นราธิวาส: วัยรุ่นก่ออาชญากรรมในจังหวัดนราธิวาส ทั้งคดีฆาตกรรมและยาเสพติด มีเพิ่มมากขึ้นทุกปี และน่ากังวล

สมาชิกสภาผู้แทนราษฎรจังหวัดนราธิวาส (เขต 5) กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ กล่าวว่า สถานการณ์นี้น่าเป็นห่วงมาก เนื่องจากวัยรุ่นบางส่วนที่เกี่ยวข้องมีอายุเพียง 14-16 ปีเท่านั้น

ตามที่เขากล่าวว่า เขาซึ่งเป็นหัวหน้าคณะกรรมการกฎหมายความยุติธรรมและสิทธิมนุษยชนของรัฐสภาไทยได้จัดการประชุมร่วมกับผู้บัญชาการตำรวจภูธรจังหวัดนราธิวาส พล.ต. ประยงค์ โคตรสาขา

“ผมได้พบกับผู้บังคับการตำรวจนราธิวาสเพื่อค้นหาสถิติที่แท้จริงของคดีอาญาสำคัญๆ หลายคดีที่เกิดขึ้นในจังหวัดนี้

“ซึ่งรวมถึงคดียาเสพติด และการปล้นร้านทองที่ห้างสรรพสินค้าบิ๊กซีในสุไหงโกลก รวมถึงการฆาตกรรมชายและหญิงวัยรุ่นสองคนที่หาดนราทัศน์” เขากล่าวกับ apakhabartv.com

เขาซึ่งเป็นที่รู้จักกันดีในหมู่ชาวไทยภาคใต้ในชื่อ แวยูแฮ อธิบายผลข้อมูลจาก ผบ.ตร. นราธิวาส พบว่า คดีอาญาในภูมิภาคนี้มีจำนวนเพิ่มมากขึ้น โดยส่วนใหญ่เป็นคดีวัยรุ่น

“นี่เป็นเรื่องที่น่ากังวล คณะกรรมการและตำรวจกำลังหารือกันถึงแนวทางแก้ไขปัญหานี้ และกำลังขอความช่วยเหลือจากเจ้าหน้าที่เพื่อลดความทุกข์ยากของประชาชนในท้องถิ่นให้มากที่สุด” เขากล่าว

เมื่อถูกถามถึงคำกล่าวที่ว่าคดีอาญาส่วนใหญ่เกี่ยวข้องกับอิทธิพลของยาเสพติด แวยูแฮยอมรับ

“ยาเหล่านี้ก็เป็นปัญหาเช่นกัน น้ำกระท่อม และกัญชา ยังคงขายได้อย่างอิสระ แม้ว่ากฎหมายจะมีการเปลี่ยนแปลงบ้าง แต่กระท่อม และกัญชา ยังคงขายให้กับประชาชนทั่วไป” เขากล่าว

เมื่อวานนี้ องค์กรศาสนา 3 แห่งเปิดเผยว่าการติดน้ำกระท่อมที่เรียกว่า ‘ค็อกเทล 4×100’ กำลังน่ากังวลมากขึ้นใน 3 จังหวัดภาคใต้ของไทย

เปิดเผยโดยผลการศึกษาของสถาบันวิจัยและพัฒนามนุษย์ปัตตานี (INSANI) มูลนิธิอัลฟาโตนี ดารุสซาลาม อุลามะ และสำนักงานสภาศาสนาอิสลามจังหวัดปัตตานี ในเวทีเสวนาที่จังหวัดปัตตานี

ผู้นำการสำรวจ ดร.มหามัท อามา นำเสนอผลการสำรวจกล่าวว่าคีตัมและยาเม็ดม้าเป็นยาที่ใช้กันอย่างแพร่หลายในภาคใต้ของประเทศไทย

ตามที่เขาพูด 79 เปอร์เซ็นต์ของผู้ติดยาเกี่ยวข้องกับกระท่อม โดยเฉพาะอย่างยิ่งสิ่งที่เรียกว่า ‘ค็อกเทล 4×100’ 74 เปอร์เซ็นต์เกี่ยวข้องกับยาบ้า เฮโรอีน (32 เปอร์เซ็นต์) กัญชา (29 เปอร์เซ็นต์) และอีก 39 เปอร์เซ็นต์เป็นยาเสพติดอื่นๆ อีก 2 ชนิด

“แม้ว่าผู้ใช้ยาส่วนใหญ่เป็นผู้ชายอายุต่ำกว่า 40 ปี แต่ 30 เปอร์เซ็นต์เป็นผู้หญิง” เขากล่าว ซึ่งเป็นประธานของ INSANI ด้วย

เขาระบุว่าที่มาของชื่อ ‘4×100’ ไม่ชัดเจน แต่น่าจะมาจากส่วนผสม 4 อย่าง ได้แก่ ใบกระท่อมต้ม น้ำอัดลม และยาแก้ไอที่มีโคเดอีน

เขากล่าวว่าส่วนผสมทั้งสามชนิดนี้เป็นส่วนผสมหลักของ ‘ค็อกเทล 4×100’ ในขณะที่ส่วนผสมที่สี่ขึ้นอยู่กับความพึงพอใจของผู้ใช้ในการทำให้มึนเมามากขึ้น เช่น ยากันยุง ยากล่อมประสาท พาราเซตามอล สารเคมีกำจัดวัชพืช หรือผงที่นำมาจากหลอดไฟ

