
NARATHIWAT: Seramai 1,291 graduan Universiti Rajanagarindra Narathiwat menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam satu istiadat konvokesyen penuh warna-warni di sini, semalam (15 September 2025).
Ijazah dan diploma disampaikan Puteri Maha Chakri Sirindhorn mewakili Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn.
Pada istiadat di Dewan Utama Chalermprakiat universiti berkenaan, seramai 608 graduan menerima ijazah sarjana muda; sarjana lanjutan (11); diploma profesion perguruan (27) dan diploma dalam bidang lain-lain (645).

Ia meibatkan Fakulti Perubatan; Fakulti Kejururawatan; Fakulti Sains Pengurusan; Fakulti Kejuruteraan; Fakulti Pertanian; Institut Pengajian Islam dan Arab; Fakulti Sains dan Teknologi; Fakulti Seni Liberal; Kolej Teknikal Narathiwat; Kolej Pertanian dan Teknologi Narathiwat; dan program Diploma Siswazah dalam Profesion Perguruan.
Universiti Rajanagarindra menawarkan 58 program, dibahagikan kepada 20 program ijazah sarjana muda, 29 program sarjana, dan sembilan program siswazah.
Terdapat 5,023 pelajar, 464 ahli fakulti, dan 720 kakitangan di universiti berkenaan.

Misi utama Universiti Rajanagarindra Narathiwat adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan akademik dan kemahiran profesional, menyediakan pendidikan vokasional di kedua-dua peringkat sarjana muda dan ijazah sarjana muda.
Selain itu universiti berkenaan juga turut mempromosi dan membangunkan rangkaian kerjasama pendidikan, penyelidikan, dan perkhidmatan dengan institusi dan agensi lain, di dalam dan di luar negara.
Universiti itu juga terus membangun dan mengembangkan pengetahuan dan mengaplikasikan ilmu untuk pembangunan negara dan wilayah jiran, selain menekankan penyelidikan, aplikasi dan integrasi kearifan tempatan dengan teknologi untuk membangunkan komuniti dan masyarakat menjadi kuat, aman dan mampan.
Hadir sama pada istiadat konvokesyen itu ialah Presiden Majlis Universiti Narathiwat Rajanagarindra, Profesor Dr Chongrak Plasai; Presiden Universiti Narathiwat Rajanagarindra, Profesor Dr Preecha Salamae dan kakitangan lain.












Leave a Reply