Di hadapan seorang model berpakaian lengkap ala Ibu Soko (seorang wanita yang berpengetahuan tentang adat pepatih Negri Sembilan), pelukis terkenal TC Liew membimbing peserta woksyop melukis di Muzium Negeri Sembilan pada 21hb Januari 2025.
Woksyop bersempena Pameran Detik-detik Nostalgia Kuala Pilah ini disertai oleh ahli Persatuan Seni Negeri Sembilan yang kagum dengan kebolehan Liew melukis potret wanita tersebut dan juga pemimpin negara.
Bercakap kepada apakhabartv.com selepas sesi tiga jam itu, Liew yang juga pensyarah kanan Saito University College berkata beliau menunjukkan teknik-teknik melukis kepada para peserta.

“Mereka juga berbakat. Yang diperlukan ialah mengasah bakat mereka,” kata beliau yang fasih berbahasa Melayu.
Sesi yang dijalankan secara interaktif adalah acara tahunan PELUKIS bersama pihak muzium negeri dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta.
Di akhir acara, setiap peserta diberi peluang membuat ucapan Tahun Baharu Cina di dalam bentuk kaligrafi.





Leave a Reply