ขณะเดียวกัน ดร.แวดือราแม มามิงจิ ประธานสภาศาสนาอิสลามเขตปัตตานี กล่าวว่า การติดยาเสพติดมีผลกระทบอย่างมากต่อชุมชนมุสลิมและความสัมพันธ์ทางสังคม

ตามที่เขาพูด ทุก ๆ ปีอย่างน้อยร้อยละ 80 ของจำนวนการหย่าร้างทั้งหมดเกิดจากการเสพยา

“การศึกษาและวิจัยนี้ยังแสดงให้เห็นวงจรของความรุนแรงทางสังคมที่เริ่มต้นจากการใช้ยาเสพติดของสมาชิกในครอบครัว ไม่ว่าจะเป็นสามีหรือลูก ซึ่งนำไปสู่ความเครียดทางจิตใจและอารมณ์ ที่นำไปสู่ความรุนแรงในครอบครัวและความไม่ลงรอยกัน” เขากล่าว

เขากล่าวว่า ร้อยละ 71 ของความรุนแรงในครอบครัวที่เกิดขึ้นอย่างต่อเนื่องมีสาเหตุมาจากแรงกดดันจากปัญหาเศรษฐกิจและการติดยาเสพติด และมักส่งผลกระทบต่อความมั่นคงในชีวิตครอบครัว


NARATHIWAT: Penglibatan remaja dalam jenayah di Wilayah Narathiwat, termasuk kes bunuh dan dadah semakin meningkat setiap tahun dan membimbangkan.

Ahli Parlimen Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh berkata, keadaan ini sangat membimbangkan kerana ada daripada remaja terlibat berumur seawal 14 tahun.

Menurutnya, beliau yang mengetuai Jawatankuasa Undang-Undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand telah mengadakan pertemuan dengan Komander Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha.

“Saya ada berjumpa komander polis Narathiwat untuk mengetahui statistik sebenar beberpa kes jenayah utama yang berlaku di wilayah ini.

“Ini termasuk kes dadah dan rompakan kedai emas di pusat beli-belah Big C di Sungai Golok serta pembunuhan sepasang remaja lelaki dan perempuan di Pantai Narathat baru-baru ini,” katanya kepada apakhabartv.com.

Beliau yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk Selatan Thai sebagai Wan Johan menjelaskan hasil maklumat komander polis Narathiwat, didapati bahawa jumlah kes jenayah di wilayah ini meningkat, dengan majoritinya melibatkan remaja.

“Ini adalah perkara yang membimbangkan. Jawatankuasa ini dan polis membincangkan penyelesaian untuk masalah ini dan meminta bantuan daripada pegawai untuk mengurangkan penderitaan penduduk tempatan sebanyak mungkin,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bahawa kebanyakan kes jenayah itu ada kaitan dengan pengaruh dadah, Wan Johan mengakuinya.

“Dadah ini juga menjadi masalah. Ketum dan ganja masih bebas dijual. Walaupun peraturan telah diubah tetapi etum dan ganja masih dijual kepada orang ramai,” katanya.

Kelmarin, tiga organisasi keagamaan mendedahkan ketagihan air ketum yang dikenali sebagai ‘Koktail 4×100’ semakin membimbangkan sekarang ini di tiga wilayah Selatan Thai.

Ia didedahkan hasil kajian Institut Penyelidikan dan Pembangunan Manusia Pattani (INSANI), Yayasan Ulama Alfatoni Darussalam, dan Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, dalam satu forum di Pattani.

Ketua kaji selidik itu, Dr Mahamat Ahama ketika membentangkan hasil kajian itu berkata, ketum dan pil kuda adalah dadah yang paling banyak digunakan di Selatan Thai.

Menurutnya, 79 peratus penagih adalah melibatkan ketum, terutama yang dikenali sebagai ‘koktail 4×100’, 74 peratus membabitkan pil kuda, heroin (32 peratus), ganja (29 peratus) dan 39 peratus lagi adalah dua dadah lain.

“Walaupun majoriti pengguna dadah adalah lelaki di bawah umur 40 tahun, 30 peratus daripadanya adalah wanita,” katanya yang juga Presiden INSANI.

Beliau menyatakan bahawa asal usul nama ‘4×100’ itu adalah tidak jelas, tetapi kemungkinan besar diambil kerana campuran empat bahan iaitu daun ketum yang direbus, minuman ringan dan ubat batuk yang mengandungi kodein.

Katanya, tiga campuran berkenaan adalah bahan utama ‘koktail 4×100’, manakala bahan keempat bergantung kepada kepuasan pengguna untuk lebih memabukkan seperti ubat nyamuk, ubat penenang, paracetamol, racun herba atau serbuk yang diambil dari dalam mentol lampu.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Dr Waedueramae Mamingchi berkata, ketagihan dadah memberi impak besar dalam kalangan komuniti Islam dan hubungan sosial.

Menurutnya, setiap tahun sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah keseluruhan perceraian suami isteri adalah disebabkan penggunaan dadah.

“Kajian kali ini juga menunjukkan kitaran keganasan sosial yang bermula dengan penggunaan dadah oleh ahli keluarga, sama ada suami atau anak-anak, yang membawa kepada tekanan mental dan emosi sehingga mendorong keganasan dan ketidakharmonian keluarga,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 71 peratus keganasan rumah tangga yang berterusan adalah disebabkan tekanan daripada masalah ekonomi dan ketagihan dadah serta sering menjejaskan kestabilan kehidupan kekeluargaan.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading