Tujuh wanita adalah antara 31 rakyat Malaysia kini dipenjarakan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand, dengan semuanya melibatkan kes memiliki dan menyalahgunakan dadah.

Kebanyakan daripada banduan dan tahanan itu ditangkap dalam operasi Bahagian Narkotik Polis Wilayah Narathiwat di Sungai Golok, bandar yang bersempadan dengan Rantau Panjang, Kelantan.

Isu penjara di Thailand mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak awal bulan lalu, apabila seorang penyanyi wanita terkenal Kelantan ditangkap bersama suami dan empat rakannya di dalam sebuah bilik hotel di Sungai Golok.

Dalam serbuan awal pagi 1 November lalu, polis turut menemukan lebih 6,000 biji dadah jenis yaba atau pil kuda, dalam bilik berkenaan. Ujian air kencing juga mendapati semua mereka positif dadah.

Mereka kemudian diawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Golok untuk disoal siasat dan kemudian dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat di bandar Narathiwat yang jaraknya kira-kira 33 kilometer dari Sungai Golok.

Mahkamah kemudian membenarkan polis menahan reman semua mereka selama 84 hari. Selepas itu mereka terus dihantar ke Penjara Pusat Narathiwat sebagai orang tahanan.

Susulan itu, pelbagai pendapat diberikan oleh pengguna media sosial, khususnya dari Malaysia, berkenaan keadaan penjara di Thailand, yang secara keseluruhannya dikatakan amat teruk, sempit dan kotor.

Apa Khabar TV menjadi media Malaysia pertama diberi kebenaran khas untuk masuk dan melihat sendiri keadaan di dalam Penjara Pusat Narathiwat yang menempatkan 2,777 banduan dan tahanan, termasuk rakyat Malaysia terbabit.

Baca laporan DI SINI

Kami juga diberi peluang bertemu dan berbual dengan banduan, termasuk seorang gadis berasal dari Tumpat, Kelantan, yang berusia 25 tahun.

Sheera, 25 tahun, berasal dari Tumpat, Kelantan, kini menjalani hukuman 10 tahun enam bulan di Penjara Pusat Narathiwat, setelah mengaku memiliki dadah ketika ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok pada 2022.

Sheera (bukan nama sebenar) ditangkap bersama teman lelakinya di sebuah hotel di Sungai Golok pada 2022.

“Polis menjumpai lebih kurang 4,000 biji pil kuda di dalam beg saya… bukan milik saya… dadah itu milik teman lelaki saya… tapi dijumpai dalam beg saya.

“Kami dibawa ke balai polis untuk soal siasat dan kemudian dihadapkan ke mahkamah.

“Saya dan teman lelaki membuat keputusan untuk mengaku memiliki dadah berkenaan… Kami dijatuhi hukuman penjara 10 tahun enam bulan,” katanya sambil kesal terlibat dengan kes seperti itu.

Ditanya kenapa dia dan teman lelakinya membuat pengakuan itu, Sheera berkata adalah lebih baik dia mengaku daripada menafikannya.

“Kalau tak mengaku kes akan terus berjalan … dibicarakan di mahkamah… hakim sukar membuat keputusan dan saya akan tinggal di penjara lebih lama lagi… bila hukuman dijatuhkan maka tempoh tinggal di dalam penjara menjadi lebih lama.

“Bila mengaku senang hakim buat keputusan… lagi pun polis sudah ada bukti lengkap… jadi hukumannya 10 tahun enam bulan… kalau tak mengaku lagi lama duduk dalam penjara,” katanya sambil menjelaskan ibu bapa dan saudara maranya akan datang melawat dua bulan sekali.

Ditanya keadaan di dalam penjara, Sheera berkata:

“Lebih baik berada di luar daripada di dalam penjara. Namun, tidak lah seperti diperkatakan kebanyakan orang bahawa keadaan di dalam penjara Thailand teruk.

“Banduan dan tahanan di Penjara Pusat Narathiwat dilayan dengan baik… bagi banduan Islam… kami dibenar beribadat seperti biasa… solat… puasa… macam biasa.

“Makanan juga halal, berzat… manakala bilik tidur juga tidak sempit seperti dikatakan… selesa buat banduan… namun lebih selesa di luar sana,” katanya lagi.

Mengenai kegiatan yang dijalankan di dalam penjara, dia menjelaskan banyak aktiviti disediakan pihak penjara kepada banduan dan tahanan.

“Kami boleh mengikuti apa sahaja aktiviti, termasuk kemahiran atau belajar komputer secara dalam talian… ikut minat. Bila keluar nanti kita akan ada kemahiran,” katanya.

Mengakhiri perbualan kami, Sheera berkata dia belum layak untuk menjadi calon bagi mendapatkan pengampunan oleh Raja Thailand.

“Mengikut syarat… banduan perlu menjalani hukuman penjara melebihi tiga tahun sebelum layak dipilih menjadi calon mendapat pengampunan Raja Thailand.

“Dengan penuh kekesalan saya sentiasa berdoa semoga mendapat pengampunan dan dibebaskan lebih awal… saya mahu pulang berada di samping keluarga,” katanya.


ความพิเศษเฉพาะ: Apa Khabar TV สัมภาษณ์สาวมาเลเซียในเรือนจำนราธิวาส

ผู้หญิงทั้ง 7 คนเป็นหนึ่งในชาวมาเลเซีย 31 คนที่ขณะนี้ถูกคุมขังในเรือนจำกลางนราธิวาส ประเทศไทย ซึ่งทั้งหมดเกี่ยวข้องกับคดีครอบครองและใช้ยาเสพติด

นักโทษและผู้ถูกคุมขังส่วนใหญ่ถูกจับกุมในปฏิบัติการของกองปราบปรามยาเสพติด ตำรวจภูธรภาคนราธิวาส ในเมืองสุไหงโก-ลก เมืองที่อยู่ติดกับรันเตาปันจัง รัฐกลันตัน

ปัญหาเรือนจำในประเทศไทยได้รับความสนใจจากชาวมาเลเซียตั้งแต่ต้นเดือนที่แล้ว เมื่อนักร้องสาวชื่อดังจากรัฐกลันตันถูกจับกุมพร้อมสามีและเพื่อนอีก 4 คนในห้องพักของโรงแรมแห่งหนึ่งในสุไหงโกลก

บุกค้นช่วงเช้าวันที่ 1 พ.ย. ตำรวจยังพบยาบ้าหรือยาม้าอีกกว่า 6,000 เม็ดอยู่ในห้อง การตรวจปัสสาวะยังพบว่าผลตรวจเป็นบวกสำหรับยาทั้งหมด

จากนั้นจึงนำตัวไปสอบปากคำที่กองบังคับการตำรวจภูธรสุไหงโกลก แล้วนำตัวไปที่ศาลแขวงนราธิวาส ในเมืองนราธิวาส ซึ่งอยู่ห่างจากสุไหงโกลกประมาณ 33 กิโลเมตร

ศาลจึงอนุญาตให้ตำรวจควบคุมตัวทั้งหมดได้ 84 วัน หลังจากนั้นได้ส่งตัวไปที่เรือนจำกลางนราธิวาสในฐานะผู้คุมขัง

หลังจากนั้น ผู้ใช้โซเชียลมีเดียต่างแสดงความคิดเห็นต่างๆ โดยเฉพาะจากประเทศมาเลเซีย เกี่ยวกับสภาพเรือนจำในประเทศไทยที่บอกว่าแย่มาก คับแคบ และสกปรก

Apa Khabar TV กลายเป็นสื่อมาเลเซียกลุ่มแรกที่ได้รับอนุญาตเป็นพิเศษให้เข้าไปดูสภาพภายในเรือนจำกลางนราธิวาสซึ่งมีนักโทษและผู้ถูกคุมขัง 2,777 คน รวมถึงชาวมาเลเซียที่เกี่ยวข้องด้วย

อ่านรายงานที่นี่

เรายังได้รับโอกาสพบปะพูดคุยกับนักโทษ รวมทั้งหญิงวัย 25 ปี จากเมืองตุมปัต รัฐกลันตัน

