HAT YAI: Ribuan penduduk tempatan dan pelancong asing memenuhi Taman Perbandaran Hat Yai di sini malam tadi (14 Februari 2025) bagi menyaksikan persembahan bunga api muzikal sempena acara ‘Wonderful Of Love’ dan meraikan Hari Valentine.

Acara dengan tema ‘Wonderful Of Love – Valentine’s Day Under Fireworks’ bermula semalam dan hari ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Pelancongan dan Sukan Wilayah Songkhla dan Majlis Perbandaran Hat Yai, bermula jam 7.30 malam tadi.

Acara itu dirasmikan Timbalan Gabenor Wilayah Songkhla, Sangkom Kertkho.

Dalam ucapannya beliau berkata, penganjuran acara seperti itu membantu menggalakkan ekonomi dan pelancongan wilayah berkenaan supaya terus berkembang dan mendorong Songkhla menjadi bandar raya yang boleh menarik pelancong sepanjang tahun, terutama dari negara jiran.

Acara “Wonderful Of Love” menarik minat warga Thailand dan pelancong asing, terutamanya rakyat Malaysia yang gemar melancong ketika musim perayaan penting.

Ini adalah satu lagi langkah penting dalam membangunkan dan mempromosikan industri pelancongan Wilayah Songkhla dan menjadi salah satu destinasi yang mesti dikunjungi.

Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti ketika acara berkenaan berlangsung, seperti pendaftaran perkahwinan di kereta kabel “Love in the Sky”, perarakan karnival, dan konsert oleh artis terkenal seperti Mean, Fierce, dan B Peerapat.

Kemuncak acara itu ialah pertunjukan bunga api yang menakjubkan diiringi muzik, yang diadakan dua kali sehari pada jam 7.30 malam dan 9 malam.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading