak kecil sememangnya bercita-cita menjadi anggota tentera untuk mempertahankan tanah air tercinta dan melindungi kedaulatan Thailand.

“Dalam usia 19 tahun dia menyertai tentera darat, mengikut jejak langkah saya dan bapanya,” kata ibu kepada Allahyarham Prebet Mustaqim Majehma, Faizah Che Wan, 41.

Mustaqim, seorang penembak anti-kereta kebal dari Pasukan Serangan Tentera Darat Thailand, baharu berusia 21 tahun terbunuh dalam pertempuran dengan askar Kemboja di Bukit 677, Chong An Ma, Daerah Nam Yuen, Wilayah Ubon Ratchathani.

Prebet Mustaqim Majehma, 21, yang berasal dari Narathiwat, Selatan Thai, terbunuh dalam pertempuran dengan askar Kemboja di Bukit 677, Chong An Ma, Daerah Nam Yuen, Wilayah Ubon Ratchathani.

Dilahirkan pada 3 Mei 2004, Mustaqim ketika kejadian bersiap sedia untuk menyerang musuh, apabila sebutir bom meletup berhampirannya kira-kira jam 12 tengah hari, Sabtu lalu (13 Disember 2025).

“Allahyarham ditempatkan di sebuah kem tentera di Wilayah Lopburi sebelum dihantar ke Ubon Ratchathani bagi berdepan ancaman askar Kemboja,” kata ibunya lagi ketika ditemui media Malaysia di rumahnya di Kampung 3 (Kampung Tugan) Mukim Dusongyo, Daerah Chanae, Wilayah Narathiwat.

Menurutnya, beliau mengetahui kejadian menimpa anak tunggalnya itu selepas dihubungi seorang pegawai tentera yang memaklumkan Mustaqim terbunuh.

“Dia selalu mengubungi saya. Kali terakhir dia hubungi saya pada Jumaat (12 Disember) sehari sebelum terbunuh. Dia ada beritahu pasukannya menang dalam pertempuran di Bukit 677.

Ibu Prebet Mustaqim Majehma, Faizah Che Wan, 41, (kanan) ketika ditemui di rumahnya di Kampung 3 (Kampung Tugan) Mukim Dusongyo, Daerah Chanae, Wilayah Narathiwat.

“Kami tak banyak berbual. Dia cuma bertahu dia hanya letih dan mahu berehat. Dia juga nasihatkan saya supaya tidak bimbang dan akan menghantar gajinya akhir bulan ini.

“Sebelum ini pun dia selalu kata kalau suatu hari dia pergi untuk selama-lamanya, dia mahu ibu bapa dan neneknya menjadi orang yang senang.

“Dia anak tunggal saya bersama bekas suami. Ketika dimaklumkan kejadian menimpanya saya berasa dunia menjadi gelap. Macam tiba-tiba kita tutup lampu… gelap.

“Tapi saya redho. Allah lebih menyayangi dia. Dia pergi dalam usia muda. Menjadi hero Thailand, terutama kepada anak muda Melayu Islam di Selatan Thai untuk lebih menyayangi tanah air.

“Sebagai ibu saya berdoa supaya rohnya ditempatkan bersama para syuhada, mereka yang syahid kerana mempertahankan tanah air,” katanya.

Faizah seorang anggota yang masih berkhidmat dalam tentera darat, manakala bekas suaminya yang juga bapa Mustaqim adalah bekas anggota Renjer, memang melatih anaknya itu menjadi seorang yang berdisiplin.

Jenazah Mustaqim dikebumikan di Tanah Perkuburan Saburang, Mukim Dusongyo, dengan penuh istiadat tentera, pada 14 Disember.

Wakil Sheikhul Islam Thailand yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, Waedueramae Mamingji, mengetuai memandikan dan mewudukkan jenazah Mustaqim sebelum mengimamkan solat jenazah.

Dia berjuang dengan begitu gigih bagi memastikan negara tercintanya terus aman. Dia adalah pejuang dan pahlawan yang tegap memberanikan diri, melangkah mempertaruhkan jasad, bersiap sedia untuk mati demi mempertahankan kedaulatan tanah airnya.

Panglima Tentera Wilayah 4 Thailand, Lieutenant General Norathip Poynok mengetuai upacara menyambut ketibaan jenazah Prebet Mustaqim Majehma.

Dia berjuang bukan kerana harta, bukan kerana ingin dipuja. Dia adalah insan yang jasanya sangat berharga. Dia mengorbankan jiwa dan raga sebagai wira negara dengan penuh berani tanpa rasa takut dan kecut melawan pihak yang mahu menceroboh kedaulatan Thailand.

Orang yang gugur di medan peperangan demi mempertahankan kesucian agama dan kedaulatan negara dikalungkan sebagai syuhada.

“Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya, dia mati syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya), dia mati syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan agamanya, dia mati syahid. Dan sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarganya, dia mati syahid.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Tanah air adalah ruang di mana harta, nyawa, agama, dan keluarga kita berada dan dilindungi.


