SELATAN THAI: Dua anggota polis terbunuh dalam satu serangan oleh pihak tidak dikenali ketika mereka melakukan rondaan keselamatan di Daerah Yarang, Pattani, malam tadi (19 Februari 2025).

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.25 malam tadi ketika dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Yarang menaiki sebuah motosikal melakukan pemeriksaan di sebatang lorong di belakang sebuah pusat pemeriksaan di kampung 3, Yarang.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit selepas menerima aduan penduduk kampung berhubung kegiatan dadah.

Ketika melalui tempat kejadian kedua-duanya diserang hendap beberapa individu tidak dikenali dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penduduk memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa mereka terdengar lima hingga 10 das tembakan.

Dua mangsa terbabit dikenali sebagai Sarjan Polis Decha Kiewkaew, 35, dan Sarjan Polis Songchai Chanthraphap, 23.

Dua anggota polis maut ditembak di Yarang, attani, malam tadi (19 Februari 2025).

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak pasti pihak mana yang terlibat dalam kejadian itu, sama ada kumpulan pejuang bersenjata, sindiket dadah atau berpunca daripada masalah peribadi.

Bagaimanapun, beberapa pihak menganggap kejadian seperti itu adalah ancaman kepada kakitangan kerajaan, terutama masyarakat Melayu yang bekerja dengan kerajaan Thai.

Sebelum ini, masyarakat Melayu di Selatan Thai, terutama mereka yang bekerja sebagai anggota pasukan keselamatan menerima ancaman yang disebarkan dengan kain rentang yang digantung di beberapa jalan utama serta tulisan menggunakan cat di atas jalan.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading