Oleh Ku Lan

Negeri Sembilan sebuah negeri yang cukup kaya dengan budaya dan tradisi, namun sering dikaitkan dengan pelbagai stigma, terutama mengenai Adat Perpatih.
Sebenarnya, stigma ini lebih banyak berakar kepada kesalahfahaman. Seseorang perlu belajar, hormati, dan lestarikan warisan budaya unik ini.
Antara mitos yang popular dan sering diperkatakan adalah adat ini menindas kaum lelaki. Sebenarnya, peranan wanita sebagai penjaga tradisi tidak bermakna lelaki itu lemah; lelaki memiliki tanggungjawab besar sebagai pembimbing keluarga.
Adat Perpatih lebih kepada pembahagian peranan: lelaki berperanan sebagai pelindung dan tulang belakang keluarga, sementara wanita (“Bundo Pusako”) menguruskan harta dan tradisi. Keputusan dibuat secara kolektif, bukan satu pihak yang dominan.
Kesalahfahaman lain yang sering didengar adalah anggapan yang harta hanya diwariskan kepada perempuan, sementara lelaki tidak mendapat apa-apa.
Sebenarnya, harta pusaka diwariskan kepada anak perempuan, tetapi lelaki mendapat “harta pencarian” – iaitu harta yang dia usahakan sendiri. Sistem ini bertujuan menjaga kestabilan keluarga, bukan merugikan lelaki.
Ada juga yang mengatakan Adat Perpatih adalah satu adat yang kuno dan tidak lagi relevan di era moden. Namun, ia sebenarnya mengajar kita nilai-nilai seperti hormat, gotong royong, dan keadilan. Ramai yang berhasil mengimbangkannya dengan kehidupan kini.

Adat Perpatih diselaraskan dengan ajaran Islam, seperti pepatah “Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat”. Masyarakat Negeri Sembilan mengintegrasikan nilai agama dalam mengamalkan adat turun-temurun ini.
Adat Perpatih adalah warisan budaya yang kaya dan bukan sistem yang menindas. Dengan pemahaman yang benar, stigma dapat dihilangkan, dan nilai-nilai murni dapat dilestarikan.
Ia bukan halangan, tetapi jambatan untuk memahami nilai kekeluargaan, hormat, dan kerjasama. “Jangan menilai tanpa memahami”.
Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan, iaitu:
1. Tanah Datar
2. Batu Hampar
3. Seri Lemak (Solomak Minang)
4. Anak Melaka
5. Mungkal
6. Payakumbuh
7. Seri Melenggang
8. Tigo Batu
9. Tigo Nenek
10. Anak Aceh
11. Batu Belang
12. Biduanda
Nota: Penulis adalah anak Minang dari Suku Seri Lemak di sebelah ibu, manakala ayah dari Suku Tanah Datar






Leave a Reply