ลูกมลายูไทยตอนใต้สละชีวิตเพื่อปกป้องอธิปไตยของไทย

“เขาเป็นคนกล้าหาญจริงๆ ตั้งแต่เด็ก เขาใฝ่ฝันที่จะเข้าเป็นทหารเพื่อปกป้องบ้านเกิดอันเป็นที่รักและปกป้องอธิปไตยของประเทศไทย

“เขาเข้าร่วมกองทัพเมื่ออายุ 19 ปี ตามรอยของฉันและพ่อ” มารดาของพลทหาร มุสตากีม มาเจ๊ะมะ, พาอีซะห์ เจ๊ะมะ วัย 41 ปี ผู้ล่วงลับกล่าว

มุสตาคิม มือปืนต่อต้านรถถังจากกองทัพบกไทย อายุเพียง 21 ปี ถูกสังหารในการสู้รบกับทหารกัมพูชาที่เนิน 677 ช่องอานม้า อ.น้ำยืน จ.อุบลราชธานี

มุสตาคิมเกิดเมื่อวันที่ 3 พฤษภาคม พ.ศ. 2547 กำลังเตรียมโจมตีศัตรูเมื่อเกิดระเบิดใกล้ตัวเขาเมื่อเวลาประมาณ 12.00 น. ของวันเสาร์ที่ผ่านมา (13 ธันวาคม พ.ศ. 2568)

“ผู้เสียชีวิตได้ประจำในค่ายทหารที่จังหวัดลพบุรีก่อนถูกส่งตัวไปอุบลราชธานีเพื่อป้องกันภัยคุกคามจากทหารกัมพูชา” แม่ของเขากล่าวเมื่อสื่อมาเลเซียเข้าพบที่บ้านของเธอที่บ้านสุแฆ ม.3 ต.จะแนะ จ.นราธิวาส

ตามที่เขาพูด เขาพบว่าเกิดอะไรขึ้นกับลูกชายคนเดียวของเขาหลังจากได้รับการติดต่อจากนายทหารที่แจ้งว่ามุสตาคิมถูกสังหารแล้ว

“เขาติดต่อฉันมาตลอด ครั้งสุดท้ายที่เขาติดต่อฉันคือวันศุกร์ (12 ธันวาคม) หนึ่งวันก่อนที่เขาจะเสียชีวิต เขาบอกฉันว่าทีมของเขาชนะการต่อสู้ที่เนิน 677 แล้ว”

“เราไม่ได้พูดมาก. เขาแค่บอกว่าเขาแค่เหนื่อยและอยากพักผ่อน เขายังบอกให้ฉันไม่ต้องกังวลและจะส่งเงินเดือนของเขาในปลายเดือนนี้

“เมื่อก่อนนี้เขามักจะพูดอยู่เสมอว่าวันหนึ่งถ้าเขาต้องจากไปตลอดกาลอย่างน้อยก็ทำให้พ่อแม่และยายของเขาไม่ลำบาก

“เขาเป็นลูกคนเดียวของฉันกับสามีเก่าของฉัน เมื่อได้รับแจ้งสิ่งที่เกิดขึ้นกับเขา ฉันรู้สึกว่าโลกมืดลง ราวกับว่าเราปิดไฟกะทันหัน… มันมืด

“แต่ฉันก็ยอมรับ พระเจ้ารักเขามาก เขาจากไปตั้งแต่อายุยังน้อย มาเป็นฮีโร่ของประเทศไทยโดยเฉพาะหนุ่มมลายูในภาคใต้ของไทยรักชาติมากขึ้น

“ในฐานะแม่ ฉันขออธิษฐานขอให้ดวงวิญญาณของเธอไปอยู่กับผู้พลีชีพ ผู้เสียสละเพื่อปกป้องมาตุภูมิ” เขากล่าว

พาอีซะห์ รับราชการในกองทัพ ในขณะที่สามีเก่าของเธอซึ่งเป็นพ่อของ มุสตากีม ก็เป็นอดีตทหารพราน ได้ฝึกฝนลูกชายของเขาให้เป็นคนมีระเบียบวินัย

ศพของมุสตาคิมถูกฝังอยู่ที่สุสานซือบือแร ดุซงญอ พร้อมด้วยพิธีการทางทหารเต็มรูปแบบ เมื่อวันที่ 14 ธันวาคม 2568

ผู้แทนจุฬาราชมนตรีของประเทศไทยซึ่งดำรงตำแหน่งประธานสภาศาสนาอิสลามปัตตานีด้วย ได้แก่ เเวดือราแม มะมิงจิ เป็นประธานในการชำระร่างกาย(ตายัมมุม)ของมุสตากิม ก่อนนำละหมาดทำพิธีศพ

เขาต่อสู้อย่างหนักเพื่อรักษาประเทศอันเป็นที่รักนี้ให้ปลอดภัย เขาเป็นนักสู้และนักรบผู้กล้าหาญ เสี่ยงร่างกาย เตรียมพร้อมที่จะตายเพื่อปกป้องอธิปไตยของบ้านเกิดของเขา

เขาต่อสู้ไม่ใช่เพื่อความมั่งคั่ง ไม่ใช่เพราะเขาต้องการเป็นที่ชื่นชม เขาเป็นคนที่มีใจที่มีคุณค่ามาก มุ่งมั่น ยอมสละชีวิต ในฐานะวีรชนของชาติอย่างหาญกล้าไม่เกรงกลัวและขี้ขลาดต่อศัตรูผู้ต้องการล่วงล้ำอธิปไตยของไทย

ผู้ที่เสียชีวิตในสนามรบเพื่อปกป้องความบริสุทธิ์ของศาสนาและอธิปไตยของประเทศจะได้รับการสวมมงกุฎเป็นผู้พลีชีพ

“ใครก็ตามที่ตายเพื่อปกป้องทรัพย์สินของเขา เขาจะตายซาฮีด ใครก็ตามที่ตายเพื่อปกป้องสายเลือดของเขา (ชีวิตของเขา) เขาจะตายซาฮีด ใครก็ตามที่ตายเพื่อปกป้องศาสนาของเขา เขาจะตายซาฮีด และใครก็ตามที่ตายเพื่อปกป้องครอบครัวของเขา เขาจะตายซาฮีด” (หะดีษรายงานโดยอบู เดาด์ และอัต-ติรมิซีย์)

บ้านเกิดคือพื้นที่ที่ทรัพย์สิน ชีวิต ศาสนา และครอบครัวของเราได้รับความคุ้มครอง

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading