บาเจาะ (นราธิวาส): สมาชิกสภาผู้แทนราษฎรจังหวัดนราธิวาส (เขต 5) กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ ยืนยันว่าจะให้ความช่วยเหลือแก่ประชาชนที่ต้องการความช่วยเหลือต่อไปเพื่อลดความยากจน

เขตเลือกตั้งที่ 5 ของรัฐสภานราธิวาสครอบคลุม 3 อำเภอหลัก ได้แก่ อำเภอศรีสาคร; รือเสาะ; และบาเจาะ

เขาหรือที่รู้จักกันในชื่อแวยูแฮกล่าวว่า หนึ่งในโครงการที่ได้ดำเนินการไปแล้วคือโครงการสร้างและซ่อมแซมบ้านประชาชน ซึ่งดำเนินการร่วมกับรัฐบาลและสมาคมแห่งสถาบันพระปกเกล้า

“โครงการสร้างบ้านราษฎร เนื่องในโอกาสครบรอบ 230 ปี สถาบันพระปกเกล้า บ้านผู้ยากไร้จำนวน 230 หลัง ได้รับการบูรณะซ่อมแซมบางส่วน

“ก่อนหน้านี้ ฉันได้รับคำสั่งจากประธานรัฐสภาไทย วัน มูฮัมหมัด นอร์ มะทา ให้ค้นหาคนยากจนเพื่อเข้าร่วมโครงการสร้างบ้านนี้” เขากล่าวในพิธีมอบบ้านหลังใหม่ให้กับนางงือแย สาเมาะ ที่บ้านสุไหงบาตู วันนี้ (15 พฤศจิกายน 2568)

บ้านหนึ่งห้องมูลค่า 200,000 บาท (25,478 ริงกิต) ซึ่งสร้างขึ้นบนที่ดินของเขาเองได้ถูกส่งมอบโดย วัน มูฮัมหมัด นอร์ มะทา

นอกจากนี้ ประธานองค์การบริหารส่วนจังหวัดนราธิวาส นายกูเซ็ง ยาวอหะซัน นายอำเภอบาเจาะ นายมาหะมะยากี หะยีมะ เจ้าหน้าที่ระดับสูงของรัฐ และชาวบ้านกว่า 100 คน ร่วมในพิธีด้วย

ในพิธี วัน มูฮัมหมัด นอร์ มะทา ยังได้บริจาคตู้เย็นและเงินสดส่วนตัวให้กับเจ้าของบ้านอีกด้วย

แวยูแฮ กล่าวว่า โครงการนี้มีไว้เพื่อให้การสนับสนุนครอบครัวที่ด้อยโอกาสหรือผู้ที่ไม่มีบ้านที่เหมาะสมและปลอดภัย

“การมีส่วนร่วมของบ้านหลังนี้แสดงถึงความพยายามร่วมกันของทุกภาคส่วนทั้งภาครัฐและเอกชน องค์กรปกครองส่วนท้องถิ่น และประชาชนในพื้นที่

“ผมหวังว่าบ้านหลังนี้จะเป็นที่หลบภัย มีความสุข และเป็นจุดเริ่มต้นสำหรับชีวิตที่ดีขึ้น” แวยูแฮ กล่าว


BACHO (NARATHIWAT): Ahli Parlimen Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh memberi jaminan akan terus memberi bantuan kepada penduduk yang memerlukan dalam usaha mengurangkan kemiskinan.

Kawasan 5 Parlimen Narathiwat meliputi tiga daerah utama iaitu Daerah Sri Sakhon; Rueso; dan Bacho.

Beliau yang juga dikenali sebagai Wan Johan berkata, antara projek yang telah dilaksanakan ialah Program Bina dan Baik Pulih Rumah Rakyat yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan serta Institut Raja Prajadhipok.

“Program bina rumah rakyat ini dilaksanakan sempena ulang tahun ke-230 Institut Raja Prajadhipok. Sebanyak 230 rumah penduduk miskin dibina semula dan ada yang dibaik pulih.

“Sebelum ini saya menerima arahan daripada Speaker Parlimen Thailand, Wan Muhammad Noor Matha untuk mencari penduduk miskin bagi menyertai program bina rumah ini,” katanya pada majlis penyerahan rumah baharu kepada seorang penduduk Nguyai Samok, di Kampung Sungai Batu di sini, hari ini (15 November 2025).

Rumah satu bilik bernilai 200,000 baht (RM25,478) yang didirikan di atas tanah sendiri itu diserahkan sendiri Wan Muhammad Noor Matha.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Narathiwat, Kuseng Yawohasan, Pegawai Daerah Bacho, Muhamad Zaki Haji Mat, pegawai kanan kerajaan dan lebih 100 penduduk kampung.

Pada majlis itu, Wan Muhammad Noor Matha turut menyerahkan sumbangan peribadi peti sejuk dan wang tunai kepada pemilik rumah berkenaan.

Wan Johan berkata, program ini adalah untuk memberi sokongan kepada keluarga yang kurang bernasib baik atau mereka yang tidak memiliki rumah yang sesuai dan selamat.

“Sumbangan rumah ini mewakili usaha sama daripada semua sektor, termasuk awam dan swasta, organisasi pentadbiran tempatan, dan penduduk tempatan.

“Saya berharap rumah ini akan menjadi tempat perlindungan yang selamat, membahagiakan dan titik permulaan untuk kehidupan yang lebih baik,” kata Wan Johan.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading