
Lima anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 yang baru tiba di selatan Lubnan dikhuatiri cedera akibat terkena serpihan letupan.
Berdasarkan maklumat terkini dari Tentera Lubnan, kejadian berlaku ketika kenderaan membawa anggota Batalion Malbatt 850-12 melalui sekatan jalan raya Tentera Lubnan melalui Awali di Sidon, Lubnan.
Masih tidak ada maklumat mengapa regim pengganas menyerang sasaran berhampiran tetapi seolah-olah memberikan amaran tentang kehadiran lima anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 bahawa mereka sepatut keluar dari selatan Luban bukan sebaliknya.
Dalam hubungan iui pengunduran pasukan pengaman termasu MALBATT 850-11 yang menyertai misi di Lubnan akan diputuskan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) dan persetujuan bersama 50 negara yang terlibat.
Memberitahu Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun acaman semakin meningkat di selatan Lubnan, tetapi Malaysia tidak akan mengambil tindakan unilateral atau bersendirian melibatkan penyertaan pasukan MALBATT 850-11.
Jelas beliau lagi, pasukan pengaman yang menyertai misi tersebut sudah mempunyai plan yang disediakan, jika keadaan meruncing dan semua operasi serta pergerakan adalah di bawah tanggungjawab UNIFIL.
“Keputusan sama ada undur atau tidak, bergantung kepada keputusan UNIFIL dan juga persetujuan bersama semua negara yang terlibat menghantar pasukan pengaman iaitu seramai 50 buah negara termasuk Malaysia, dan bukan tindakan unilateral kita bersendirian.
“Untuk makluman, Indonesia pun yang mana tentera mereka terlibat cedera akibat serangan Israel, Menteri Luar (Indonesia) membuat kenyataan pada 14 September lalu, mereka akan terus bersama menjayakan pasukan pengaman di bawah UNIFIL. Walaupun cedera, pertama bukan untuk berundur atau menarik diri,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru Israel di Lubnan yang turut mencederakan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT).
Persoalan yang tidak dijawab mengapa regim pengganas bermusuh dengan agensi-agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Unifil dan UNRWA?
Sebelum ini dua berita disiarkan mengenai serangan regim pengganas ke atas tentera pengaman di selatan Lubnan dan terkini Parlimen Israel mengharamkan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) daripada beroperasi di Israel dan Baitulmaqdis Timur.
Israel yang berulang kali menyerang tentera pengaman PBB di selatan Lubnan dan siAlgojo Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan supaya tentera Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) meninggalkan markaz mereka atas alasan ada pejuang Hezbollah yang sedang berperang dengan Israel, beroperasi berhampiran pos Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Jika sesiapa masih ingat alasan yang sama diberikan regim pengganas apabila menyerang hospital di Gaza didakwa sebagai sasaran pejuang Hamas.
Sebelum itu tentera Israel telah menyerang menara kawalan berdekatan sebuah kampung Lubnan, Kafer Kela dengan merosakkan kameranya.
Tentera Israel telah mencederakan dua anggota tentera pengaman apabila kereta kebal menembak menara kawalan di ibu pejabat persisir pantai Unifil di Naquora.
Dalam sebuah insiden lagi, dua buah kereta kebal Israel merempuh masuk pintu pagar pos Unifil di Ramyah. Tidak selepas itu tentera Israel menembak kanister asap yang mengakibatkan kerengsaan kulit dan reaksi gastrointestinal ke atas 15 orang tentera pengaman tersebut.
Malah dalam serangan yang mencederakan 15 pasukan pengaman, tentera Israel disyaki menggunakan fosforus putih dalam jarak dekat.
Perkara itu didedahkan dalam laporan Middle East Eye (1 Oktober 2024) yang memetik laporan sulit dari negara yang menyediakan pasukan pengaman ke Lubnan.
Justifikasi Netanyahu adalah seperti serangan mereka ke atas Gaza, tentera pengaman menjadi perisai manusia kepada pejuang Hizbullah.
Malah lebih keterlaluan lagi apabila bekas Penasihat Rumah Putih, Matthew Brodsky, menggesa Israel supaya menggugurkan bom napalm ke atas tentera pengaman di selatan Lubnan.
Pengharamkan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) daripada beroperasi di Israel dan Baitulmaqdis timur yang diduduki seperti sudah dijangkan cuma menunggu masanya sahaj.
Penggubal undang-undang di Knesset telah meluluskan rang undang-undang (RUU) itu dengan 92 undi menyokong dan 10 menentang, selepas bertahun-tahun kritikan keras Israel terhadap peranan UNRWA di Gaza.
Regim pengganas yang berulang kali mendakwa kakitangan UNRWA bersubahat dengan pejuang Hamas tetapi tidak mengemukakan bukti-buktinya di samping melobi supaya UNRWA di tutup.
UNRWA adalah satu-satunya agensi PBB yang beroperasi di Gaza dan mempunyai mandat menjaga keperluan asas pelarian Palestin.
Jika UNRWA diharamkan di Gaza dan di Tebing Barat, bagi Israel isu pelarian tidak akan timbul lagi dan penduduk Palestin tidak ada hak untuk kembali ke tanah air mereka.
Sejak Oktober 2023, seperti yang ditunjukkan oleh Pelapor Khas PBB mengenai Hak untuk Makanan Michael Fakhri dalam laporannya menyebut bahawa Israel telah menggunakan senjata kebuluran “sebagai menggantikan, membunuh, memusnahkan orang […] sebagai percubaan untuk menghapuskan rakyat Palestin daripada sejarah dan tanah mereka supaya Israel mengambil alih sepenuhnya wilayah Palestin”.
Dalam lebih setahun percubaan Israel untuk melaksanakan penguasaan rejim keganasan gabungan peneroka-penjajah ini di Tebing Barat dan Gaza namun UNRWA telah berada di barisan hadapan dalam usaha untuk memastikan rakyat Palestin terus hidup, menyediakan makanan, bantuan perubatan dan tempat tinggal untuk penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza.
Itulah sebabnya, apabila pada March 2024, Afrika Selatan mengemukakan permintaan segera kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mengeluarkan langkah sementara baharu untuk melindungi rakyat Palestin di Gaza daripada risiko genosid, ia mengecam kempen antarabangsa Israel yang tidak berasas untuk membatalkan dana.
UNRWA dilihat sebagai penghalang usaha regim pengganas untuk memperhebatkan rejim kelaparan yang tentunya pelanggaran Konvensyen Genosid.
Inilah sebab utama tentera israel mengsasarkan Unifil dan UNRWA! Israel tidak kisah sekiranya mereka dibuang daripada menjadi negara anggota PBB kerana ini memudahkan mereka melakukan pengusiran ke atas penduduk Palestin, melakukan genosid dan membiarkan mereka mati kelaparan.
Jika mereka dibuang, tiada undang-undang PBB yang berkuat kuasa di Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur lagi. Tetapi mereka tahu sukar bagi dibuang daripada PBB kerana segala keputusan akan diveto atau dibatalkan apabila di peringkat Majlis Keselamatan PBB oleh Amerika Syarikat, Peranchis dan Britain (yang kadang-kadang mengamibil pendirian berkecuali).
Dalam serangan ke atas Unifil, apa yang regim pengganas mahukan ialah supaya Unifil keluar dari Lubnan dan tidak dapat memerhati, mencatat dan melaporkan segala perlanggaran perang antara Israel dan pejuang Hizbullah.
Di Lubnan, Israel berhadapan dengan masalah besar iaitu kehadiran PBB. Keberadaan PBB di Lubnan sebagai organisasi kemanusiaan ialah memberikan tekanan kepada pihak-pihak bersenjata di sana mematuhi undang-undang antarabangsa.
Ia meletakkan tenteranya di kawasan-kawasan strategik dan berkubu bagi memerhati pergerakan tentera Israel di medan perang selatan Lubnan. Tentera pengamanya di Lubnan terdiri daripada 50 negara termasuk negara kita Malaysia menjadi saksi kepada jenayah Israel ke atas kemanusiaan.
Laporan Unifil dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan rangkaian badan-badan hak asasi PBB. Ini sebabnya kenapa menara kawalan Unifil menjadi sasaran tentera Israel dan disasarkan untuk dimusnahkan. Israel lebih suka bergerak secara senyap tanpa diperhatikan pihak luar, di bawah radar seperti mereka lakukan ke atas Gaza.
Sebagai contoh, setelah memaksa penduduk di banyak kampung di selatan Lubnan keluar daripada rumah mereka, tentera Israel telah melambakkan kawasannya dengan periuk api dan menjadi mustahil ratusan ribu penduduk
Lubnan ke rumah mereka.
Kehadiran Unifil di selatan Lubnan menjadi sukar untuk tentera Israel melakukan kejahatan dan jenayah ini.
Alasan tidak munasabahnya ialah tentera pengaman bukan sahaja menghalang operasi ketenteraan Israel tetapi bersekongkol dengan pejuang Hizbullah seperti pernah didakwa tentera Israel supaya doktor harus dibunuh atau diheret keluar kerana dikatakan melindungi pejuang Hamas di hospital-hospital mereka.
Dalam kes pengharaman UNRWA, ia dikatakan menjejaskan tugas genosid Israel. Regim pengganas tidak mahukan undang-undang antarabangsa beroperasi dan berkuat kuasa di Gaza.
Seperti di selatan Lubnan, regim pengganas tidak mahu UNRWA menjadi pelapor dan saksi atas kekejaman yang dilakukan Israel dan membuat laporan kepada PBB nanti. Inilah sebabnya mengapa kedua-dua agensi ini diserang dan diharamkan beroperasi di Lubnan dan Gaza.
Harus diingati juga salah satu tugasan awal tentera Israel ialah menjauhkan wartawan asing daripada masuk ke Gaza dan membunuh wartawan tempatan Palestin supaya mereka tidak dapat membuat laporan jenayah perang regim
pengganas. Sama juga mengapa regim pengganas mengharamkan UNRWA di Gaza dan Tebing Barat?
Dua minggu sebelum undian Knesset, dalam satu langkah yang sangat simbolik, Israe ltelah merampas tanah Palestin yang diduduki secara haram di mana ibu pejabat UNRWA terletak di sana. Ibu pejabat UNRWA yang dirampas dan diroboh itu akan digantikan dengan sebuah koloni yang menempatkan 1,400 unit penempatan.
Tindakan Israel yang bermusuh dengan agensi-agensi di bawah PBB menyebabkan Malaysia menyediakan satu draf resolusi Perhimpunan Agung PBB yang antara lain mencadangkan agar Israel disingkir sebagai anggota pertubuhan itu sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang, hukum dan keputusan dalam isu membabitkan Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat berkata draf resolusi itu sedang dalam proses rundingan dan dijangka akan dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB untuk kelulusan dalam masa
terdekat.
“Pada 31 Okt lepas Malaysia telah menyertai Kumpulan Teras (Core Group) bagi penyediaan satu draf resolusi Perhimpunan Agung PBB memohon Pendapat Nasihat (Advisory Opinion) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai obligasi Israel dalam membenarkan aktiviti dan kehadiran PBB,” katanya.
Sejarah perampasan tanah Palestin dan apa yang berlaku masa kini saling berkaitan dalam usaha Israel untuk menghapuskan UNRWA. Langkah mengharamkan dan mengusir UNRWA juga akan memperhebatkan genosid yang berterusan di Gaza seperti yang berlaku di Jabalia sekarang.
Sebenarnya serangan lasak Israel ke atas PBB bukan sesuatu yang baharu. Selama berdekad, Tel Aviv telah merancang naratif bahawa PBB adalah lubuk anti-semitik. Ini PBB masih memperjuangkan nasib penduduk Palestin dan melabelkan regim pengganas sebagai bertanggungjawab kepada genosid yang berlaku.
Sudah dimaklumi undang-undang antarabangsa akan menentang mana negara yang mengamalkan apartied. Walaupun dasar apartheid telah berhenti di Afrika Selatan tetapi ia masih diamalkan Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat selama lebih 80 tahun.
Kempen Israel anti PBB semakin meningkat dari masa ke smasa dan mencapai puncak apabila Tel Aviv mengisytiharkan Guterres sebagai “persona non-grata” di Israel dan melarangnya memasuki negara itu, dengan mendakwa bahawa beliau tidak ‘mengutuk secara mutlak’; serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Ini sebabnya kenapa Netanyahu menyifatkan PBB sebagai rumah kegelapan dan lubuk anti semitik. Ini juga yang membuatkan duta Israel di PBB yang akan menamatkan jawatannya bergerak balas semasa undian dibuat bagi menyokong Palestin sebagai ahli PBB dengan mengoyak Piagam PBB.
Bayangkan betapa biadahnya negara haram Israel yang tidak menghormati PBB! Negara haram Israel wajar sahaja ditendang keluar dari PBB.
Penulis adalah pemerhati geopolitk dan perhubugan antarabangsa.






Leave a Reply