Buku “Coffee Table” PETRONAS yang diterbitkan bersempena sambutan ulang tahun 50 tahun syarikat gergasi minyak negara memenangi Anugerah Khas Buku Negara dari Yayasan Pembangunan Buku Negara pada 24hb Februari, 2025.

Anugerah kategori Buku Mewah ini disampaikan oleh Yang diPertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di dalam majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik PETRONAS, Siti Azlina Abdul Latif dan Pengurus Besar M Fazli Ibrahim menerima trofi dan sijil bagi pihak syarikat.

Buku berjudul Continuing A Legacy Together For The Future yang diterbitkan hasil kerjasama dengan Thinking Eyes Solution turut menampilkan lukisan karikatur Seniman Negara Datuk Lat.

Thinking Eyes ialah sebuah syarikat konsultan media yang menawarkan khidmat editorial. Bersama penulis Badrolhisham Bidin, Lokman Mansor, P. Selvarani, dan Datuk Badrulhisham Othman serta jurugambar dan pereka bentuk Bazuki Mohamed, pasukan yang turut dianggotai kakitangan PETRONAS ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk merancang dan menemubual lebih kurang 60 orang individu yang kehidupan mereka terkesan dengan penubuhan PETRONAS pada tahun 1974.

Turut membantu ialah dua orang penulis dari Sabah, Pamela Fletcher dan Melissa Leong.

Proses termasuk menulis, kerja-kerja edit dan percetakan turut dikendalikan oleh Thinking Eyes.

Buku setebal 400 muka surat ini diedarkan kepada semua kakitangan PETRONAS dan dijual kepada umum pada harga RM149.90 senaskhah.

Di majlis sama, Tun Mohd Ali turut melancarkan sebuah buku bertajuk “Pesan Hulubalang: Membongkar Rahsia Falsafah Kepahlawanan Melayu Generasi Kini”.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading