ตำรวจมาเลเซีย (PDRM) ใช้ข้อกฎหมายอย่างน้อยสี่ข้อ ในการสืบสวนและการดำเนินการเบื้องต้นต่อ Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH)

กฎหมายที่เกี่ยวข้องสี่ฉบับ ได้แก่ กฎหมายเกี่ยวกับเด็ก กฎหมายความผิดทางเพศ; กฎหมายต่อต้านการค้ามนุษย์และการต่อต้านการลักลอบขนคนเข้าเมือง และประมวลกฎหมายอาญา ตัน ศรี ราซารูดิน ฮุสเซน ผู้ตรวจราชการตำรวจ กล่าว

อย่างไรก็ตาม ตาม กปปส. จะทบทวนความผิดตาม พ.ร.บ. ที่เกี่ยวข้องกับกระทรวงสาธารณสุข กระทรวงศึกษาธิการ; กรมสวัสดิการสังคม และกรมศาสนาอิสลามแห่งรัฐ

สำหรับข้อมูลนั้น GISBH ประกอบด้วยอดีตสมาชิกของ Al-Arqam ที่ยึดมั่นในแนวทางปฏิบัติของ Aurad Muhammadiah ซึ่งถูกห้ามโดยรัฐต่างๆ ในมาเลเซีย

หลังจากที่องค์กรที่นำโดย Ashaari Mohammad ถูกแบนเนื่องจากปฏิบัติตามคำสอนอิสลามที่เข้าใจผิด พวกเขาก็ก่อตั้ง Rufaqa Corp ก่อนที่จะเปลี่ยนเป็น GISB Holdings ซึ่งนำโดย Hatijah Aam ภรรยาคนที่สี่ของ Ashaari โดยแนวทางปฏิบัติของ Aurad Muhammadiah ยังคงพัฒนาต่อไป

หลังจากที่ Hatijah เสียชีวิตในปี 2558 Rashidi Abdullah เข้ามาแทนที่เธอ ผู้บริหารชุดใหม่ของ GISBH นำโดย Datuk Nasiruddin Mohd Ali จนถึงขณะนี้หลังจาก Rashidi เสียชีวิตในปี 2563

สมาชิก GISBH นี้ยังผ่านพิธี ‘การกลับใจ(เตาบัต)’ สองครั้ง ครั้งแรกที่มัสยิดแห่งชาติซึ่งนำโดย Ashaari เองหลังจากที่เขาถูกจับกุมภายใต้พระราชบัญญัติความมั่นคงภายใน และครั้งที่สองที่มัสยิดรัฐสลังงอร์เมื่ออยู่ภายใต้การนำของ Hatijah.

นอกเหนือจากการดำเนินงานในหลายประเทศ เช่น ซาอุดีอาระเบีย ลอนดอน ปารีส อิสตันบูล ดูไบ มักกะห์ ตุรกี จอร์แดน และออสเตรเลียแล้ว GISBH ยังดำเนินกิจกรรมในประเทศไทย โดยเฉพาะในภาคใต้ของประเทศไทย เช่น ปัตตานี และยะลา

อย่างไรก็ตาม ไม่แน่ใจว่ากลุ่มนี้มีองค์กรการกุศลในภาคใต้ของประเทศไทยเหมือนในบางรัฐในมาเลเซียหรือไม่

ในงานแถลงข่าวที่กรุงกัวลาลัมเปอร์วันนี้ (13 กันยายน 2567) Razarudin เปิดเผยอีกครั้งว่ามีเด็กและวัยรุ่นภายใต้ GISBH ที่ถูกลวนลามและเป็นผู้ลวนลาม

“PDRM พบว่าเด็ก 13 คน ถูกลวนลาม มีการเปิดเอกสารการสืบสวนที่เกี่ยวข้องกับคดีนี้แล้ว และมีการจับกุมด้วย” เขากล่าว

ใน ‘Op Global'(บุกค้น) เมื่อวันที่ 11 และเมื่อวานนี้ (12 กันยายน) ตำรวจได้ช่วยเหลือเด็กและวัยรุ่นอายุระหว่าง 2 ถึง 17 ปี จำนวน 402 คน ซึ่งต้องสงสัยว่าตกเป็นเหยื่อของการแสวงหาผลประโยชน์ในบ้านการกุศล GISBH 18 แห่งในเมืองสลังงอร์ และอีก 2 คนในเนกรีเซมบีลัน

เหยื่อประกอบด้วยเด็กอายุต่ำกว่า4ขวบ 57 คน; 5ถึง 12 ปี (198 คน) 13 ถึง 17 ปี (115 คน) และอายุ 18 ปีขึ้นไป (14 คน)

เขากล่าวว่าผลการจู่โจมพบว่ามีการละเลยและปฏิบัติอย่างไม่เหมาะสมต่อเด็กและวัยรุ่นซึ่งเป็นผู้อยู่อาศัยในบ้านการกุศลด้วย

“หลังจากคดีนี้ มีผู้ถูกจับกุมทั้งหมด 171 คน รวมถึงผู้หญิง 105 คน อายุระหว่าง 17 ถึง 64 ปี” เขากล่าว

นอกจากนี้เขายังเปิดเผยผลลัพธ์ของข่าวกรอง ข้อมูล และการสอบสวนที่ดำเนินการโดยเหยื่อโดยอ้างว่าได้รับการสอนและให้ความรู้เพื่อลวนลาม และต่อมาถูกผู้ปกครองลวนลาม และถูกบังคับให้ลวนลามเด็กคนอื่นๆ

“นี่มาจากข้อมูลข่าวกรองและการสนทนาที่เราบันทึกไว้ เหยื่อที่มีสุขภาพไม่ดีจะไม่ได้รับอนุญาตให้รับการรักษาที่คลินิกจนกว่าพวกเขาจะมีอาการสาหัส” เขากล่าว พร้อมเสริมว่าองค์ประกอบของการแสวงประโยชน์ทางศาสนาเชื่อกันว่าใช้เพื่อ ดึงดูดความเห็นอกเห็นใจและการบริจาคจากภายนอก

เขากล่าวว่า ยังมีข้อกล่าวหาว่าเด็กถูกทารุณกรรมโดยใช้สิ่งของ เช่น ช้อนร้อน เพื่อเป็นการลงโทษเมื่อพวกเขาทำผิดพลาด


Premis perniagaan yang dikaitkan dengan GISBH.

Kes GISBH: Polis selamat ratusan mangsa pemerdagangan manusia

Sekurang-kurangnya empat akta digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan dan tindakan awal terhadap Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH).

Empat akta berkenaan adalah Akta Kanak-Kanak; Akta Kesalahan Seksual; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran; dan Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Bagaimanapun, menurutnya PDRM akan menyemak kesalahan mengikut akta berkaitan dengan Kementerian Kesihatan; Kementerian Pendidikan; Jabatan Kebajikan Masyarakat; dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri.

Untuk rekod GISBH dianggotai oleh bekas ahli Al-Arqam yang berpegang kepada amalan Aurad Muhammadiah yang telah diharamkan negeri-negeri di Malaysia.

Selepas pertubuhan diketuai Ashaari Mohammad itu diharamkan kerana mengamalkan ajaran Islam yang sesat, mereka menubuhkan pula Rufaqa Corp sebelum mengubahnya menjadi GISB Holdings diketuai isteri keempat Ashaari, Hatijah Aam, dengan amalan Aurad Muhammadiah terus berevolusi.

Selepas Hatijah meninggal dunia pada 2015 lalu, ia digantikan pula oleh Rashidi Abdullah. Pengurusan baharu GISBH diketuai pula oleh Datuk Nasiruddin Mohd Ali sehingga kini selepas kematian Rashidi pada 2020 lalu.

Anggota GISBH ini juga telah melalui dua kali majlis ‘Taubat Perdana’ iaitu yang pertama di Masjid Negara ketika diketuai Ashaari sendiri setelah dia ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan kali kedua dilakukan di Masjid Negeri Selangor ketika di bawah pimpinan Hatijah.

Selain beroperasi di beberapa negara, termasuk Arab Saudi, London, Paris, Istanbul, Dubai, Makkah, Turki, Jordan dan Australia, GISBH juga aktif menjalankan aktiviti mereka di Thailand, khususnya di wilayah Selatan Thai, seperti Pattani dan Yala.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada kumpulan itu juga mempunyai rumah amal di Selatan Thai, sebagaimana di beberapa negeri di Malaysia.

Pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini (13 September 2024), Razarudin sekali lagi mendedahkan bahawa terdapat kanak-kanak dan remaja di bawah GISBH telah diliwat dan meliwat.

“PDRM mendapati 13 kanak-kanak telah diliwat. Satu kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes ini dengan tangkapan juga telah dilakukan,” katanya.

Dalam ‘Op Global’ pada 11 dan semalam (12 September), polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara dua tahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal milik GISBH di Selangor dan dua di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri daripada 57 kanak-kanak berusia di bawah empat tahun; lima hingga 12 tahun (198 orang); 13 hingga 17 tahun (115 orang); dan 18 tahun ke atas (14 orang).

Beliau berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.

“Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun,” katanya.

Beliau juga mendedahkan hasil risikan, maklumat dan siasatan yang dijalankan mangsa mendakwa diajar serta dididik untuk meliwat dan seterusnya diliwat oleh penjaga serta dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.

“Ini daripada risikan serta percakapan yang kita rakam. Mangsa yang tidak sihat tidak dibenarkan mendapat rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal,” katanya menambah unsur eksploitasi agama juga dipercayai digunakan untuk menarik simpati dan sumbangan luar.

Beliau berkata, terdapat juga dakwaan kanak-kanak didera menggunakan objek seperti sudu panas sebagai bentuk hukuman apabila melakukan kesilapan.

One response to “[ภาษาไทย/Bahasa Melayu] กรณี GISBH: ตำรวจช่วยชีวิตเหยื่อการค้ามนุษย์หลายร้อยคน”

Leave a Reply

Trending

Discover more from apakhabartv.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading