Oleh Azad Jasmi

Percutian kita di sini penuh seni
Seni memberi, merasa mencari ikut hati
Seni halus sampai tiada peduli
Seni godaan sampai banyak terkena geriji
Seni merombak hati
Seni iri
Seni riak ujub diri
Seni nikmat yang jauh dan dekat
Seni hasrat yang berlumba untuk dapat

Ramai rasa tergoda di sini
Ramai terpersona dengan itinerari
Ramai taksub dengan apa yang dicari
Ramai hendak teruskan bercuti
Ramai sampai ada lupa diri
Ramai “Checked-in” di hotel percutian ini
Ramai rasa tak ingin pulang lagi

Tetamu rasa tiada “check-out” masa
Tetamu lupa tiada hotel beri duduk sesuka saja
Tetamu lupa bayaran pasti ada
Tetamu buat ikut suka apa dia rasa
Tetamu lupa Qiblat Yang Esa
Tetamu ingin duduk sampai bila-bila

Elok kita lihat semula
Pandang balik amalan kita
Jangan riak bila beragama
Entah ditolak entah diterima
Kita tiada kuasa berbicara
Kita hanya hambaNya
Ada nyanyian anak kita
Dunia hanya sementara
Akhirat dunia abadi kita
Namun kita lupa dan alpa
Kita ingat liriknya saja
Kita lupa hakikat di sebaliknya

Kita rasa masa panjang di sini
Kita tengok rencam pelbagai adu domba di dunia
Kita rasa masa kita belum tiba
Kita lupa ada kelapa jatuh awal usianya
Kita lupa masa kita sudah ada ditanganNya
Kita lupa mungkin esok atau lusa, atau sekejap lagi saja
Kita lupa penyakit dan kemalangan itu hanya punca musababnya

Perihal dunia Adat kita
Setiap kematian perlu ada kisahnya
Tapi kita lupa
Firman “Kun Fa Ya Kun” milikNya
“Jadilah Maka Jadilah Ia”
Ayat Al Baqarah Seratus Tujuh Belas Firmannya:
Ya Allah aku mohon ampun untuk diri dan keluarga
Ya Allah aku mohon ampun untuk ibu bapa dan mentua
Ya Allah aku mohon ampun untuk adik, abang dan kakak semuanya
Ya Allah aku mohon ampun untuk sepupu, pak cik dan mak cik pastinya
Ya Allah aku mohon ampun untuk sahabat semua
Ya Allah aku mohon ampun bagi aku buat mereka terasa
Ya Allah aku mohon ampun bagi yang pernah jumpa
Ya Allah aku mohon ampun agar kita damai di sana

Walaupun kita belum tahu
Masa kita entah bila
Sebelum percutian berakhir masa
Tidak tahu bila
Esok atau lusa
Elok kita bertaubat Nasuha
Pada Dia
Semoga ada kejayaan kita di SyurgaNya.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading