
Oleh Azad Jasmi
- Saya terpanggil untuk tulis berkaitan minimalisme lepas tengok ramai orang suka beli itu ini, tanpa henti.
Kadang-kadang, kita tak sedar yang kita beli barang bukan sebab kita perlu, tapi sebab kita nak. Jadi, jom kita sama-sama faham apa itu minimalisme dan macam mana ia boleh buat hidup kita lebih teratur dan tenang.
- Apa Itu Minimalisme?
Minimalisme ni bukan sekadar tentang hidup dengan benda yang sedikit, tapi konsep ini ialah mengajarkan kepada kita untuk memiliki benda yang “just nice” — cukup dengan apa yang kita benar-benar perlu.
Bukan lebih, bukan kurang. Bila kita ada terlalu banyak barang, ini sebenarnya bukan buat kita lebih bahagia, malah kadang-kadang buat hidup jadi serabut dan tak terurus serta ada sikap sentiasa nak membeli lebih-lebih dengan mudahkan menekan phone untuk ke Tik Tok Shop, Shopee, Lazada atau platform digital lain.
Ini tak termasuk ingin ke Shopping Compleks setiap kali gaji masuk.
- Ahli falsafah terkenal, Socrates pernah kata:
“The secret of happiness, you see, is not found in seeking more, but in developing the capacity to enjoy less.”
Betul kan? Bahagia bukan datang dari kita ada lebih banyak barang, tapi dari kita rasa cukup dengan apa yang kita ada.
Contoh Minimalisme dalam Kehidupan. Cuba kita tanya diri sendiri beberapa soalan mudah:
i. Berapa helai baju kita ada? Adakah kita pakai semua, atau ada yang tersadai dalam almari berbulan-bulan?
ii Berapa banyak kasut kita? Adakah kita benar-benar perlukan setiap pasang, atau ada yang cuma untuk “hobi” tapi jarang pakai?
iii. Barang rumah kita macam mana? Adakah setiap sudut rumah penuh dengan perabot dan barang hiasan, atau semuanya dipilih kerana fungsi dan kesederhanaan?
- Bila kita mula “declutter” atau mengurangkan kehendak hidup, kita akan sedar bahawa banyak barang yang kita beli sebenarnya tak penting pun. Malah, kadang-kadang kita terlupa kita ada barang tu.
- Keperluan vs. Kehendak
Minimalisme mengajar kita membezakan antara keperluan dan kehendak. Keperluan adalah apa yang kita perlukan untuk hidup — pakaian asas, tempat tinggal, makanan. Kehendak pula adalah apa yang kita nak tapi tak semestinya penting.
Contoh mudah, baju. Kita mungkin cuma perlukan 10 helai yang sesuai dengan pelbagai acara. Tapi kehendak kita buat kita beli lebih sebab nak ikut trend, nak nampak “fresh”, atau sekadar nak isi ruang dalam almari.
- Ahli falsafah Epicurus pula ada kata:
“If you wish to make a man wealthy, do not give him more money but diminish his desires.”
Kadang-kadang, nak rasa cukup bukan dengan dapat lebih banyak, tapi dengan kurangkan keinginan kita.
- Sunnah Kesederhanaan dalam Islam
Dalam Islam, kesederhanaan atau zuhud adalah sunnah yang sangat ditekankan. Rasulullah SAW sendiri hidup dengan penuh kesederhanaan, hanya memiliki apa yang diperlukan untuk kehidupan harian. Baginda tak pernah membazir atau hidup berlebihan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan.” [Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman (6176)]
Kesederhanaan dalam hidup sebenarnya adalah salah satu jalan menuju kebahagiaan dan ketenangan jiwa.
- Saya ingin cadangkan 5 Cadangan untuk Mendidik Diri ke Arah Minimalisme
i. Buat Declutter Secara Berkala
Mulakan dengan ruang paling kecil — mungkin meja kerja atau almari pakaian. Keluarkan semua barang, dan tapis apa yang masih digunakan dan apa yang tidak. Jika sesuatu tu tak digunakan dalam 6 bulan, mungkin kita tak perlukan ia.
ii. Amalkan Prinsip “Satu Masuk, Satu Keluar”
Setiap kali beli barang baru, buang atau dermakan satu barang lama. Dengan cara ni, kita tak akan ada lambakan barang dalam rumah.
iii. Fokus Pada Kualiti, Bukan Kuantiti
Beli barang yang berkualiti dan tahan lama walaupun harganya mungkin sedikit mahal. Dalam jangka masa panjang, ia sebenarnya lebih menjimatkan.
iv. Jangan Impulsif Beli Barang
Setiap kali rasa nak beli sesuatu, tanya diri: “Adakah aku betul-betul perlukan ini?” Cuba tunggu beberapa hari sebelum membuat keputusan. Kalau lepas beberapa hari masih rasa perlukan barang tu, barulah beli.
v. Kurangkan Pengaruh Iklan dan Media Sosial
Iklan dan media sosial sering membuat kita rasa “kurang” dan perlu beli lebih untuk merasa cukup. Kurangkan masa di media sosial dan lebih fokus pada apa yang kita dah ada.
- Minimalisme bukan tentang memiliki barang yang paling sedikit, tapi tentang memiliki hanya yang bermakna dan berguna dalam hidup kita. Ia adalah cara untuk mendisiplinkan diri, mengurangkan serabut dalam kehidupan, dan fokus pada apa yang benar-benar penting. Dalam dunia yang sentiasa menggalakkan kita untuk memiliki lebih, minimalisme mengajak kita untuk berpuas hati dengan yang cukup.
Seperti kata Leonardo da Vinci:
“Simplicity is the ultimate sophistication.”
Jadi, jom kita sama-sama amalkan minimalisme dan hidup dengan lebih tenang, kurang beban, dan lebih bahagia.
Sebelum saya akhiri artikel ini, ingin saya kongsikan konsep Minimalism atau Kesederhanaan mengikut Islam.

5 Dalil Anjuran Hidup Sederhana dalam Islam
- Sederhana dalam Berpakaian
Rasulullah SAW selalu menerapkan gaya sederhana dalam kehidupannya. Bahkan cara berpakaian beliau pun juga sangat sederhana.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa yang meninggalkan pakaian yang bagus disebabkan tawadu (merendahkan diri) di hadapan Allah, sedangkan ia sebenarnya mampu, niscaya Allah memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segenap makhluk dan disuruh memilih jenis pakaian mana saja yang ia kehendaki untuk dikenakan.” (HR At-Tirmidzi)
- Sederhana Penuhi Kehendak Makanan
Anjuran hidup sederhana dalam memenuhi kehendak makanan juga diperintahkan oleh Allah SWT, dalam firmannya di surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud:
“Wahai anak cucu Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap (memasuki) masjid dan makan serta minumlah, tetapi janganlah berlebihan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.“
- Sederhana dalam Tempat Tinggal
Sebagaimana yang kita ketahui, Rasulullah SAW selalu memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Hal ini juga beliau terapkan ketika beliau memilih tempat tinggal dan apa saja yang ia gunakan.
Aisyah RA, isteri Nabi Muhammad SAW, menggambarkan dalam sebuah hadits, “… sesungguhnya hamparan tempat tidur Rasulullah terdiri atas kulit binatang, sedang isinya adalah sabut kurma.” (HR Tirmidzi)
- Sederhana dalam Berpenampilan
Selain bersikap sederhana dalam makan, berpakaian, memilih tempat tinggal, Islam juga menganjurkan umatnya untuk selalu berperilaku sederhana dalam berpenampilan. Hal ini diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah Al-Furqan ayat 67 yang berbunyi,
Artinya: “Dan, orang-orang yang apabila berinfak tidak berlebihan dan tidak (pula) kikir. (Infak mereka) adalah pertengahan antara keduanya.”
- Sederhana dalam Sikap
Anjuran hidup sederhana dalam Islam juga mencakup dalam gaya hidup atau perilaku sehari-hari. Seorang muslim dilarang untuk menghambur-hamburkan apa pun.
Dalam satu riwayat bahkan melarang muslimin untuk membuang-buang air wudhu walaupun ia sedang berwudhu di pinggir sungai yang airnya terus mengalir. Hal ini dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis Madrasah Aliyah Kelas XII oleh Aminudin dan Harjan Syuhada. Dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Dari Abdullah bin ‘Amru berkata, Rasulullah Saw. melewati Sa’d yang sedang berwudhu, lalu beliau bersabda, “Kenapa berlebih-lebihan?” Sa’d berkata, “Apakah dalam wudhu juga ada berlebih-lebihan?” Beliau menjawab, “Ya, meskipun engkau berada di sungai yang mengalir.” (HR Ibnu Majah dan Ahmad)
Demikian cara Islam dalam mengatur umatnya agar selalu hidup bersahaja dan tidak berlebihan. Anjuran hidup sederhana ini memang sepatutnya perlu untuk diterapkan oleh setiap muslim.
Yang baik dari Allah dan segala yang buruk dari saya. Semoga ada manfaat dalam perkongsian ini, insyAllah. Ini sebenarnya nasihat buat diri saya yang lemah dan alpa.






Leave a Reply