SONGKHLA: Persatuan Alumni Universiti Malaysia di Thailand (MUAT) perlu menjadi jambatan bagi merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Thailand dalam pelbagai bidang.

Konsul General Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, rakyat Thailand yang merupakan bekas pelahar universiti di Malaysia wajar memperbanyakkan lagi kegiatan yang boleh mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Menurutnya, berdasarkan statistik, terdapat lebih 2,000 aumni khasnya di Selatan Thai yang tamat pengajian dari beberapa universiti di Malaysia.

“Majoriti mereka bekerja dalam pelbagai bidang dan sektor antaranya menjadi ahli akademik, penjawat awam, ahli politik tempatan dan nasional, peniaga dan lain-lain.

“Kita dapati majoriti mereka ini semuanya menjadi individu yang berjaya dalam bidang masing-masing. Jadi mereka ini berperanan sebagai duta kecil bagi merapatkan lagi hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

“Mereka boleh bercerita kepada orang lain pengalaman mereka semasa sedang mengikuti pengajian di Malaysia, mereka boleh cerita pelbagai kisah suka duka,” katanya sempena pertemuan Ahli Jawatankuasa MUAT dengan pihak Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla, semalam (19 September 2025).

MUAT ditubuhkan pada 10 Oktober 2015. Tahun ini genap usia MUAT sepuluh tahun dan telah dipimpin oleh tiga orang presiden. Persatatuan itu kini dipimpin Tuwaedaniya Meringing.

Ahmad Fahmi berkata, ahli persatuan MUAT juga boleh mempromosikan mutu pengajaran di Malaysia kepada pelajar lain di Thailand yang berminat melanjutkan pengajian di luar negara.

“MUAT boleh menjadi jambatan penghubung sosial dan ekonomim selain turut menyalurkan maklumat terkini kepada pihak konsulat atau pihak lain yang ingin menghulurkan bantuan kepada mereka yang ingin mencebuli bidang perniagaan dan pelaburan di Selatan Thai.

“Pihak konsulat Malaysia di Songkhla amat mengalu-alukan kehadiran persatuan ini dan kami ingin melihat MUAT dikembangkan lagi kerana kami percaya ramai rakyat Thailand yang telah mendapat pengajian di Malaysia tetapi belum lagi menjadi ahli .

“Kita ingin melihat lebih ramai lagi bekas pelajar universiti di Malaysia menyetai persatuan ini. Ahli MUAT boleh juga berbakti atau memberi sumbangan bagi untuk menjayakan pelbagai aktiviti.

“Kami menyokong sepenuh dengan semua kegiatan yang akan dilakukan oleh MUAT dan akan membantu apa yang mampu kami,” katanya lagi.

Sementara itu, Penasihat Kehormat MUAT, Dr Pechdao Tohmeena yang juga bekas wakil rakyat Pattani dari Parti Bhumjaithai berkata beliau akan memberi kerjasama dengan MUAT dan Konsulat Malaysia sekiranya sekali lagi dilantik sebagai penasihat Kementerian Pengajian Tinggi.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading