
NARATHIWAT: Ahli Parlimen Narathiwat (Kawasan 5), Kamonsak Leewamoh, kekal dengan pendirian menolak sebarang rancangan ‘menghalalkan’ pembukaan pusat perjudian atau kasino di Thailand.
Beliau adalah Ahli Parlimen daripada Parti Prachachat yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Selatan Thai kerana ketegasannya menentang sesuatu amalan tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Bukan sahaja saya menentang pembukaan pusat perjudian di wilayah Selatan Thai yang majoritinya umat Islam.
“Tapi saya menolak pembukaan kasino di seluruh Thailand… bukan di selatan saja… seluruh Thailand… kerana tidak memberi manfaat,” katanya kepada apakhabartv.com hari ini (21 April 2025).
Beliau diminta mengulas rancangan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, untuk memberi kebenaran kepada pihak tertentu membuka pusat perjudian secara sah.
Sebelum ini, Kabinet Paetongtarn meluluskan Rang Undang-Undang Kompleks Pusat Hiburan dan Kasino dan berusaha membawanya untuk kelulusan Parlimen.
Bagaimanapun, kerajaan Thailand memutuskan untuk menangguhkan membentangkan kepada Parlimen pada sesi sebelum ini dan bercadang membawanya pada Sidang Parlimen bermula 2 Julai depan.
Nasib rang undang-undang kompleks kasino-hiburan bergantung pada keseimbangan selepas kerajaan pimpinan Pheu Thai berundur daripada usahanya untuk menolak rang undang-undang itu melalui parlimen secara tergesa-gesa berikutan tentangan kuat daripada pelbagai sektor.
Kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan rang undang-undang kompleks kasino-hiburan sehingga sesi parlimen akan datang, yang akan bermula pada 2 Julai.
Pemerhati percaya rang undang-undang itu akan berdepan halangan besar dan tidak mungkin meluluskan Parlimen, terutamanya selepas Setiausaha Agung Parti Phumjaithai, Chaichanok Chidchob – parti gabungan kerajaan – menentang rang undang-undang berkenaan.
Mengulas lanjut, Kamonsak yang lebih dikenali sebagai Wan Johan berkata: “Saya tidak akan sekali-kali menyokong pembukaan kasino.”
“Pendirian ini juga menunjukkan walaupun kami (parti Prachachat) berada di dalam kerajaan… kami juga menentang apa sahaja aktiviti tidak sihat dan memberi kesan negatif kepada masyarakat.”
Diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak mengatakan Prachachat adalah parti kecil yang tidak mempu melakukan apa-apa walaupun berada di dalam kerajaan, Wan Johan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand berkata:
“Walaupun kami (Parti Prachachart) kecil… kami sekarang dalam kerajaan… dan kami juga mengkaji undang-undang yang tidak selaras dengan syariat Islam, serta yang berkaitan dengan orang Melayu.
“Contohnya, undang-undang perkahwinan sejenis yang diluluskan Parlimen. Kami lawan dan pastikan undang-undang itu tidak terpakai ke atas umat Islam di empat wilayah iaitu Satun, Yala, Pattani dan Narathiwat.”

ผมจะไม่สนับสนุนการเปิดคาสิโนในประเทศไทย แวยูแฮ กล่าว
นราธิวาส: สมาชิกวุฒิสภาจังหวัดนราธิวาส (เขต 5), กมลศักดิ์ ลีวาเมาะ ยังคงปฏิเสธแผนการใด ๆ ของ ‘การทำให้ถูกกฎหมาย’ การเปิดศูนย์การพนันหรือคาสิโนในประเทศไทย
เขาเป็นสมาชิกรัฐสภาของพรรค ประชาชาติซึ่งได้รับความนิยมในหมู่ชุมชนชาวมลายูภาคใต้ของไทย สำหรับความแน่วแน่ของเขาต่อการปฏิบัติที่ไม่ดีและตรงกันข้ามกับคำสอนของอิสลาม
“ไม่เพียง แต่ผมจะต่อต้านการเปิดศูนย์การพนันในจังหวัดชายแดนใต้ซึ่งมีชาวมุสลิมเป็นส่วนใหญ่
“แต่ผมปฏิเสธการเปิดคาสิโนทั่วประเทศไทย … ไม่ใช่แค่ทางใต้ … ทั่วประเทศไทย … เพราะไม่เป็นประโยชน์” เขาบอก apakhabartv.com วันนี้ (21 เมษายน 2025)
เขาถูกขอให้แสดงความคิดเห็นเกี่ยวกับแผนการของรัฐบาลนายกรัฐมนตรี แพทองธาร ชินวัตร เพื่ออนุญาตให้บางฝ่ายเปิดศูนย์การพนัน(กาสิโน)
ก่อนหน้านี้คณะรัฐมนตรี แพทองธาร ได้อนุมัติ ศูนย์ความบันเทิงและคอมเพล็กซ์คาสิโนและพยายามที่จะนำมันไปสู่การอนุมัติรัฐสภา
อย่างไรก็ตามรัฐบาลไทยตัดสินใจที่จะเลื่อนนำเสนอต่อรัฐสภาในไตรมาสก่อนหน้าและวางแผนที่จะนำไปสู่การประชุมรัฐสภาวันที่ 2 กรกฎาคมนี้
ชะตากรรมของการ ร่างกฏหมาย ของบประมาณสร้างคาสิโนหรือศูนย์ความบันเทิงครบวงจรขึ้นอยู่กับความสมดุลของเสียงสมาชิกรัฐสภาหลังจากรัฐบาลที่นำโดยพรรคเพื่อไทยได้ถอยออกจากความพยายามของเขาที่จะยังไม่เสนอผ่านรัฐสภาอย่างรวดเร็วหลังจากการต่อต้านที่แข็งแกร่งจากภาคต่างๆ
รัฐบาลได้ตัดสินใจที่จะเลื่อนการของบประมาณสร้างคอมเพล็กซ์คาสิโน-ความบันเทิงจนกว่าการประชุมรัฐสภาที่จะเกิดขึ้นซึ่งจะเริ่มในวันที่ 2 กรกฎาคม
ผู้สังเกตการณ์เชื่อว่าการร่างกฏหมายนี้จะเผชิญกับอุปสรรคสำคัญและเป็นไปไม่ได้ที่จะผ่านรัฐสภาโดยเฉพาะอย่างยิ่งหลังจากเลขาธิการพรรคภูมิใจไทย ไชยชนก ชิดชอบ ซึ่งเป็นพรรคพันธมิตรของรัฐบาล ต่อต้านกฏหมายนี้
แสดงความคิดเห็นเพิ่มเติม กมลศักดิ์ หรือที่รู้จักกันดีในชื่อ แวยูแฮ กล่าวว่า: “ผมจะไม่สนับสนุนการเปิดคาสิโน”
“จุดยืนนี้ยังแสดงให้เห็นว่าแม้ว่าเรา (พรรคประชาชาติ) อยู่ในรัฐบาล … เรายังต่อต้านกิจกรรมที่ไม่ดีต่อสุขภาพและส่งผลเสียต่อชุมชน”
ขอให้แสดงความคิดเห็นเกี่ยวกับการอ้างสิทธิ์บางอย่างว่า ประชาชาติ เป็นพรรคเล็ก ๆ ที่ไม่สามารถทำอะไรได้เลย แม้จะอยู่ร่วมรัฐบาล แวยูแฮ ซึ่งเป็นประธานของกฎหมายรัฐสภาไทยคณะกรรมการความยุติธรรมและสิทธิมนุษยชนกล่าวว่า:
“แม้ว่าเรา (พรรคประชาชาติ) มีขนาดเล็ก … ตอนนี้เราอยู่ในรัฐบาล … และเรายังศึกษากฎหมายที่ไม่สอดคล้องกับกฎหมายอิสลามเช่นเดียวกับที่เกี่ยวข้องกับชาวมลายู
“ตัวอย่างเช่นกฎหมายการแต่งงานเพศเดียวกันของรัฐสภาถูกส่งผ่านโดยรัฐสภาเราไม่เห็นด้วยและตรวจสอบให้แน่ใจว่ากฎหมายไม่ได้ใช้กับชาวมุสลิมในสี่ดินแดนคือ สตูล, ยะลา, ปัตตานี และ นราธิวาส”






Leave a Reply