ชีรา (ไม่ใช่ชื่อจริงของเธอ) ถูกจับพร้อมแฟนของเธอที่โรงแรมแห่งหนึ่งในสุไหงโก-ลก ในปี 2565

“ตำรวจพบยาบ้าประมาณ 4,000 เม็ดในกระเป๋าของฉัน ไม่ใช่ของฉัน… ยาเป็นของแฟนฉัน แต่พบในกระเป๋าของฉัน”

“เราถูกนำตัวไปสอบปากคำที่สถานีตำรวจแล้วถูกนำตัวขึ้นศาล

“ฉันกับแฟนตัดสินใจสารภาพว่ามียาเสพติดไว้ในครอบครอง เราถูกตัดสินจำคุก 10 ปี 6 เดือน” เขากล่าวพร้อมรู้สึกเสียใจที่เกี่ยวข้องกับคดีดังกล่าว

เมื่อถามว่าทำไมเธอกับแฟนหนุ่มจึงสารภาพ ชีราบอกว่าเธอสารภาพดีกว่าปฏิเสธ

“ถ้าไม่รับสารภาพ คดีก็จะดำเนินต่อไป…จะขึ้นศาล…ผู้พิพากษาจะตัดสินยาก และฉันก็จะอยู่ในคุกนานกว่านี้มาก…ถ้าโทษจำคุก… ตัดสินแล้ว จะอยู่ในคุกนานขึ้น

“ถ้ารับสารภาพผู้พิพากษาจะเป็นผู้ตัดสิน…เพราะตำรวจมีพยานหลักฐานครบถ้วนแล้ว…จึงมีโทษจำคุก 10 ปี 6 เดือน…ถ้าไม่รับสารภาพจะถูกจำคุก… ติดคุกนานกว่านี้” เขากล่าวพร้อมอธิบายว่าพ่อแม่และญาติจะมาเยี่ยมทุกๆ สองเดือน

เมื่อถามถึงสถานการณ์ในเรือนจำ ชีรา กล่าวว่า

“อยู่นอกเรือนจำดีกว่าอยู่ในคุก แต่ก็ไม่ใช่ว่าหลายๆ คนจะบอกว่าสภาพในเรือนจำไทยไม่ดี

“ผู้ต้องขังและผู้ต้องขังเรือนจำกลางนราธิวาสได้รับการปฏิบัติอย่างดี…สำหรับนักโทษมุสลิม…เราได้รับอนุญาตให้ประกอบพิธีได้ตามปกติ…ละหมาด…ถือศีลอด..เหมือนเดิม”

“อาหารยังฮาลาล มีคุณค่าทางโภชนาการ…ในขณะที่ห้องนอนไม่แคบอย่างที่กล่าวกัน…สบายสำหรับนักโทษ…แต่ข้างนอกจะสบายกว่า” เขากล่าวเสริม

สำหรับกิจกรรมที่เรือนจำได้อธิบายกิจกรรมต่างๆ ที่เรือนจำมอบให้กับนักโทษและผู้ถูกคุมขัง

“เราสามารถติดตามกิจกรรมต่างๆ รวมถึงทักษะหรือการเรียนรู้คอมพิวเตอร์ออนไลน์…ตามความสนใจของเรา เมื่อเราออกไปทีหลังเราจะมีทักษะ” เขากล่าว

ในตอนท้ายของการสนทนา ชีรากล่าวว่าเธอยังไม่มีสิทธิ์ได้รับการอภัยโทษจากกษัตริย์แห่งประเทศไทย

“ตามเงื่อนไข…ผู้ต้องขังจะต้องรับโทษจำคุกเกินกว่าสามปีก่อนจึงจะมีสิทธิได้รับเลือกเป็นผู้ลงรับพระราชทานอภัยโทษได้

“ด้วยความเสียใจอย่างยิ่ง ฉันมักจะสวดภาวนาขอการให้อภัยและการปล่อยตัวเร็วเสมอ… ฉันอยากกลับบ้านไปอยู่กับครอบครัว” เขากล่าว

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading