
KERAJAAN Thailand secara dasarnya bersetuju untuk mewujudkan satu kawasan khas yang dikenali sebagai ‘ASEAN Market’ di Selatan Thai, khususnya di Daerah Sungai Golok atau Daerah Waeng.
Kenyataan itu dibuat Menteri Kehakiman, Tawee Sodsong ketika mengadakan perbincangan tertutup beliau bersama dua ahli perniagaan dari Malaysia, Zulfika Suhaimi dan Nik Azim Nik Muhammad di Mukim Dusun Nyior, Daerah Chanae, Narathiwat, pada 24 Mei 2025 lalu.
Pertemuan itu turut dihadiri Ahli Parlimen Narathiwat (kawasan 5), Kamonsak Leewamoh atau Wan Johan, serta Presiden Pentadbiran Wilayah Narathiwat, Kuheng Yawohasan.

Menurut Thawee, ahli perniagaan Malaysia berminat untuk melabur sehingga 50 juta baht (hampir RM6.5 juta) untuk membuka ‘ASEAN Market’ seperti di Vietnam, bagi menjual pelbagai produk tepatan dari negara=negara ASEAN.
Pada rundingan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bertemu semula bagi membincangkan secara rasmi mengenai pelaburan dalam membuka ‘ASEAN Market’ pertama di Wilayah Narathiwat.
Ketetapan awal ialah setiap pihak mesti melabur kira-kira 30 juta hingga 50 juta baht atau RM3.9 juta hingga RM6.5 juta.
Menurut Thawee lagi ahli perniagaan Malaysia mahu mempunyai ‘ASEAN Market’ atau pusat pasaran produk ASEAN kerana kita berada dalam Komuniti ASEAN.
“Thailand belum mempunyai pasaran seperti ini, tetapi Vietnam akan mempunyai produk ASEAN untuk dijual, yang serupa dengan produk tempatan.
“Ahli perniagaan Malaysia ingin melabur dengan Thailand. Kita melihat Daerah Sungai Golok atau Daerah Waeng, kedua-duanya di Wilayah Narathiwat, kerana ia adalah daerah sempadan.
“Pada masa ini Narathiwat sahaja dikunjungi satu juta pelancong setiap tahun, baik dari Malaysia atau negara lain. Namun, pelancong kurang berbelanja, jadi mereka perlu mencari pasaran untuk membelanjakan lebih banyak wang.
“Oleh itu, perlu ada pasaran untuk menjual produk ASEAN, yang merupakan satu idea yang telah dicadangkan, dan kerajaan sendiri bersetuju,” kata Thawee.
Thawee menyatakan bahawa wilayah sempadan selatan mesti dibangunkan, terutama melibatkan sektor ekonomi, seiring dengan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ menghubungkan Daerah Sungai Golok dan Rantau Panjang , Kelantan.
“Jika ahli perniagaan mengemukakan idea mereka sendiri dan penduduk tempatan menyertainya. Kerajaan bersedia untuk menyokong.
“Bagi lokasi… kita ada bangunan terbiar yang boleh dipulihkan semula. Kita telah pun berbincang dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia, dan mereka mempunyai idea bahawa ia mesti dirobohkan kerana ia tidak boleh digunakan lagi, terutamanya struktur bangunan.
“Jika beberapa bahagian hendak digunakan, kita perlu pertimbangkannya. Kita perlu memilih kawasan mana yang lebih baik, sama ada Daerah Sungai Golok atau Waeng,” katanya.
Untuk rekod terdapat satu projek terbengkalai di Sungai Golok yang telah dibina pada Oktober 2005, tetapi telah dihentikan. Projek itu bernilai sehingga 210 juta baht.

ประเทศไทยบนพื้นฐานของการตกลงที่จะมี ‘ตลาดอาเซียน’ ใน จ.นราธิวาส: รัฐมนตรี
รัฐบาลไทยตกลงที่จะจัดตั้งพื้นที่พิเศษที่เรียกว่าตลาดอาเซียนในภาคใต้ของไทยโดยเฉพาะในเขต อ.สุไหงโกลก หรือเขต อ.แว้
คำแถลงดังกล่าวเกิดขึ้นโดยรัฐมนตรีว่าการกระทรวงยุติธรรม ทวี สอดส่อง ในระหว่างการพูดคุยกับนักธุรกิจสองคนจากมาเลเซีย Zulfika Suhaimi และ Nik Azim Nik Muhammad ที่ อบต.ดุซงญอ อ.จะแนะ จ.นราธิวาส เมื่อวันที่ 24 พฤษภาคม 2025
จากข้อมูลของ ทวี นักธุรกิจชาวมาเลเซียมีความสนใจในการลงทุนสูงถึง 50 ล้านบาท (เกือบ 6.5 ล้านริงกิต) เพื่อเปิดตลาดอาเซียน ‘เช่นที่เวียดนามเพื่อขายผลิตภัณฑ์ต่าง ๆ จากประเทศอาเซียน
การประชุมได้เข้าร่วมโดยสมาชิกสภาผู้แทนราษฎร(พื้นที่ 5), ลีวาเมาะ หรือ แวยูแฮ และ ที่ปรึกษากระทรวงยุติธรรม กูเฮง ยาวอฮาซัน
จากข้อมูลของ ทวี สอดส่อง นักธุรกิจชาวมาเลเซียต้องการมี ‘ตลาดอาเซียน’ หรือศูนย์ตลาดผลิตภัณฑ์อาเซียนเนื่องจากเราอยู่ในชุมชนอาเซียน ประเทศไทยไม่มีตลาดเช่นนี้ แต่เวียดนามจะมีผลิตภัณฑ์อาเซียนขายคล้ายกับผลิตภัณฑ์ในท้องถิ่น
“นักธุรกิจชาวมาเลเซียต้องการลงทุนกับประเทศไทย เพราะเราเห็นว่า เขต สุไหงโกลก หรือเขตแว้ง ทั้งในจังหวัดนราธิวาส เนื่องจากเป็นพื้นที่ชายแดน
“ปัจจุบันนราธิวาส มีนักท่องเที่ยวหนึ่งล้านคนทุกปี ไม่ว่าจะมาจากมาเลเซียหรือประเทศอื่น ๆ อย่างไรก็ตามนักท่องเที่ยวใช้จ่ายน้อยลง ดังนั้นพวกเขาจึงต้องหาตลาดเพื่อใช้จ่ายเงินมากขึ้น
“ดังนั้นจะต้องมีตลาดที่ขายผลิตภัณฑ์อาเซียนซึ่งเป็นแนวคิดที่เสนอและรัฐบาลตกลงกัน” ทวี สอดส่อง กล่าว
ทวี กล่าวว่าพื้นที่ชายแดนภาคใต้จะต้องได้รับการพัฒนาโดยเฉพาะอย่างยิ่งที่เกี่ยวข้องกับภาคเศรษฐกิจซึ่งสอดคล้องกับการก่อสร้าง ‘สะพานมิตรภาพ’ ที่เชื่อมโยง สุไหงโกลก และรันเตาปันยัง รัฐกลันตัน
“หากนักธุรกิจมาพร้อมกับแนวคิดของตัวเองและชาวบ้านมีผลิตภัณฑ์ในท้องถิ่นเข้าร่วมกับพวกเขา รัฐบาลก็พร้อมที่จะให้การสนับสนุน
“สำหรับที่สถานที่ … เรามีอาคารที่ถูกทิ้งร้างที่สามารถฟื้นฟูได้เราได้พูดคุยกับกระทรวงการพัฒนาสังคมและความปลอดภัยของมนุษย์แล้ว และพวกเขามีความคิดที่ว่า ส่วนไหนที่ใช้งานไม่ได้ ก็ต้องรื้อออก เพราะไม่สามารถใช้งานได้อีกต่อไปโดยเฉพาะโครงสร้างอาคาร
“ หากบางส่วนต้องการใช้มันเราต้องพิจารณา เราต้องเลือกพื้นที่ใดดีกว่าไม่ว่าจะเป็นเขต สุไหงโกลกหรือแว้ง” เขากล่าว
สำหรับบันทึกมีโครงการที่ถูกทิ้งร้างในสุไหงโกลก ที่สร้างขึ้นในเดือนตุลาคม 2548 แต่หยุดลง โครงการมีมูลค่าสูงถึง 210 ล้านบาท





Leave a Reply