NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak, termasuk tiga pelajar tahfiz, cedera dalam satu letupan bom yang menggegarkan kawasan pelancongan utama di Wilayah Narathiwat – Ban Thon – malam ini (20 April 2025).

Pasa masa hampir sama, lima penduduk kampung cedera diserang sekumpulan individu tidak dikenali menggunakan senjata api di sebuah kampung di Daerah Waeng, juga di Wilayah Narathiwat.

Dalam kejadian pertama, bom dikatakan seberat 50 kilogram diletakkan di tepi tembok flat Balai Polis Khok Khian di Daerah Mueang (bandar Narathiwat). Lebih tepat ianya adalah kawasan pelancongan yang turut menjadi tumpuan rakyat Malaysia iaitu Pantai Ban Thon.

Pelajar tahfiz cedera dalam letupan bom di belakang Balai Polis Khok Khian, hari ini (20 April 2025).

Jurucakap polis daerah berkata, tembok berkenaan terletak di bahagian belakang Balai Polis Khok Khian dan letupan berlaku kira-kira jam 6.50 petang iaitu selepas waktu Maghrib.

“Kebetulan tiga pelajar tahfiz menunggang motosikal melalui kawasan itu ketika letupan berlaku. Mereka dalam perjalanan untuk mengikuti kelas hafalan al-Quran di sekolah berhampiran.

“Seorang anggota polis yang bertugas di belakang flat berkenaan juga cedera,” katanya.

Selain itu, tiga lagi kanak-kanak – paling muda berusia tujuh tahun – yang berada tidak jauh dari tempat letupan, turut cedera. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Rajanagarindra Narathiwat untuk rawatan lanjut.

Apa Khabar TV tidak dapat memastikan pihak mana yang meletakkan bom berkenaan.

Kekuatan letupan bom itu bukan sahaja merobohkan tembok berkenaan, tetapi turut merosakkan beberapa kenderaan milik anggota polis dan keluarga mereka, selain flat itu sendiri.

Kenderaan turut rosak.

Difahamkan, kekuatan letupan itu turut didengari oleh penduduk sekitar tujuh kilometer.

Pihak berkuasa dilaporkan telah mengepung kawasan berkenaan bagi memudahkan bahagian forensik dan pasukan pemusnah bom menjalankan siasatan.

Sementara itu, kira-kira jam 7 malam pula, sekumpulan individu dikatakan melepaskan tembakan ke arah penduduk yang sedang berbual di Ban Kholae Tuwo (Kampung Nombor 7), Daerah Waeng, juga di Wilayah Narathiwat.

Lima penduduk kampung cedera diserang sekumpulan individu di Daerah Waeng, Narathiwat malam tadi (20 April 2025).

Serangan itu menyebabkan lima penduduk kampung cedera. Mereka ialah:

  1. Winai Chom-Amphai, 44;
  2. Thawatchai Thipparat, 43;
  3. Prakit Kongprasit, 39;
  4. Pradit Phothisut, 56; dan
  5. Wirach Chanthong, 40.

Siasatan mendapati sebelum kejadian, kumpulan penyerang yang tidak dikenali menggunakan senjata api tentera untuk menembak penduduk kampung yang sedang makan di hadapan rumah mereka.

Pihak berkuasa kini menutup kawasan berkenaan sementara menunggu unit berkaitan memeriksa semula kawasan itu secara menyeluruh pagi esok (21 April 2015).

Punca kejadian masih disiasat bagi menentukan sama ada ia konflik peribadi atau berkaitan dengan pergolakan di kawasan itu.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading