AHLI Parlimen Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh melahirkan kebimbangan berhubung jumlah penduduk menghadapi sindrom kemurungan (stress) yang semakin meningkat di wilayah Selatan Thai.

Menurutnya, daripada statistik yang diperolehnya terdapat sekurang-kurangnya 150,000 individu yang mengalami kemurungan dan penyakit mental lain sepanjang 2024 di Selatan Thai.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana tiga wilayah Selatan Thai iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani tiada Hospital Kesihatan Mental.

“Keadaan itu semakin membimbangkan berikutan peningkatan jumlah belia yang terlibat dengan dadah dan mengalami masalah perubahan melampau dari segi emosi serta psikologi,” katanya berucap di Parlimen Thailand hari ini (7 Ogos 2025).

Kamonsak yang lebih dikenali sebagai Wan Johan dalam kalangan penduduk Selatan Thai berkata, pada 7 Februari 2024, Jawatankuasa Strategi Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan meluluskan penubuhan sebuah Hospital Kesihatan Mental di Mukim Manang Ta Yo, Daerah Mueang, Narathiwat.

Katanya, terdapat satu kawasan seluas lebih 100 rai (16 hektar) milik Jabatan Perbendaharaan dicadang untuk pembinaan hospital berkenaan dengan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) bertindak sebagai penyelaras.

“Tetapi setakat ini, di mana tahun fiskal 2025 akan berakhir dan kita akan memasuki 2026, tidak ada kemajuan berkenaan pembinaan hospital itu,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand.

Beliau berpendapat projek itu mungkin terhalang oleh kekangan bajet yang berkaitan dengan pengukuran tanah.

Justeru, beliau memohon Yang Dipertua Dewan Rakyat, Wan Muhamad Noor Matha menghantar surat kepada Jabatan Kesihatan Mental dan Kementerian Kesihatan Awam bagi menyegerakan pembinaan hospital itu demi kebaikan rakyat.

Selain itu, Kamonsak juga membangkitkan isu masalah berulang yang dihadapi jemaah haji iaitu makanan, penginapan dan penjagaan yang berkesan ketika di Tanah Suci.

“Masalah yang sama berterusan setiap tahun, tetapi Jawatankuasa Promosi Haji tidak pernah menanganinya secara berkesan.

“Jawatankuasa perlu mengadakan pertemuan dengan pengendali haji supaya mereka belajar atau mencari penyelesaian,” katanya lagi.

Beliau mencadangkan jawatankuasa itu menyegerakan mesyuarat dengan pengendali haji bagi bertukar maklumat, menambah baik taraf perkhidmatan, dan mengelakkan masalah serupa berulang pada masa hadapan, terutama ketika pendaftaran haji pada 2026 dibuka.


สมาชิกสภาผู้แทนราษฎรนราธิวาส มีความกังวลจำนวนประชาชนที่เป็นโรคซึมเศร้า โรคเครียดใน3จังหวัด มีจำนวนเพิ่มขี้น

สมาชิกรัฐสภานราธิวาส(เขต 5), กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ แสดงความกังวลเกี่ยวกับประชากรของโรคความเครียดในจังหวัดภาคใต้

ตามที่เขาพูดจากสถิติที่เขาได้รับมีอย่างน้อย 150,000 คนที่ทุกข์ทรมานจากภาวะซึมเศร้าและความเจ็บป่วยทางจิตอื่น ๆ ในช่วงปี 2567 ในภาคใต้ของไทย

“นี่เป็นเรื่องที่น่ากังวลมากเพราะสามจังหวัดภาคใต้ของไทย นราธิวาส,ยะลาและ ปัตตานี ไม่มีโรงพยาบาลสุขภาพจิต

“ สถานการณ์น่าตกใจเนื่องจากการเพิ่มขึ้นของจำนวนเยาวชนที่เกี่ยวข้องกับยาเสพติดและความทุกข์ทรมานจากการเปลี่ยนแปลงทางอารมณ์และจิตใจ” เขากล่าวในรัฐสภาไทยในวันนี้ (7 สิงหาคม 2568)

กมลศักดิ์ ซึ่งเป็นที่รู้จักกันดีในชื่อ แวยูแฮ กล่าวว่าเมื่อวันที่ 7 กุมภาพันธ์ 2567 คณะกรรมการพัฒนาชายแดนภาคใต้ได้อนุมัติการจัดตั้งโรงพยาบาลสุขภาพจิตใน ต.มะนังตายอ อ.เมือง จ.นราธิวาส

เขากล่าวว่ามีพื้นที่มากกว่า 100 ไร่ (16 เฮกตาร์) ซึ่งเป็นเจ้าของโดยกระทรวงการคลังสำหรับการก่อสร้างโรงพยาบาลที่เกี่ยวข้องกับศูนย์บริหารภูมิภาคชายแดนใต้ (ศอ.บต.) ในฐานะผู้ประสานงาน

“ แต่จนถึงตอนนี้ที่ปีงบประมาณ 2568 จะสิ้นสุดลงและเราจะเข้าสู่งบประมาณปี 2569 ไม่มีความคืบหน้าในการก่อสร้างโรงพยาบาล” เขากล่าวซึ่งเป็นประธานของกฎหมายรัฐสภาไทยคณะกรรมการความยุติธรรมและสิทธิมนุษยชน

เขาคิดว่าโครงการอาจถูกขัดขวางโดยข้อ จำกัด ด้านงบประมาณที่เกี่ยวข้องกับการวัดที่ดิน

ดังนั้นเขาจึงขอให้ทางประธานสภาผู้แทนราษฎร วันมูฮำหมัดนอร์ มะทา ส่งจดหมายถึงกรมอนามัยและกระทรวงสาธารณสุขเพื่อเร่งการก่อสร้างโรงพยาบาลเพื่อประโยชน์ของประชาชน

นอกจากนี้ กมลศักดิ์ ยังยกประเด็นปัญหาที่เกิดขึ้นซ้ำ ๆ โดยผู้แสวงบุญที่ไปทำฮัจย์ นั่นคืออาหาร ที่พักและการดูแลที่มีประสิทธิภาพในขณะที่อยู่ในดินแดนอันศักดิ์สิทธิ์

“ปัญหาเดียวกันยังคงดำเนินต่อไปทุกปี แต่คณะกรรมการส่งเสริมการขายฮัจญ์ไม่เคยจัดการกับมันอย่างมีประสิทธิภาพ

“ คณะกรรมการจำเป็นต้องพบกับผู้ประกอบการฮัจย์เพื่อให้พวกเขาสามารถศึกษาหรือค้นหาวิธีแก้ปัญหาได้” เขากล่าวเสริม

เขาแนะนำว่าคณะกรรมการเร่งการประชุมกับผู้ให้บริการฮัจย์เพื่อแลกเปลี่ยนข้อมูลปรับปรุงสถานะการบริการและหลีกเลี่ยงปัญหาที่คล้ายกันในอนาคตโดยเฉพาะอย่างยิ่งเมื่อการลงทะเบียนแสวงบุญฮัจย์ที่ 2026 เปิด

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading