NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand mengingatkan semua pelancong asing yang merancang ke negara itu bahawa mereka perlu mengisi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) sekurang-kurangnya tiga hari sebelum melakukan perjalanan, bermula pada 28 April untuk ketibaan pada 1 Mei 2025.

Permohonan mudah itu, menggantikan borang kertas TM6 tradisional, dan boleh dilengkapkan di laman web TDAC, kata timbalan jurucakap kerajaan Anukool Pruksanusak.

Aplikasi mudah alih TDAC untuk pengguna Android dan iOS dijangka siap tidak lama lagi.

TDAC akan menggantikan borang TM6, yang perlu diisi oleh semua pelawat. Penggunaan kad TM6 telah digantung sejak tahun lalu, katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, semua pelancong asing mesti memasukkan butiran peribadi, maklumat pasport, jadual perjalanan, penginapan dan status kesihatan.

Thailand memansuhkan penggunaan Borang TM6.

Katanya, sebaik mengisi borang TDAC, pengembara akan menerima e-mel pengesahan untuk dikemukakan bersama dokumen perjalanan ketika tiba pintu sempadan di Thailand.

“TDAC bukan visa tetapi borang kemasukan digital yang bertujuan meningkatkan kemudahan dan pematuhan dengan piawaian antarabangsa. Ia terpakai untuk semua laluan masuk iaitu darat, laut dan udara,” kata Anukool lagi.

Arahan tersedia dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Cina, Korea, Russia dan Jepun. Pihak berkuasa imigresen sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan, termasuk sistem E-Visa, pemeriksaan kesihatan awam dan platform bayaran pelancongan, untuk menyelaraskan ketibaan.

Beliau juga mengingatkan sekiranya pengembara ingin tinggal melebihi 90 hari, mereka perlu memaklumkan secara bertulis kepada pegawai imigresen terdekat secepat mungkin selepas tamat 90 hari.

Untuk rekod, Malaysia telah mula melaksanakan MDAC sejak 1 Januari 2024.

Borang TDAC boleh diisi dengan melayari laman sesawang https://tdac.immigration.go.th/manual/en/index.html

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading