BAHARU beberapa hari gencatan senjata di Gaza berlaku, rakyat palestine sangat gembira dengan berita itu setelah sekian lama iaitu setelah hampir 2 tahun berlakunya ‘Genocide’ di Gaza. Malah, dalam kegembiraan mereka, masih ada kebimbangan yang timbul tentang perkara ini.
Tidak lama setelah pengumuman gencatan senjata di Gaza, rejim Israel telah menyerang rakyat Palestine yang mana ia melanggar perjanjian gencatan senjata tersebut. Berlakunya pengeboman yang tertumpu di tempat-tempat rakyat Palestine berteduh.
Rakyat Palestine masih merisaukan keadaan mereka walaupun setelah persetujuan gencatan senjata di Gaza. Setelah gencatan senjata diumumkan, masih berlaku pengeboman di Gaza. Tentera israel masih lagi mengawal 53% kawasan Gaza dan selebihnya kawasan yang hampir 90% hancur dari perbuatan kejam israel. Rakyat Palestine yang telah pulang ke rumah masing-masing yang dalam keadaan hancur sepenuhnya.
Mereka pulang dengan tiada harapan melihat kehancuran rumah kediaman mereka yang penuh kenangan tetapi mereka masih lagi bertahan setelah semuanya dimusnahkan oleh rejim israel.
Gencatan senjata ini sebenarnya lebih membawa keuntungan kepada pihak israel kerana mereka masih boleh menguasai lebih separuh wilayah Gaza malah melanggar perjanjian yang sepatutnya dipatuhi selari undang-undang antarabangsa.
Mereka bukan sekadar menguasai separuh wilayah tetapi hampir keseluruhan gaza telah musnah di tangan mereka. Mereka berani bertindak kejam sedemikian kerana telah disokong juga dari negara berkuasa tinggi iaitu Amerika Syarikat. Ia menunjukkan bahawa kuasa besar dunia tidak adil kerana mereka memberi sokongan atas alasan dasar ‘keselamatan’ dan membiarkan tentera israel terus menyerang rakyat Palestine.
Setelah beberapa hari gencatan senjata berlaku, tahanan Palestine dibebaskan dan selamat sampai di Gaza. Hamas membebaskan seramai 20 tahanan israel dan tahanan Palestine dibebaskan seramai 2000 orang. Malah ini bukan bilangan yang besar, kerana masih ada hampir lebih 9000 tahanan Palestine termasuk 400 kanak-kanak yang masih belum dibebaskan oleh rejim israel.
Rakyat Palestine masih berlapar, bantuan kesihatan dan makanan masih terbatas. Setakat 10 hingga 16 Oktober, hanya 200 lebih sahaja trak bantuan yang masuk ke Gaza. Tidak dinafikan, rakyat Palestine masih lagi menghadapi krisis makanan, air dan bantuan ubat ubatan. Gencatan senjata tidak bermakna jika rakyat masih berlapar, tiada tempat berteduh, dan tidak selamat dari ancaman rejim israel.
Terdapat juga ‘Garisan Kuning’ yang ditentukan oleh tentera israel di sebahagian kawasan Gaza malah garisan tersebut tidak diberitahu secara jelas dimana terletaknya ‘Garisan Kuning’ tersebut. Sesiapa yang melintas garisan tersebut akan diculik atau ditembak. Hal ini jelas menunjukkan tentera zionis masih lagi melanggar perjanjian gencatan senjata kerana masih menguasai kawasan Gaza dan mengancam mereka. Rakyat Palestine masih berdepan dengan trauma yang berpanjangan.
Peranan wartawan di Palestine yang menjadi mata untuk dunia bagi menyebarkan kebenaran, tetapi kekejaman tentera zionis yang telah membunuh satu per satu antara mereka. Ini bukan kegagalan bagi mereka tetapi kejayaan mereka membuka mata-mata seluruh negara bahawa israel berusaha menghapuskan bukti bukti dari wartawan Palestine. Journalis Palestine baru-baru ini dibebaskan dari penjara israel pulang dengan kehilangan kedua matanya.
Ini membuktikan secara jelas kekejaman yang berlaku di penjara israel. mereka bukan sekadar diseksa malah rejim israel mencuri organ jenazah rakyat Palestine berdasarkan sebuah video yang tular menunjukkan betapa kejamnya tentera israel mengambil organ dari tubuh jenazah rakyat Palestine. Media barat pula sering ‘memutar belit’ cerita yang disampaikan di media tentang keadaan di Palestine.
Hamas dilihat sebagai penyerang dan israel dianggap mangsa yang mempertahankan rakyat mereka. Ini membuktikan pentingnya media perlu menyampaikan kesedaran secara meluas kepada seluruh dunia yang melihat.
Antara usaha yang boleh kita lakukan ialah memboikot barang-barang keluaran dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang menyokong israel. Solidariti rakyat juga perlu dilakukan secara terbuka dan meluas supaya dapat membuka mata-mata dunia tentang apa yang berlaku di Palestine.
Tugas kita masih panjang, peranan dan tanggungjawab amat penting bagi kita untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa Gaza masih lagi dalam ancaman zionis, mereka memerlukan bantuan kemanusiaan, diplomasi dan kesedaran masyarakat tentang kebenaran yang berlaku di Palestine. Sebagai umat islam, perlu juga sedar bahawa perjuangan Palestine bukan sekadar ‘Konflik Luar Negara’, tetapi tanggungjawab kita bersama membantu mereka.






Leave a Reply