NARATHIWAT: Empat letupan bom berturut-turut hari ini (21 November 2024) mencetuskan cemas penduduk sekitar bandar Narathiwat, dengan pihak berkuasa menyifatkan perbuatan itu bertujuan menimbulkan keadaan tidak tenteram.

Letupan bom buatan sendiri itu berlaku di tengah jalan, di hadapan sebuah sekolah, berhampiran masjid dan sekolah agama di Hutae Tuwo, Mukim Khok Khian, Daerah Mueang Narathiwat.

Menurut pihak berkuasa, semua bom itu dimasukkan dalam plastik sampah dan diletakkan dengan jarak 500 meter antara satu sama lain dan diletupkan dipercayai menggunakan alat pemasa antara tiga dan lima minit setiap satu.

Anggota Pasukan Pemusnah Bom menyiasat tempat letupan di Daerah Narathiwat hari ini (21 November 2024).

Tiada kecederaan dilaporkan dalam keempat-empat letupan bom itu.

Letupan pertama berlaku di jalur tengah di Lebuhraya 4136 di Hutae Tuwo, iaitu di persimpangan menuju bandar Narathiwat dan Lapangan Terbang Narathiwat, bertentangan dengan Sekolah Ban Hutae Tuwo, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Keadaan itu menyebabkan sekolah berkenaan mengumumkan cuti kecemasan sehari.

Siasatan mendapati kuasa bom telah menyebabkan lubang kira-kira 3 inci dalam dan 5 inci lebar. Terdapat kepingan bahan letupan buatan yang tidak diketahui. Ia dipercayai diletupkan menggunakan pemasa digital.

Lokasi kejadian kedua adalah lebih kurang 500 meter dari lokasi pertama, berhadapan dengan sebuah kedai menjual ayam segar.

Manakala, letupan ketiga berlaku di hadapan sebuah kedai nasi.

Lokasi keempat terletak lebih kurang 500 meter dari lokasi ketiga, bertentangan dengan Masjid Hutae Tuwo dan Sekolah Agama Phatthana Sat Wittaya.

Siasatan Unit Pemusnah Bom mendapati bahan letupan yang digunakan semuanya adalah daripada jenis yang sama.

Bom diletpkan di persimpangan menuju ke Lapangan Terbang Narathiwat.

Maklumat daripada penduduk mengatakan emat lelaki menunggang motosikal meletakkan semua bom berkenaan di lokasi ditetapkan kira-kira jam 11 malam (20 November 2024) sebelum melarikan diri.

Polis kemudian menjalankan siasatan dan percaya ia adalah bom buatan sendiri, sebelum menutup jalan berkenaan. Bagaimanapun, atas faktor keselamatan pihak berkuasa bercadang melakukan pemeriksaan lanjut pada sebelah pagi.

Kira-kira jam 4.30 pagi, setiap bom mula meletup.

Siasatan lanjut juga mendapati bom itu tidak dimasukkan bahan serpihan, sebaliknya hanya mengeluarkan bunyi yang kuat.

Jadi jelas mereka tidak berniat untuk membunuh atau mencederakan sesiapa, sama ada pegawai kerajaan atau orang awam, tetapi hanya mahu mencetuskan huru-hara, kata polis.

Leave a Reply

Trending