Oleh Wartawan ApaKhabar TV

JOHOR BAHRU: Seramai 53 kanak-kanak memeriahkan pertandingan mewarna bagi mengisi masa cuti sekolah menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena sambutan Deepavali, pada 2 November 2024.

Kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun itu datang dari sekitar Bandaraya Johor Bahru selain Pontian, Kulai dan Kota Tinggi bagi merebut hadiah wang tunai serta hamper yang ditawarkan pengusaha sebuah kafe, Syukor Coffee di D’ Tebing dekat Bandar Dato’ Onn di sini.

Program kemasyarakatan itu dianjurkan bersama Pejabat Urusan Jawatankuasa Penduduk dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Tebrau Baru di sini.

Sebahagian peserta pertandingan mewarna anjuran JPKK Kampung Kangkar Tebrau Baru dengan Kerjasama Syukor Coffee.

Selain memenuhi tuntutan CSR, pertandingan ini turut bertujuan menggalakkan kanak-kanak supaya meminati seni visual.

Karya peserta dinilai oleh panel juri jemputan iaitu Cikgu Mariana Tukiman dan Faiezah Farid.

Turut hadir Ketua Kampung Kangkar Tebrau Baru, Tuan Syed Abd Aziz Syed Idros serta penyelaras program, Cikgu Mohd Izranuddin Jelani, Cikgu Cemerlang Pendidikan Seni Visual SMK Tun Fatimah Hashim.

Juara Kategori A (peserta lima hingga sembilan tahun) adalah Nur Hazirah Inayah Mohamad Heiry.

Antara pemenang pertandingan dengan hadiah masing-masing.

Pemenang kedua, Lee Ao dan ketiga, Nur Miqaila Darwisyah Zamzurin.

Juara Kategori B (10 hingga 12 tahun) pula adalah Nur Dania Zafirah Mohd Syahri.

Pemenang kedua, Daendra Iris Fazika manakala di temat ketiga, Nur Humairah Insyirah Mohd Heiry.

“Syukor Coffee akan menganjurkan lagi pertandingan mewarna seperti ini pada masa akan datang. Kami juga merancang menganjurkan program larian santai dan program menderma darah,” kata Pengarah Urusan Syukor Coffee, Datuk Mirza Nizam.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada JPKK Kampung Tebrau Baru, juri jemputan serta ibu bapa yang menjayakan serta memeriahkan pertandingan berkenaan.

Panel juri membuat penilaian karya peserta.

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading