NARATHIWAT: “Itu adalah salah faham keluarga… saya tidak berkata (cerita) demikian atau perkara yang pelik-pelik ketika bertemu keluarga baru-baru ini.”

Demikian kata Eda Ezrin, penyanyi dikir barat wanita asal Kelantan yang kini ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, kepada apakhabartv.com semalam (8 April 2025).

Penyanyi dengan nama asal Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, itu diminta mengulas kononnya dia ada memberitahu keluarganya berkaitan makanan yang dihidangkan kepadanya di dalam penjara baru-baru ini.

Menurut maklumat yang diterima apakhabartv.com daripada pihak tertentu di Kelantan, keluarga penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Bae Soba Bae’ itu dikatakan memberitahu wakil sebuah kumpulan media utama, kononnya Eda Ezrin hanya diberi makan nasi berkuah dan ikan goreng yang hanya tinggal tulang seolah-olah sisa makanan orang lain.

Eda Ezrindidakwa kononnya memberitahu hal sedemikian kepada keluarganya ketika pertemuan Ahad lalu (6 April 2025) di penjara Narathiwat.

Keluarga Eda Ezrin didakwa sedih apabila diberitahu perkara demikian.

“Saya tak cakap begitu… itu salah faham… salah faham,” katanya berulang kali ketika bercakap menerusi telefon dari bilik kawalan Zon 8 (penjara wanita) dan pejabat Ketua Pengarah Penjara Narathiwat, Komander Surin Chanthep.

“Eda kata gini (kepada keluarga)… kalau tak boleh makan nasi hak dia (penjara) bagi… Eda beli makanan yang djual.

“(Eda) tak cakap yang pelik-pelik… keluarga selalu bagi duit (nntuk digunakan, termasuk membeli makanan)… cuma Ahad lalu tak sempat (bagi duit) sebab… dah lewat… pejabat yang urus duit dah tutup.

“Keluarga datang lewat… dah petang… walaupun dapat jumpa tapi untuk masukkan duit melalui pejabat (penjara) tak sempat… pejabat dah tutup,” katanya lagi.

Sebahagian daripada rakaman temu bual apakhabartv.com dengan Eda Ezrin pada 8 April 2025 di Penjara Pusat Narathiwat.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading